Followers

Monday, December 10, 2012

::Urut Badan::

Hari ni hari malas sedunia!  Entah kenapa pegang segala macam benda serba tak kena.  Menghitung hari menamatkan 2012 barangkali.  
 
Tak dinafikan asyik memikirkan kurang dari 20 hari kita akan mengucapkan selamat tinggal 2012.  Apa pula kisah menanti untuk 2013?
 
Mata pun asyik layu walaupun tiada menu hebat masuk ke dalam perut yang akhirnya membawa saya ke tilam nan empuk.
 
Buah Hati bengang bila dia memujuk supaya terus bermain dengan dia tetapi saya lebih mementingkan tuntutan mata.  Perkara yang amat jarang saya lakukan!
 
Mungkin semalam urut badan, hari ni letih semacam.  Eh, bukan ke kalau urut badan bertambah segar?  Tapi semalaman kurang tidur pun ya juga, asyik mengeluarkan angin pus-pus.
 
Badan pun serasa hangat.  Darah dalam badan baru berjalan barangkali.  Selama ini, duduk tepu itu yang senang berasa sejuk.
 
Ini semua teori semata.  Lain badan lain pembawakkan, mujur urutan semalam tidak meninggalkan sebarang kesan mahu pun berbisa seluruh badan.
 
Selalunya jika berurut, badan akan lebam teruk.  Sendi-sendi semuanya sakit.  Selepas 2-3 hari baru badan rasa ringan.  
 
Bukanlah tak sakit makcik tu urut, cuma dia tidaklah memberi tekanan keterlaluan pada badan dan kerana itulah tiada sebarang kesan.  Kalau tidak ibarat kena dera kesannya.
 
Seperti biasa, kawasan sensitif tidak akan disentuh oleh Makcik urut.  Semenjak sakit, urut adalah dilarang sama sekali.  Terfikir juga, sekiranya mencemar arahan tersebut apa bakal terjadi?
 
Takut pula mahu mencuba walau dalam hati teringin sebenarnya.  Mana tahu dengan kaedah urutan tradisional, ia mampu mengubati sakit sedia ada.  
 
Tetapi risau pula bila mana pakar ada menasihati, salah cara implikasi lebih buruk boleh dihadapi bila-bila masa. 
 
Tak dinafikan, sedap rasanya bila berurut meskipun urutan tradisional tidak menggunakan cara belaian.  Kejap-kejap kejang badan menahan sakit.
 
Ada juga orang menasihati supaya jangan manjakan badan dengan urutan bagai kelak ketagih.  Entahlah, tetapi kebiasaannya dalam setahun hanya melakukan 1-2 kali sahaja.
 
Kalaulah ada urutan boleh menguruskan badan, itu pasti saya lakukan setiap minggu.  Kih..kih..kih..
 
Yang pasti Makcik Urut tu puji kerana badan saya sudah tidak keras lagi seperti satu ketika dahulu.  Urat pun tak banyak masuk angin, hanya ada bahagian-bahagian tertentu.  Letih menjadi punca.
 
Ke Makcik tu menjaga hati saya kerana dia ibu saudara Abang..hahaha...takdelah gurau je!  Lagi satu yang dia kata badan da susut sikit.  Tak kembang lagi!
 
Walaupun itu tidak benar, tetap berbangga jugalah.  Macamana nak katakan itu satu kebenaran kerana berat badan masih sama dan baju saiz kecil sedikit belum boleh sarung lagi.
 
Akhirnya dapatlah urut badan walhal sudah menyimpan niat berbulan lamanya.  Itu pun kebetulan adik Abang bersalin.  Kalau tidak, simpan hasrat ke tahun hadapan.
 
 
 
 
nota:  sekali-sekala perasan apa salahnya..

No comments :

Post a Comment