Followers

Thursday, December 6, 2012

::Yang Mana Satu?::

Penat sudah meletak harapan telefon hilang akan kembali ke pangkuan semula.  Hampir 3 minggu juga rasanya lesap.  Berjaya juga orang yang ambil memecah masuk ke dalam telefon.
 
Kena fikirkan telefon baru meski bukan dalam tempoh terdekat.  Lambakan telefon pintar di pasaran sangat mengujakan terutama jenama Samsung.
 
Selama memakai I-Phone, tak pernah pandang jenama lain tetapi sejak akhir-akhir ini ada juga meninjau model-model hangat menjadi rebutan.
 
Terlalu banyak hingga keliru mana satu bagus.  Ninie ada belikan GM telefon sempena harijadi GM ke-53.  Belek-belek juga, tapi tak memikat hati.
 
Sekarang, bila keluar bersama teman-teman minta izin dari mereka untuk membedek telefon selain dari jenama Apple.  Entah belum ada satu pun tersangkut.
 
Kuat benar pengaruh I-Phone dalam diri.  Bila tengok harga I-Phone 5, tercekik rasa.  Hampir mencecah RM3k.  Bayangkan jika mahu membeli lebih dari 1 unit, berapa duit perlu ada?
 
Setakat hari ini, simpan dahulu niat membeli telefon pintar.  Kumpul duit dahululah nampak gayanya.  Bila I-Phone 5 turun harga gila-gila baru pakai nanti.
 
Atau mungkin akan ada telefon lain berjaya menawan kalbu dan harga jauh lebih murah.  Akan saya fikirkan.
 
 
 
nota:  sering kalah dalam pemilihan..
 
 
 

No comments :

Post a Comment