Followers

Thursday, January 31, 2013

::Mencuri Ruang Melantun Bicara::

Lama sudah hilang bicara lantaran terlalu banyak perkara tidak diduga datang menduga.  Kesihatan tiba-tiba hilang punca, 
 
Abang pula ditahan di wad dan pelbagai lagi rencah rasa melengkapkan perjalanan Januari 2013.  Pahit manis tetap bersulam bagi mewarnai hari dilalui.
 
Esok kita bakal mengucapkan selamat datang buat Februari.  Serasa semalam meraikan tahun baru, sekelip mata sudah meninggalkan satu bulan berlalu.  
 
Masa sudah tidak mahu berkompromi lagi lantas terus bergerak tanpa menanti sesiapa pun.  Siapa lambat ketinggalan maka rugi seluruhnya.  Sudah tidak betah mahu kenang akan kepantasan waktu.

Saat ini segala rutin tampak pulih meski banyak perkara harus diurai satu persatu.  Moga punya ruang untuk mengembalikan segalanya ke aras normal.

Cuma kebimbangan tetap membelenggu bila kesihatan Abang belum pulih sepenuhnya.  Doa dipohon tidak pernah surut, semoga dia kembali ceria sediakala.  

Kelak sambung bicara lagi, itu pun seandainya berjaya mencuri ruang.  Terima kasih pada yang sudi membaca nukilan tiada makna.



nota:  menguap entah ke berapa kali...
 
 
 
 
 

::Nuffnang Premier Screening ~The Impossible~::

Sehari selepas berpeluang menonton filem Mama, dapat pula peluang menonton filem The Impossible.  Komentar saya telah terpilih lantas melayakkan diri menonton secara percuma.

Terima kasih tak terhingga buat Nuffnang kerana memilih saya untuk turut serta dalam tayangan perdana.  Ini juga kali pertama menonton bersama yang lain di panggung GSC Midvalley.

Sebuah filem yang menyayat hati, diambil dari kisah dan pengalaman mangsa Tsunami di Thailand pada tahun 2004.  Bergetar dada menonton sambil membayangkan bagaimana agaknya diri sekiranya berada di kejadian.

Filem yang dibintangi Naomi Watts dan Ewan Mcgregor ini memaparkan secara realiti bagaimana keadaan sewaktu bencana Tsunami tersebut melanda.  Seolah berada di hari penentu gayanya.

Bagi sesiapa ingin menonton dan mengimbau tragedi Tsunami 2004, filem The Impossible ini berjaya meruntun hati.  Masih lagi ditayang di pawagam berhampiran.  Lekas menonton ya.

 Diambil dari Google Image



Trailer filem The Impossible, dari You Tube




nota:  siapa manusia mampu menolak takdir..

  

Saturday, January 26, 2013

::Jom Beli Kolagen ~Sticky Post~::

Siapa nak beli kolagen asli / Pure Marine Collagen (PMC)?  Terlanjur makan, tak salah saya jual.  Itu pun setelah merasakan banyak kebaikan diperoleh dari PMC ni.

Saya pernah blog mengenai PMC juga lebih dikenali dengan Ibu Kolagen. Sudi-sudikan baca ya bagaimana PMC banyak memberi kesan positif terhadap saya.

Lagi pula, PMC ni kira sedang hot dipasaran jugakan.  Sana-sini sibuk mengamalkannya.  Belum cuba belum tahu, dah cuba pasti kagum dengan hasilnya.

Ini bukan promosi cari untung semata, tetapi ini pengakuan jujur dari saya sendiri yang hari ini sudah masuk bulan ke-2 mengamalkannya.  Alhamdulillah, sangat berpuas hati. 

Tapi bagi sesiapa ada alahan baik cuba sikit-sikit dahulu.  Yalah, kita manusia ni mana sama antara satu sama lain.

Selain dari baju, kami juga menjual kolagen mentah (belum dimasak) dan yang sudah siap dimasak.  Kira mengambil langkah setapak kehadapan.


Contoh Kolagen yang sudah dimasak dan belum



Kolagen Siap Masak

a)  Putih
- Harga:  RM10 (satu bekas), RM35 (4 bekas) 
- Perisa:  Asli, Oren, Sirap, Anggur

b)  Ungu / Violet
- Harga:  RM15 (satu bekas), RM50 (4 bekas)
- Perisa:  Asli, Oren, Sirap, Anggur

*maaf, tiada penghantaran melalui pos bagi kolagen yang sudah siap dimasak.  Self pick-up atau boleh ambil dari wakil kami di kawasan:  Batu Caves, Selayang, Sri Gombak, Sentul, Kota Damansara & Sg Buloh.

Kolagen Mentah

- RM15 bagi warna putih, RM 20 bagi warna ungu.  Satu paket 100gm  Ambil sendiri pun boleh, pos pun boleh.

Pertanyaan lanjut, email kami:  iluvclothez@gmail.com atau "Like" page I Luv Clothez Collection, nanti boleh Private Message atau tinggalkan komen.  Whatsapp pun boleh:  0126332711


nota:  kita hanya berusaha...


:: New From I Luv Clothez ~Sticky Post~ ::

New stuff, new design, new collection from I Luv ClothezJangan lupa cuci mata di sana ya & kalau ada berkenan jangan segan-segan dapatkan for your own closet.  Don't forget to join us at FB https://www.facebook.com/pages/I-LUV-CLOTHEZ-COLLECTION/353860416566






Saturday, January 19, 2013

::Nuffnang Premiere Screening ~MAMA~::

Seperti pernah saya beritahu di entri ini, sekali lagi dapat menonton filem secara percuma =)  dua hari berturut-turut.
 
Hari Selasa lepas saya menonton filem Mama: A Mother Never Forget yang sudah pun menemui penonton di pawagam.  Peminat filem aksi seram tidak patut menyisihkan filem ini dari senarai tonton. 
 
Kali ini saya ke TGV One Utama pula.  Terima kasih Nuffnang memilih saya untuk kesekian kalinya.  Seperti biasa, tiada gambar ya :( mood tak berapa okay dek kesihatan terganggu.
 
Walaupun plot filem ini bergerak sedikit perlahan tetapi debaran di hati tidak pernah berkurangan.  Terfikir-fikir apa bakal terjadi selepas-selepas ini.
 
Senang cerita tak bosan dan tak mengantuk walhal ketika itu berapa dos ubat sudah ditelan.  Kalau filem lembab, sah-sah saya hanyut di dalam kesejukkan penghawa dingin pawagam.
 
Ringkasan kali ini saya copy & paste sahaja dari web ya.  Tak larat lagi sebenarnya mahu duduk lama-lama sambil menarikan jemari gemuk.  Batuk dan selsema masih belum reda.
 
Juga saya sekalikan beberapa link detail mengenai filem ini.  Jangan teragak-agak ke panggung wayang ya.  Dari 5 bintang, saya beri 3.5 bintang.
 
Sinopsis:
 
Guillermo del Toro presents Mama, a supernatural thriller that tells the haunting tale of two little girls who disappeared into the woods the day that their parents were killed. When they are rescued years later and begin a new life, they find that someone or something still wants to come tuck them in at night
 
Sumber lain:
 
 Sumber imej:  Google Image
 
 
 
nota:  terima kasih..terima kasih..terima kasih..
  

Thursday, January 17, 2013

::Demam Selsema::

Demam selsema melanda dan ini merupakan sakit kali pertama di tahun baru.  Awal-awal tahun dah sakitkan?!

Ingatkan dah kuat sangat bila tidak dijangkiti virus demam dan selsema bila mana satu rumah dilanda sakit.  Rupanya tidak :(

Tapi saya syak terkena selepas makan sejenis keropok pedas 2 hari lepas.  Usai makan, tekak terasa perit dan bersin tanpa henti mula melanda.

Sakit-sakit pun sempat juga jengah pawagam, kan dapat tiket dari Nuffnang.  Kena post-poned dulu ya kisah tu, saya tak larat nak duduk lama di hadapan komputer.

Dah kebah nanti dan jika punya kelapangan, kita kembali berbicara ya.  Jika sudi panjangkan doa buat saya supaya segera sembuh :)

  Gambar dari Google Image


nota:  mengkhifarah diri..

Tuesday, January 15, 2013

::Nuffnang::

Rata-rata siapa ada blog mesti sangkut iklan Nuffnang.  Sambil blog boleh dapat duit, tak banyak pun sikit jadilah.
Saya pun ada walaupun sedar setakat manalah sahaja pendapatan kelak.  Mula-mula letak memang berkobar-kobar.  Kalau boleh mahu jadi seperti blogger-blogger tersohor.

Malangnya saya tiada punya bakat ke arah itu jadi lupakan sahaja.  Ada iklan dan earning naik perlahan-lahan ala siput khinzir.

Tak malu saya mengaku, sejak ada blog dari tahun 2009 hingga hari ini hanya ada RM50++.  Orang lain setahun boleh capai ratusan ringgit.  He..he..he..

Biarlah, lagi pula saya tidak terlalu menumpukan ke arah itu.  Bukan senang sebenarnya.  Kreativiti perlu ada.  

Bagi mereka yang berjaya peroleh rezeki dari sini, Syukur Alhamdulillah.  Terus mantapkan blog ya! 

Cuma sejak akhir-akhir ini seronok bila kerap dapat peluang menonton wayang dari Nuffnang.  Minggu ini ada dua buah filem menanti.  Seronok tau jadi antara terawal menonton sesebuah filem.

Cara nak dapatkan tiket tersebut senang sahaja, sentiasa ikuti perkembangan Nuffnang melalui laman web mereka dan juga Facebook.  Bila keluar peraduan pendek, turut serta dan berdoa agar terpilih.

Saya pun dah tak ingat berapa banyak filem saya tonton percuma.  Dari banyak-banyak hanya satu sahaja saya gagal hadir.  Itu pun kerana kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

Ingatkan bila sudah tidak hadir (bad record)  Nuffnang tak beri peluang pada saya lagi.  Mujur juga masih ada rezeki .  Filem apa nanti saya masukkan di sini ya.

Bagi yang mahu cuba jana pendapatan sampingan bolehlah daftar blog dengan Nuffnang.  Bagaimana mahu melakukannya, pergi sahaja ke laman web mereka.  Tunjuk ajar dan penerangan ada diberikan.

Mana tahu rezeki rakan-rakan di situ.  Lagi pula ia sekadar suka-suka.  


nota:  agak-agak bila RM50 tu nk naik jadi ratus-ratus?  Lagi tiga tahun barangkali..hahaha

::Penipuan Memeluk Islam::

Mungkin akan ada berkata "balik-balik ayat sama, tapi tetap buat berulang kali," tetapi itulah hakikat.  Buat masa ini sibuk sedikit dan kurang masa untuk bersantai secara bebas.
 
Permulaan tahun baru agak menerujakan.  Kembali berniaga secara online, aktiviti kerja demi sesuap nasi makin bertambah, kesihatan sedikit terganggu, ini semulah alasannya.
 
Lagi pula siapa sahaja yang baca.  Lainlah jika punya pembaca ratus ribu, terpaksa juga cari jalan untuk sentiasa kemaskini.
 
Hari ini sudah terjah angka 14 bagi Januari, bermakna kurang dari 2 minggu nombor usia akan mendaki satu lagi anak tangga.  Hmm...how I wish that miracle number could decrease.  
 
Biarlah naik sebanyak mana asal hati sentiasa berbunga remaja.  Baru hidup semakin bersemangat untuk meneruskan apa sahaja di hadapan.
 
Tak mahulah bercerita pasal penambahan umur, sampai masa akan berganti juga.  Sebenar-benarnya tak tahu mahu kisahkan apa di sini.  
 
Gambar ada, walaupun tak banyak tetapi belum letak watermark lagi.  Malas betul mahu menghadap komputer sambil edit mana perlu.
 
Bila sebut pasal gambar, teringat akan gambar keluarga India menipu orang ramai dengan memeluk Islam.  
 
Mereka ke masjid-masjid mengaku mahu memeluk Islam kemudian umat Islam prihatin hulur bantuan kewangan.  Sangat mengambil kesempatan dan menghina okay!
 
Saya mula-mula baca perihal ini di blog Kak Diana, kemudian dapat pula melalui sebaran email.  Tak salah rasanya saya kongsikan di sini juga.
 
Harap-harap orang di luar sana akan lebih berhati-hati dengan penipuan mereka ini.  Mentang-mentang mereka tahu orang Islam ini lembut hati dan mudah kasihan, kesempatan diambil atas kekurangan tersebut.
 
Tak pasti pula saya sekiranya mereka ini berjaya diberkas atau pun tidak sewaktu entri ini saya taip.  
 
Kalau sudah ditahan, harap hukuman setimpal menanti,  tetapi jika masih bebas harap sangat umat Islam Malaysia perhatikan sekiranya mereka ini tiba di kawasan kejiranan.
 
Artikel di bawah ini saya copy bulat-bulat dari kiriman email tanpa sebarang suntingan.  Ada terlebih kurang, maaf dipinta.  Tujuan saya hanya untuk memanjangkan hebahan dan bukannya membuka aib mahupun pekong manusia lain.
 
Kejadian di Surau Assobah ...

Selepas sembahyang isyak jummat lepas di surau assobah, BBB, kami didatangi sekeluarga berbangsa india (ibu dengan 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan) yang menyampaikan hasrat nya ingin memeluk islam. Menurut mereka, abang mereka telah islam dan sedang menuntut di pondok pasir tumbuh KB dan mereka bercadang nak ke KB selepas majlis pengislaman mereka. Kami diberitahu yg bapa mereka masih tidak bersetuju dengan hasrat mereka memeluk islam.


Majlis pengislaman mereka disempurnakan oleh ust Dr Zulkifli dan pehak surau telah mengadakan kutipan derma kilat dan kami berjaya mengumpulkan derma sebanyak RM4700.00 yg diberikan terus kepada meraka.


Ketika ahli surau berkongsi berita mengenai ini kepada rakan2 mereka didapati cerita itu bersamaan dengan apa yg berlaku di surau di salak tinggi.... satelah diteliti akan cerita tersebut besar kemungkinan besar mereka adalah orang yang sama ..... meraka mengambil kesempatan atas kemurahan hati orang2 melayu/islam  ..


Diharap kejadian ini dapat memberi peringatan kepada kita semua supaya lebih berhati2 dimasa hadapan. Mungkin kalau ia nya terjadi dikawasan kawan2, dicadangkan supaya butir2 peribadi mereka (IC no, alamat, gambar, phone numbers dsbnya) dapat dicatitkan. Pemberian wang harus dibuat berhati2 .. mungkin tak diberi terus, tetapi hanya diberi setelah urusan pengislaman mereka telah direkodkan oleh pehak berkuasa atau sebagainya


Description: cid:_2_06C5756806C80260002F1FC248257AEF
 
nota: macam-macam hal...

Monday, January 7, 2013

::Kisah Sedih :( ::

As-salam di minggu dan hari baru.  Memulakan perjalanan minggu ini dengan kisah sedih..sob..sob..sob..
 
Bangun pagi agak tersasar dari waktu biasa menuntut kegundahan di hati.  Bila menyarungkan apa yang hendak dipakai, sungguhlah ketat belaka..hwa..hwa..hwa..
 
Berapa inci sebenarnya dah bertambah ni?!  Sehinggakan set Premium Beautiful (PB) yang dibeli 5 tahun dahulu boleh ketat dan sendat ;(
 
Semenjak beli, tak ada masalah sebegini.  Walaupun jarang-jarang pakai tetapi setiap kali kembali sarung tidak pernah berhadapan situasi sebegini.
 
Boleh sahaja laraskan butang, tali pengikat semua cumanya bukankah ini petanda buruk.  Aduhai, inilah namanya azam makan diri.
 
Tak boleh jadi.  Crash diet terpaksa dilaksanakan.  Paling tidak kembali ke saiz asal PB.  Jika lebih dari itu pun lagi bagus.  Pening kepala memikirkan.
 
Patutlah berlaku serangan sakit pinggang secara tiba-tiba.  Bukan setakat itu, setiap kali solat rasa keras sahaja betis dan paha bila duduk.  
 
Inilah cerita sedih di hari yang indah.  Suka atau tidak terpaksa terima kenyataan saya sudah GEMUK terlampau!!
 
 

Friday, January 4, 2013

::Penting Diri Sendiri::

Terkasima seketika apabila perkhabaran sampai ke telinga perihal teman yang mula mementingkan diri sendiri.  Tutur bahasa sudah tidak lagi mencerminkan siapa dia sebelum ini.

Agaknya memang begitu bila seseorang itu banyak duit, punya kedudukan, berpelajaran tinggi, waima semuanya atas dari orang lain maka untuk memandang ke bawah tidak sama sekali.

Terlupa agaknya satu ketika dahulu dia pernah mendaki tangga ke puncak berasal dari bawah juga.  Pernah satu waktu dipandang hina bila mana duduk tidak sama rendah, berdiri tidak sama tinggi.

Atau barangkali kerana pahit maung berusaha mencapai apa dihajati menyebabkan dianya lupa diri dan mula mementingkan diri.

Ramai sebenarnya yang kita kenali berubah setelah kehidupan menjadi semakin baik.  Perihal pentingkan diri sendiri ini ada di mana-mana malahan kita juga akan bertindak sedemikian dalam hal-hal tertentu.

Contohnya bila sudah lama orang mengambil kesempatan ke atas diri kita, sampai masanya kita harus mementingkan diri sendiri apatah lagi selama ini hati dan perasaan kita tidak dijaga.

Cuma dalam kita terlalu mementingkan diri jangan sampai menindas individu lain pula.  Hati dan perasaan orang lain harus dijaga juga lantaran kehidupan di dunia ini kita kongsi bersama.

Susah mahu memberi sebarang komentar perihal teman tersebut lagi pula perkhabaran sebelah pihak walaupun sebenarnya bukan seorang dua menyuarakan rasa terkilan. 

Lagi pun individu tersebut hanya bertaraf teman biasa, siapa saya mahu menasihati dirinya yang hari ini serba-serbi sempurna.  Jauh panggang dari api.
  
Apa yang mampu dilakukan berdoa, seandainya jika dia alpa akan keghairan dunia moga kembali menjadi diri sendiri.

Tetapi sekiranya dia benar dalam bertindak sedemikian, semoga dia tabah dengan khabar-khabar kurang enak diperlagukan.  Cari jalan penyelesaian dan bersemuka dengan individu-individu yang terasa hati.

Manusia berubah dan perubahan itu tidak salah jika punya kebaikan walaupun sedikit.



nota:  macam-macam perangai manusia..



 

::Hati Teringin::

Hajat di hati mahu pergi bercuti barang 2-3 hari.  Sudah agak lama tidak melarikan diri dari hiruk-pikuk bandar metropolitan lantaran kekangan kewangan.  
 
Nak kata ada duit sangat tu tidak juga tetapi rasanya cukup sekadar pergi dekat-dekat seperti berkelah ke, bersiar-siar ke atau apa-apa sahaja.

Kalau mahu melancong memang tidaklah waktu terdekat ini.  Masih banyak perkara harus diberi keutamaan, lagi pula melancong dalam negara pun perlu ada duit tambahan di dalam poket.

Missed those days when i ought to go for vacations at anytime without thinking any consequences.  It was once a upon a time but its okay.  At least I had chance once.
 
Sedang tengok-tengok mana yang sesuai untuk beriadah sambil melepaskan lelah, kalau tak ada tunggu sahaja masanya.
 
Lagi pula akhir bulan ini akan keluar dari KL juga, Abang ada urusan keluarga.  Tapi sedap pula sekiranya dapat makan makanan laut.  Haish macam-macam selera ni.
 
Lebih baik abaikan sahaja segala nafsu yang ada.  Inilah akibat bila kurang bekerja, kepala ligat memikarkan pelbagai perkara!
 
 
 
 
nota:  Jumaat pertama di 2013..


 

::Hari Lahir Ayu Bam Bam::

Sambung semula cerita sambutan harijadi, walaupun sudah berbulan lamanya dirai.  Sedikit coretan meski setiap tahun perkara yang sama.
 
Selepas sambutan Cayang Ejiki, 19 November Ayu Bam Bam punya giliran.  Macam tulah setiap tahun semuanya rapat-rapat.  Terbang melayang duit di hujung tahun.
 
Faham-faham dengan kondisi semasa, sambutan pun ala kadar.  Janji ada.  Bukan sambutan jadi ukuran tetapi kasih sayang lebih utama.
 
Tak ke mana pun, sambut di rumah Ninie, satay makanan utama beserta sebiji kek.  Alhamdulillah semua kenyang dan seronok berkumpul.  Hanya GP sahaja tidak turut serta.
 
Gambar pun tak banyak, mana yang ada saya kongsikan di sini.  
 
Kek yang gelap untuk orang yg cerah! hahahaha


Menu utama.  Tak perlu banyak-banyak kerana sudah malam, semua pun tengah berdiet (kononnya)


Familia!  MIA:  GP sebab tak datang & Syauki (tukang ambil gambar)


Siblings!  Tak ramai mana pun, jadilah untuk teman bercakaran


Ayu Bam Bam yang dirai





::Terima Kasih 2012::

Sudah 4 hari bernafas di 2013, baru hari ini berkesempatan memulakan coretan.  Biasalah kesibukkan kadangkala tidak terduga, sekali datang semput dada.
 
Seperti tidak percaya kalendar berganti baru namun itulah hakikat, masa berlalu tanpa berhenti walau sesaat.  Semakin jauh usia muda ditinggalkan, mengetuk pula pintu tua.  
 
Masuk tahun baru, masing-masing pasang azam.  Semangat tahun barulah katakan, semua pun mesti baru.  Seriously, tahun lalu langsung tak memasang azam.  Itu pun baru sedar.
 
2012 boleh dikatakan tahun penuh dugaan.  Dari satu bulan ke satu bulan dugaan tak henti melanda.  Sepanjang hayat rasanya 2012 adalah tahun kegelapan.  Bukan pada diri sendiri sahaja tetapi juga buat keluarga dan insan tersayang.
 
Sedikit imbasan 2012, hari pertama awal tahun 2012 Ibu Abang meninggal dunia.  Bermula detik kesedihan, ambil masa juga buat dia untuk pulih semangat.  Siapa tak sayang ibukan?
 
Apa pun kehidupan perlu diteruskan meski berat menerima kenyataan.  Berkongsi kesedihan, suka dan duka, apa yang dirasai turut memberi kesan buat diri sendiri.  
 
Hari terus bergerak, satu persatu berita sedih menimpa.  Ditipu seseorang yang dianggap rakan, kesan penipuan terpalit hingga melibat maruah.  Walau tidak melakukan sebarang kesalahan, maruah tergadai hanya berdasarkan tali kepercayaan.
 
Dunia semakin kejam, manusia hidup tanpa arah.  Apa yang penting nafsu duniawi mampu dipenuhi biar sanggup mempertaruh untung nasib individu lain.  Salah kami juga, bila ghairah mahukan sesuatu dengan usaha minima.
 
Pengajaran amat bererti buat kami semua.  Pentas dunia bertambah menarik meski satu-persatu kebobrokan manusia disingkap.  Gerunnya melihat realiti kehidupan.
 
Syarikat keluarga juga mengalami masalah bila mana tanpa khabar berita telah ditutup oleh pihak berkuasa.  Tiada kesalahan, tiada alasan kukuh.  Sekali lagi terpaksa menelan kepahitan.
 
Proses kerja terganggu hampir 4 bulan lamanya.  Apa yang diharap menuntut segera penyelasaian tergantung seketika.  Hilang punca, ligat mencari solusi keadaan.  Lambat bertindak, ramai perut akan kelaparan.
 
Alhamdulillah Allah memberi ruang bernafas, masalah syarikat berjaya diselesaikan tetapi malangnya perjanjian bersama individu tertentu atas tujuan pembelian dibatalkan kerana mengambil tempoh masa melebihi had waktu.
 
Bergelut sekali lagi bagi memecah kebuntuan.  Selesai juga akhirnya pada penghujung Oktober.  Itu pun setelah melalui kepayahan tidak terkata :( kerana itulah 2012 merupakan tahun penuh dugaan.
 
Abang pula menjalani pembedahan pada bulan 5.  Kesihatan menurun, kewangan di puncak kritikal.  Segalanya memerlukan wang sedangkan sumber begitu terhad.  Apatah lagi dia terpaksa mengambil cuti, ganjaran lebih masa hilang begitu sahaja.
 
Bagaimana teruknya kami melalui kemelut kewangan hanya Allah yang tahu.  Sepanjang umur saya tidak pernah merasa susah dan putus kewangan seperti kali ini.  Seandainya Allah menguji dengan lebih berat lagi, entahlah.  Mampukah lagi saya menghadapi segalanya?
 
Bukan saya sahaja, seluruh keluarga berhadapan masalah sama hingga melibatkan proses undang-undang.  Jangan tak tahu, disaat getir ini jugalah satu persatu kawan mengundur diri.
 
Saya faham, beban kita takkan mahu orang lain galas.  Tapi itulah hakikat ya, kawan sewaktu senang bersepah.  Tak dijemput pun muncul.  Bila keadaan sebaliknya, faham-faham jelah.  
 
Terima kasih kepada mereka, sekurang-kurangnya saya berjaya menyahaktif senarai teman.  Biarlah sedikit jumlah asal dapat memberi kegembiraan dari ramai melaut tetapi hanya mengaut kemanisan.
 
Dalam pada itu Siti Cutie pula ditimpa dugaan dengan penyakit sehingga hari ini belum ada penawarnya.  Allah tahu rencananya, kita sebagai hambanya harus terima dengan hati terbuka.  
 
Siti Cutie masih lagi dalam proses melawan namun ada masa terkandas juga.  "In Shaa Allah Dik, we have each other and that is the best medicine i believe.  Jangan putus harapan dan Tawakkal pada Allah SWT."
 
Bukan setakat mamanya, anaknya juga menimpa musibah.  Buah Hati masuk hospital setelah disahkan jangkitan paru-paru.  Mujur kesan diperingkat awal, masih dapat cegah sebelum parah. 
 
Bila keadaan terlalu menekan, orang gaji pula mengundur diri.  Apa rasa?  Tak mengapalah, takkan mahu menahan orang bekerja dengan kita sehingga akhir hayat.  Kelam-kabut juga diawal ketiadaan Bibik.  Hari ini alah bisa tegal biasa.
 
Jika mahu dihurai satu persatu banyak lagi episod duka.  Harap sangat Allah berhenti menguji di tahun 2013.
 
Bukan tiada kenangan manis, kehidupan keluarga ada pahit manisnya dan itulah momen kegembiraan buat kami semua.  Biarlah sepayah mana pun, we lean from one to another and none of us will fallback.   
 
Keluarga adalah satu anugerah tidak dapat dinilaikan.  Terima kasih Ya Allah atas kurniaan tersebut.  
 
And I am lucky enough to have a boyfriend like him.  14 years together, he never change although he could do so.  I just don't know how to express my love and my thankful for whatever he had done.  
 
Segala budi baik, kasih sayang dikongsi bersama hanya Dia Yang Maha Esa dapat membalas.  Terima kasih juga sanggup berada di dalam kesusahan tanpa mengira kesenangan untuk diri sendiri.
 
Kerana itu, amatlah berharap segala sisi gelap 2012 akan berlalu dan awan larat hitam tidak lagi memayungi kami semua.  Biarlah kami bermula dari bawah, dari pangkal demi mendapat kebahagiaan abadi.
 
Selamat datang 2013!  Tiupkanlah perkhabaran gembira supaya tiada lagi gundah di hati.  Hidup tak selamanya berduka, sampai masa sinar bahagia pasti menyuluh terang.
 
Selamat tinggal 2012, walaupun duka dan airmata 2012 tetap menjadi lipatan sejarah.  Biarlah disimpan di memori yang akan sesekali saya toleh ke belakang.
 
Saya memasang azam, menggantung harapan, meletakkan cita-cita sebagai pertaruhan.  Tidak semua bertukar kenyataan pun tidak mengapa sekurang-kurangnya saya berusaha ke arah itu.
 
 Permulaan tahun baru, belajar edit gambar menggunakan Photoscape.  Orang lain dah berzaman tahu guna, saya baru tahu nak buat seperti di atas




nota:  segala bermula dengan baik..