Followers

Monday, February 18, 2013

::Felinna Inchloss dan VCO Treenea::

Lama sudah tak bergurindam lara sementelah ada sahaja perkara harus diselesaikan.  Penat ke sana ke mari, jari turut penat mahu menari.  

Inilah entri pertama bulan Februari yang hanya berbaki seminggu dua sebelum melabuh tirai.  Tapi melawat blog-blog kegemaran tidak pernah culas.
 
Bila lama tinggalkan ruang, tak tahu dari mana harus dimulakan.  Rasa mahu ceritakan hal ini, tetapi kisah itu lebih menarik minat.  Sudahnya KOSONG!

Secara jujur sudah tidak sabar mahu kembali sibuk di kantor.  Hampir 3 tahun lebih rasanya rutin pejabat suam-suam kuku.  In Shaa Allah, sebulan dua ini hasrat tersebut akan menjadi realiti.

Perlahan-perlahan aura negatif mula menjarakkan diri bila satu persatu perkhabaran gembira tiba.  Sudah pasti perasaan gembira menyuntik rasa.  
 
Alhamdulillah dan bersyukur sangat Allah memberi ruang itu.  Apa pun perjalanan masih jauh, semoga apa sahaja diusahakan akan terus diberkati.

Di kesempatan ini mahu buat sedikit promosi.  Sesiapa berminat mahu mendapatkan Felinna Inchloss dan VCO Treenea boleh email saya: iluvclothez@gmail.com.


Produk baik dan berkesan apa salah saya kongsi bersama.  Kolagen masih diamalkan, dan sekarang tambahan dua produk.  Saya tidak menjual apa yang saya tidak makan dan guna.    


nota:  Alhamdulillah... 

No comments :

Post a Comment