Followers

Thursday, January 31, 2013

::Mencuri Ruang Melantun Bicara::

Lama sudah hilang bicara lantaran terlalu banyak perkara tidak diduga datang menduga.  Kesihatan tiba-tiba hilang punca, 
 
Abang pula ditahan di wad dan pelbagai lagi rencah rasa melengkapkan perjalanan Januari 2013.  Pahit manis tetap bersulam bagi mewarnai hari dilalui.
 
Esok kita bakal mengucapkan selamat datang buat Februari.  Serasa semalam meraikan tahun baru, sekelip mata sudah meninggalkan satu bulan berlalu.  
 
Masa sudah tidak mahu berkompromi lagi lantas terus bergerak tanpa menanti sesiapa pun.  Siapa lambat ketinggalan maka rugi seluruhnya.  Sudah tidak betah mahu kenang akan kepantasan waktu.

Saat ini segala rutin tampak pulih meski banyak perkara harus diurai satu persatu.  Moga punya ruang untuk mengembalikan segalanya ke aras normal.

Cuma kebimbangan tetap membelenggu bila kesihatan Abang belum pulih sepenuhnya.  Doa dipohon tidak pernah surut, semoga dia kembali ceria sediakala.  

Kelak sambung bicara lagi, itu pun seandainya berjaya mencuri ruang.  Terima kasih pada yang sudi membaca nukilan tiada makna.



nota:  menguap entah ke berapa kali...
 
 
 
 
 

1 comment :

  1. Great delivery. Solid arguments. Keep up the amazing work.
    My website ; diets that work

    ReplyDelete