Followers

Thursday, February 28, 2013

::Lagi Baru di I Luv Clothez::

~S.T.I.C.K.Y.P.O.S.T.~

Baru sahaja masukkan koleksi terbaru di I Luv Clothez.  Luangkan masa ya dengan menziarahi kami di iluvclothez.blogspot.com.  Boleh juga "Like" kami di Facebook https://www.facebook.com/pages/I-LUV-CLOTHEZ-COLLECTION/353860416566  
Sebenarnya, dah masuk gambar di FB awal bulan, kiranya dalam blog ni lambat sikitlah :)  Apa pun terima kasih atas sokongan selama ini dan teruskan menyokong kami! 







Monday, February 25, 2013

::Nuffnang Premier Screening ~Flight~::

Sehari selepas menonton Cloud Atlas, dapat pula menonton Flight di TGV One Utama.  Terima kasih sekali lagi Nuffnang kerana memilih komen saya berikan di antara ramai-ramai yang turut serta.
 
Filem yang menarik untuk ditonton dan ianya mengisahkan seorang juruterbang (Whip) lakonan Denzel Washington yang dituduh bersalah setelah membuat satu pendaratan cemas.
 
Dalam pendaratan cemas tersebut Whip mengalami kecederaan dan melalui ujian darahnya dia didapati mengambil dadah serta alkohol berlebihan. 
 
Keadaan ini menjadi kunci utama bagi syarikat penerbangan meletakkan kesalahan ke atas Whip kerana dia tidak fit untuk melakukan penerbangan pada hari tersebut.
 
Suka atau tidak, Whip harus disiasat dan dia mengambil keputusan melarikan diri.  Apa yang berlaku seterusnya?  Kenalah tonton sendiri =)
 
Kalau nak tahu lebih lanjut sinopsis ini boleh ke SINI .  Boleh tahan ceritanya, tidaklah rasa bosan sangat.  Dari 5 bintang saya beri 3 ;)

Selamat menonton dan terima kasih Nuffnang.. 

Di ambil dari Google Image



nota:  sentiasa melafazkan rasa syukur..
 
  

::Sedikit Kurang Sihat::

Sebenarnya hari ini saya berpuasa.  Masih ada puasa-puasa tertentu harus dilaksanakan dalam kadar segera.  Lagi pula perjanjian dengan Maha Esa tidak harus ditangguh.
 
Tapi bila bangun pagi badan down sangat.  Tekak perit sangat bila telan air liur.  Hingus selsema mula menjelma walau tidak banyak mengalir.
 
Pencegahan awal harus dilakukan segera.  Terus tuju peti ais cari Active 8 Lemon Amway.  Kebiasaannya bila ada tanda-tanda sakit tekak dan selsema itu dituju dulu.
 
Bila tekak lega siap-siap pula bancuh kolagen.  Rutin harian ni!  In Shaa Allah dan yakin demi kesihatan, loya pun telankan juga.
 
Baru semalam berbual dengan GM, semenjak mengamalkan kolagen antibodi badan boleh tahan juga.  Berselang-seli mereka-mereka di rumah sakit, Alhamdulillah masih mampu bertahan.
 
GM yang sedang sakit teruk pun saya masih okay dan tiada menjangkit lagi.  Kalau dulu, budak-budak sakit pun kesihatan turut terjejas sama.  
 
Sayangnya baru sahaja cakap boleh pula virus hinggap :(  Tapi hati ini kuat mengatakan ianya bukan jangkitan dari sesiapa tetapi dek terkena hujan malam tadi.
 
Ini pun dah ada sedikit kelegaan, cuma untuk sehari dua saya akan cuba mengelak dari duduk dengan mereka-mereka pembawa virus.  Badan tengah lemah, senang sahaja anasir luar datang hinggap.
 
Doakan kesihatan saya tidak terganggu ya dan saya turut mendoakan kesejahteraan anda semua.  
 
Hadirnya sakit merupakan penghapus dosa-dosa kecil kita di dunia.  Sabar dan redha sahaja dengan ujian Allah.  Kita manusia yang tidak terlepas dari segala dugaan :)




nota:  segalanya ada hikmah..
 
 
  
 
 
 
 

::Sabar Menanti::

Memang benarlah penantian itu satu penyeksaan.   Meski sudah betah menanti tetapi dalam tempoh sedikit masa sahaja lagi diperlukan keadaan semakin menghimpit.  

Hai, susah benar untuk membawa cahaya ke dalam suasana kelam selama ini.  Sedikit sinaran menyuluh kemudian kembali suram.  

Hati ini yakin Allah berterusan menguji.  DIA tidak mahu terus merasa selesa dengan keadaan sedia ada.  Harus berubah terus ke arah lebih baik, In shaa Allah!

Sehingga kini masih tidak banyak perubahan, kesibukan masih ditahap biasa.  Penantian membuat hati sentiasa berdebar saban hari.

Berapa hari sahaja lagi Februari pula menutup hayatnya di 2013.  Ini beerti usia bakal menginjak ke angka 33 tahun 3 bulan.  Kurang dari 10 bulan naik satu tangga lagi.

Benar-benar mengharapkan tuah menyebelahi tahun ini dan dapat menyempurnakan segala impian terpendam tiga tahun lamanya. 

Mungkin di usia sebegini segala apa dicitakan sesuai menjadi satu realiti.  Resam kehidupan, terus berusaha selagi nyawa dikandung badan.  

Biarlah terus menanti kerana Allah tahu apa sahaja dihajati kerana setiap perancangan sekiranya tidak menjadi kenyataan, pasti ada lebih baik sedang menanti. 


 Suka sangat dengan lagu ini.  Klip video dari You Tube



nota:  kata semangat...    


Friday, February 22, 2013

::Felinna Inchloss::


Stok Felinna baru sahaja sampai.  Sesiapa yang nak beli boleh email kami:  iluvclothez@gmail.com atau Whatsapp:  012-6332711.  Cepat ya, ini pun dah tinggal separuh, kalau lambat nanti melepas!



nota:  Alhamdulillah..

Thursday, February 21, 2013

::Telenovela?::

Sebenarnya bukan mahu sangat bercerita mengenai kisah Fizz Fairuz, tetapi alang-alang pernah buat entri sebelum ini teruskan sahajalah.  

Umum pasti sudah tahu bekas tunang Fizz sudah tampil  dan menafikan tuduhan, malah rasa dimalukan ahli keluarga seluruhnya.

Menurut wanita bernama Azlyn itu dia dan keluarga masih tahu hukum agama dan sekiranya berstatus isteri takkan keluarga merelakan pertunangan tersebut

Dalam masa sama, suami wanita tersebut juga masih menegaskan perhubungan mereka masih sah kerana tidak pernah menceraikan wanita tersebut dan turut memberi nafkah.  

Cuma Azlyn dikatakan hilang ingatan dan kesilapan mereka tidak pernah mendaftarkan perkahwinan di Malaysia

Sangat complicated kisah Fizz Fairuz ini ya?  Sejaka tersebar kisah putus tunang lagi sudah tersebar 1001 spekulasi di kalangan pemerhati hiburan tanahair.  Malah saya sendiri turut memberi komentar bukan?

Ternyata kisah maha terbelit Fizz Fairuz berjaya meredakan kisah percintaan terhalang Shila - Sharnaaz.  Kini semua alih ke kisah aktor tempatan ini.

Apa pun kita nantikan susulan selanjutnya kisah Fizz - Azlyn - Ramli ini.  Siapa benar, siapa salah akan terbongkar akhirnya.

Sebagai pemerhati mari kita doakan yang terbaik untuk mereka-mereka yang terlibat di dalam plot semakin hangat dan mendebarkan!  

::Ragam Tidur::

Semenjak ada semula TV di bilik tidur, waktu tidur sudah berterabur.  Masakan tidak, sebelum tidur itulah masanya mahu menonton segala rancangan yang dirakam.

Paling teruk pernah tidur selepas azan Subuh berkumandang.  Kononnya mahu lelapkan mata barang seketika, rupanya bisikan Syaitan semata.  Celik-celik mata jarum jam melekap pada angka 10.

Patutlah GM mengelak untuk meletak TV di bilik tidur.  Lagi pun tabiat GM jika tidur harus gelap.  Saya pula bila tidur, lampu kalimantang berterusan menyala.

Entahlah, tak betah rasanya tidur dalam gelap.  Bila gelap selang sejam mesti terjaga.  Biarlah lampu terpasang atas kepala, terang-benderang tidak akan mendatangkan sebarang masalah.

Ada juga pernah bertanya, tak migrain ke tidur pasang lampu?  Bagi saya tidur dalam gelap itu sendiri sudah cukup mengundang sakit kepala berpanjangan.  Pelikkan?


Kerana itu tiada siapa tahan tidur bersama saya.  Sudahlah kekuatan kipas setakat 1 atau 2 sahaja.  Saya mana tahan sejuk.  Ada-ada masa langsung tak pasang kipas.


Lagi satu, bila tidur bantal kepala mesti lebih dari satu.  Kadang-kadang sekalli 3 saya letak.  Tak selesa betul bila badan baring flat.  Rasa sukar untuk bernafas.  

Apa yang bagus, saya tidak memerlukan ruang besar untuk lelapkan mata.  Ini kerana pergerakan sewaktu tidur amat minimal.  

Jika mengiring ke sebelah kanan, sampai esok pagi macam tu juga.  Kiranya nak kemas katil pun senang, tak berkecah teruk.  Dulu Bibik hanya tepuk-tepuk tilam dan susun bantal semula.


Bila dah tak ada bibik, kadang-kadang katil pun tak berkemas.  Yalah, mana ada terusik sangat.  Dasar pemalas pun ya juga!

Eh, kenapa cerita pasal tidur ni?  Ini tandanya saya sedang mengantuk di siang hari.  Kepala asyik terbayang tilam nan empuk dek kurang tidur malam tadi.

Kena pula baru selesai makan tengahari.  Apa lagi, mata kuyu semakin layu.  Nak menghilangkan rasa mengantuk singgah sebentar di sini.  


Sambung kerja semula ya rakan-rakan.  Terima kasih berehat sebentar di sini sambil membaca repekan di kala petang hari.  





nota:  macam tu pun boleh ke?

Wednesday, February 20, 2013

::Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit::

Macam tak percaya sahaja bila filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (HMJPT) berjaya mencecah kutipan RM4 juta lebih.  Itu pun saya baca di laman web hiburan tempatan.

Jika benar, tahniah kepada semua yang terlibat dengan filem ini.  Saya pergi menonton HMJPT sehari selepas dilancarkan di pawagam.

Terror kan?  Tak sabar-sabar mahu serbu panggung untuk menikmati kesinambungan filem Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Walhal dah tanam dalam kepala jangan terlalu teruja kerana sudah masuk sekuel ketiga pasti sudah hilang taring.  

Dan sangkaan tersebut tepat.  Bukanlah tak kelakar langsung cuma ada beberapa elemen ulangan dari filem yang sebelumnya menjadikan HMJPT sedikit tawar.  

Ini kerana penonton sudah dapat menjangka apa gelagat bakal diberikan.  Sama seperti sebelumnya, pengarah masih mengekalkan konsep Satira Sinikal.  

Banyak juga sindirian-sindirian sinis dan tajam tetapi itulah hakikat dalam kehidupan Masyarakat Melayu baik sudah maju atau tidak.

Pendapat saya, HMJPT masih relevan untuk ditonton tetapi jangan mengharapkan sesuatu yang magis sehingga mengundang ketawa terbahak-bahak.

Kerana itulah saya kata syabas kerana meski sedikit KURENG filem tersebut tetap pecah panggung.  Waktu saya menonton, tidaklah ramai sangat tetapi bahagian atas panggung hampir penuh juga.

Apa pun, tak salah menyokong filem tempatan.  Tonton dan beri pandangan ikhlas, moga-moga Pengarah dapat memperbaiki lagi segala kelemahan di masa akan datang.

Hujung bulan ini filem Rock Ooo..Rimba Bara Kembali akan masuk panggung dan saya sudah tidak sabar menghitung hari.

Filem pertama berjaya menambat hati saya, harap sekuel kali ini tidak mengecewakan.  Abang sudah kerap kali bertanya bila filem tersebut akan ditayangkan..hehehe...    

        Gambar dari Google Image



nota:  apa banyak perihal wayang?

::Fizz Fairuz Putus Tunang::

Bercerita pasal artis pula, sibuklah sangat!  Hahaha..masakan tidak, pagi lagi sudah dikejutkan dengan kisah Fizz Fairuz putus tunang.  Satu lagi kejutan dilakukan oleh Tuan Empunya diri.
 
Yalah bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain dan nampak gayanya bakal berkahwin dengan orang lain.  Hmm..macam-macam dunia artis Malaysia.
 
Boleh tahan juga bekas tunang Fizz Fairuz tu ya?  Masih bergelar isteri orang, menerima pula peminangan orang lain.  
 
Tahu atau tidak hukum-hakam?  Entahlah, nak komen banyak-banyak pun buat setakat hari ini hanya kenyataan sebelah pihak.  
 
Kita tak tahu apa sebenarnya berlaku, harus juga tunggu penjelasan wanita tersebut.  Banyak faktor menyumbang ke arah perkara sebegini terjadi.  Betul tak?
 
Sebenarnya perkara sebegini bukan hanya terjadi dunia selebriti tetapi memandangkan mereka itu public figure, semuanya menjadi tumpuan.
 
Saya pernah tahu kes lebih kurang sama sebegini.  Tapi boleh tahan lama juga mereka bertunang, hampir setahun.  
 
Alasan perempuan tersebut dia memang mahu menuntut cerai tapi sayangnya kes perceraian tertangguh-tangguh.  Dia menerima peminangan tunangnya kerana yakin akan bercerai dalam tempoh terdekat.
 
Silapnya dia kerana merahsiakan segala-galanya dari bakal suami, tetapi itulah.  Perkara sebegini bukan boleh disorok.  Benda-benda macam ni bukan boleh ambil enteng. 
 
Akhirnya pertunangan terlerai juga kerana status perkahwinan wanita tersebut masih sah.   
  
Berbalik kepada kes Fizz Firus dan yang menarik perhatian, ialah komen dari bekas kekasih Fizz, Almay Nadia.  Dia merasakan tidak mustahil Fizz terkena buatan orang.  Hmm..ambil kisah juga!
 
Mungkin masih ada ruang untuk mereka kembali bertaut siapa tahu.  Hal jodoh itu semua kerja Maha Pencipta.
 
Secara jujur sewaktu kedua-dua mereka bercinta, saya macam suka sangat.  Mereka bebas dari gosip liar dan nampak saling setia.
 
Follower Twitter Almy Nadia pun sebab konon-konon nak tahulah jika ada kata-kata cinta berbalas di antara kedua-dua selebriti ini.  Hahaha!!
 
Tapi memang pernah seketika Almy banyak meluahkan rasa kecewa dalam Twitter cuma tak pasti ditujukan pada siapa.
 
Kita tunggu sahaja episod seterusnya ya.  Oh ya, cerita panas hari ini boleh sahaja anda baca di Harian Metro, Beautifulnara, Roti Kaya dan banyak lagi laman web hiburan.
 
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka dan jika benar melibatkan segala ilmu hitam bagai, moga orang yang melakukan perkara tersebut akan menerima balasan.
 
 Carian melalui Google Image, web: ohbulan.com





nota:  sekali sekala cerita hal artis...

::Hmm...Astro::

Walau berkali-kali bengang dan terasa give-up dengan Astro, tetaplah juga menghadap televisyen.  Konon mahu bercerai talak 48, kata-kata tersebut umpama bak angin melalu.

Pernah hampir 6 bulan tiada siaran Astro di bilik.  Tapi cukup masa curi kad di luar kemudian pasang di dalam.  Smart card set lamakan boleh transfer ke sana sini.

Tapi itulah, bila tahu pelanggan mula bengang dan bertekad menamatkan kontrak waktu itu juga pihak Astro datang menabur gula-gula.

Bil Astro yang tidak berbayar sejak 6 bulan lalu diberi pemotongan 50% sekiranya pelanggan melangsaikan hutang kemudian sambung kontrak sekurang-kurangnya 6 bulan.  

Jika tidak rebet diberi dikira tidak sah.  Kemudian tawar pula pemasangan set PVR hanya dengan kos minima iaitu RM50 sahaja.

Tidak cukup dengan itu, ditawar pula sekiranya tambah set Astro di rumah di bawah satu akaun, bil bulanan bagi set tambahan hanya RM50 sebulan dan pelanggan akan menikmati semua siaran.

Set Beyond pemasangan percuma dan set PVR tetap dengan harga RM50 seunit.  Siapa tidak mahu pasang Astro percuma?

Dengan syarat pemilik utama akaun ambil pakej yang buka semua channel.  Jika ambil tawaran ini dengan maksimum 2 lagi tambahan set, pelanggan akan dapat pula external hard disc yang boleh ditambah bagi merekod siaran.

Ya, kami terpedaya dan ambil semua apa ditawarkan.  Secara rasmi di bilik saya punya Astro PVR dan setiap satu set di bilik Macho Man dan ruang rehat GM.

Semuanya kontrak selama 2 tahun.  Hebat bukan Astro memanipulasi kami dan tanpa sedar saya pula seronok dengan penggunaan PVR.  Habis segala cerita yang ada mahu direkod.

Tak perlu risau ketinggalan meski Astro tetap dengan sifat semulajadi mereka, mengulang cerita 1001 kali.  

Apa yang saya tak perasan, adakah mereka sudah membaiki kelemahan bila hujan turun?  Sekarang waktu hujan siang, tak adalah pasang TV waktu melebat dek sibuk dengan kerja.

Harapnya Astro tidaklah sombong sangat dengan pelanggan dan dengarlah sedikit rungutan-rungutan kami, jika ada.  Orang seperti kami inilah menyumbang kekayaan syarikat televisyen gergasi tersebut.

Lepas ini apa pula rungutan saya perihal Astro ya.  Dah beri gula-gula tidak beerti perlu tutup segala kelamahan.  Seandainya ada, harus diwar-war.  Untuk kepentingan bersama juga.

 
 Imej melalui carian Google Image dan diambil dari laman blog.nuffnang.com.my
        







nota:  alahai Astro...

Tuesday, February 19, 2013

::Mencari Warna::

Betapa pantas waktu berlalu, dengan cepat juga kalendar Islam bersilih ganti.  Masuk sahaja bulan Mac, bermakna lebih kurang 5 bulan lagi sahaja Aidilfitri bakal menjelma.

Jauh lagi dah ingat raya.  Teruknya lahai!  Bukan apa tahun ini sedikit teruja, In Shaa Allah akan meriah dan tidak lagi berapa suram seperti sebelumnya.

Cuma ralat sedikit kerana Ninie akan ke Kelantan pula tahun ini.  Adat berumahtangga begitulah.  Jauh di mata namun kasih sayang erat di hati.

Kenapa teringatkan hari raya walhal masih ada beberapa bulan lagi?  Baru tadi berbincang bersama adik-adik apa pula tema warna kali ini.  

Kena buat persiapan awal, jangan tak tahu tukang jahit kebanyakkan hanya membuka tempahan sehingga April.  Kalau ada pun sehingga awal Mei.  

Sebab itu kena ada pilihan lebih awal bagi mengelakkan kes last minute.  Walaupun tukang jahit saudara-mara, tetap kena ada perancangan.

Kata putus belum dicapai tetapi sudah ada usul-usul menarik untuk dipertimbang.  Kalau nak tahu, tunggu sahaja Aidilfitri nanti.  Umur panjang dapatlah lihat warna pilihan bagi tahun ini.

Apa pun jangan terlalu ghairah mahu menyambut Hari Raya.  Yang paling penting buat masa ini, segera ganti puasa.  Tapi tak salah merancang :) 

Alhamdulillah, segala hutang Ramadhan lalu sudah dilunas hanya tinggal beberapa puasa niat yang mana harus disegerakan.  


nota:  menunggu masa sesuai...