Followers

Wednesday, December 5, 2012

::Where should I start??::

Tak tahu dari mana mahu dimulakan.  Bukan satu permulaan baik bagi bulan terakhir 2012.  Senang cerita, terlalu banyak kesedihan dan penderitaan sepanjang tahun.

Apa pun, kehidupan tetap berjalan seperti biasa.  Selagi bernafas, selagi itulah ada tanggungjawab harus dilunaskan.  Meski bukan buat sesiapa tetapi masih ada buat diri sendiri.

Kewangan bukan lagi ditahap meruncing, dah boleh dikira berdarah.  Benar-benar memerlukan penderma darah ;(  Hebat benar ujian melanda! Biar apa pun orang berkata, you are not in my shoes so don't simple say.

Bila keadaan tidak menyebelahi, kesedihan menjadi berganda apabila orang disekeliling bersikap mengguris hati.  Lebih mementingkan diri dan perasaan sendiri tanpa memikirkan impak terhadap orang lain.

Memujuk hati supaya bersabar tetapi sampai bila?  Sesekali kesabaran teruji juga terutamanya sikap sedemikian ditunjukkan berulang-ulang kali.  Well, I'm not an angle.

Cuba untuk tidak membenci dan melupakan segala apa yang mencalar sekeping hati, persoalannya MAMPUKAH?  Berdoa Allah menabahkan hati yang sering diusung rajuk.

Benar-benar tak faham dengan manusia yang hidup di dalam emosi tidak menentu sehingga kita sahaja harus menatang dan membelai hatinya.  

Ini mungkin hukuman buat saya tanpa sengaja menyakitkan hati insan tidak berdosa.  Ya, terima segalanya dengan penuh keredhaan.  

Tetapi harus diingat, jangan pula tertekan andai satu hari nanti ada orang pula buat sebegitu pada diri.  What you give you will get back! 

Bukan mahu mendoakan perkara-perkara buruk.  Ini juga peringatan buat kita semua.  Perjalanan di dunia masih jauh, selagi belum dijemputNya masih banyak lagi pancaroba harus dirintangi.

Ya, hari ini hati masih kecewa dengan segala apa berlaku.  Tak perlu dipujuk tak perlu mempertahankan diri.  Jika benar rasa bersalah ubah demi kebaikkan, tetapi merasakan diri itu betul teruskan sahaja!

Barangkali selepas luahan ini, hati bakal terpujuk.  Wallahualam..Bila mahu saya mulakan entri seperti biasa?  Entah?  Masih mencari-cari jalan untuk memulakan segalanya seperti biasa.





nota:  bosan....


No comments :

Post a Comment