Followers

Tuesday, January 15, 2013

::Nuffnang::

Rata-rata siapa ada blog mesti sangkut iklan Nuffnang.  Sambil blog boleh dapat duit, tak banyak pun sikit jadilah.
Saya pun ada walaupun sedar setakat manalah sahaja pendapatan kelak.  Mula-mula letak memang berkobar-kobar.  Kalau boleh mahu jadi seperti blogger-blogger tersohor.

Malangnya saya tiada punya bakat ke arah itu jadi lupakan sahaja.  Ada iklan dan earning naik perlahan-lahan ala siput khinzir.

Tak malu saya mengaku, sejak ada blog dari tahun 2009 hingga hari ini hanya ada RM50++.  Orang lain setahun boleh capai ratusan ringgit.  He..he..he..

Biarlah, lagi pula saya tidak terlalu menumpukan ke arah itu.  Bukan senang sebenarnya.  Kreativiti perlu ada.  

Bagi mereka yang berjaya peroleh rezeki dari sini, Syukur Alhamdulillah.  Terus mantapkan blog ya! 

Cuma sejak akhir-akhir ini seronok bila kerap dapat peluang menonton wayang dari Nuffnang.  Minggu ini ada dua buah filem menanti.  Seronok tau jadi antara terawal menonton sesebuah filem.

Cara nak dapatkan tiket tersebut senang sahaja, sentiasa ikuti perkembangan Nuffnang melalui laman web mereka dan juga Facebook.  Bila keluar peraduan pendek, turut serta dan berdoa agar terpilih.

Saya pun dah tak ingat berapa banyak filem saya tonton percuma.  Dari banyak-banyak hanya satu sahaja saya gagal hadir.  Itu pun kerana kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

Ingatkan bila sudah tidak hadir (bad record)  Nuffnang tak beri peluang pada saya lagi.  Mujur juga masih ada rezeki .  Filem apa nanti saya masukkan di sini ya.

Bagi yang mahu cuba jana pendapatan sampingan bolehlah daftar blog dengan Nuffnang.  Bagaimana mahu melakukannya, pergi sahaja ke laman web mereka.  Tunjuk ajar dan penerangan ada diberikan.

Mana tahu rezeki rakan-rakan di situ.  Lagi pula ia sekadar suka-suka.  


nota:  agak-agak bila RM50 tu nk naik jadi ratus-ratus?  Lagi tiga tahun barangkali..hahaha

No comments :

Post a Comment