Followers

Wednesday, December 12, 2012

::Maharaja Lawak Mega 2012::

Maharaja Lawak Mega 2012 (MLM) sudah masuk minggu ke-5 dan sudah ada penyingkiran seramai 3 kumpulan iaitu Kumpulan Da Di Du, Kumpulan Pi Mai dan Kumpulan Balas.  
 
Apa komen anda semua?  Entahlah, macam kurang menyengat pula musim kedua ini sementelah banyak muka sama kembali ke pentas.  Sudah dapat menjangka jenis persembahan bakal dihidangkan.
 
Senarai penyingkiran pun dapat ditelah dari awal.  Kebetulan persembahan mereka juga tidak mengundang ketawa sangat dan selayaknya tersingkir.
 
Tak pasti kenapa pihak penerbit memanggil peserta sama.  Apakah sudah tiada lagi pelawak tanah air boleh dijemput sebagai peserta?  
 
Kumpulan Jozan, Kumpulan Jambu dan Kumpulan R2 tidak mengapa juga kerana mereka bertanding sebelum ini di pentas Maharaja Lawak.  Ini masanya mereka buktikan untuk lebih bersinar di persada lawak tanahair.
 
Kumpulan Boboi meski tambah ahli, seperti tidak adil kerana dua orang ahli sebelum ini sudah berada di peringkat akhir MLM 2011.  Begitu juga Kumpulan Saywho, malah mereka mengekalkan wajah sama untuk bertanding.
 
Bukan mahu menafikan yang mereka tidak bagus tetapi seperti yang saya katakan hala tuju persembahan seperti dapat dijangka.  Sebagai penonton kita mahu sesuatu yang segar dan tidak mahu membandingkan dengan musim lalu.
 
Setakat hari ini, tiada persembahan lawak berjaya melekat di hati kecuali persembahan Jozan di minggu pertama.  Selepas minggu itu, Jozan juga sudah kurang sengat.  Harap mereka tidak berasa selesa dengan undian yang menyebelahi mereka.
 
Barisan juri nampak mantap.  Semua mereka mampu memberi komen bernas meski ada di antaranya bukan pelawak.  Tetapi itulah kuncinya, jika peserta boleh membuat juri ketawa itu bermakna usaha persembahan menjadi.
 
Sayang sekali Kumpulan Sepah tidak turut serta.  Saya yakin dengan kehadiran mereka saingan akan sengit dan barulah peserta lain berusaha memperbaiki mutu persembahan.
 
Kita tengok sajalah nanti.  Jika sampai ke sudah masih tidak meninggalkan bisa, ternyata percaturan pihak penerbit bagi MLM kali ini gagal dan saya adalah antara menyesal tak sudah kerana semata-mata menambah Astro Mustika demi MLM 2012.
 
Apa pula persembahan mereka kali ini ya?  
 
 


nota:  ketawa menghiburkan hati...

No comments :

Post a Comment