Followers

Tuesday, February 19, 2013

::Mencari Warna::

Betapa pantas waktu berlalu, dengan cepat juga kalendar Islam bersilih ganti.  Masuk sahaja bulan Mac, bermakna lebih kurang 5 bulan lagi sahaja Aidilfitri bakal menjelma.

Jauh lagi dah ingat raya.  Teruknya lahai!  Bukan apa tahun ini sedikit teruja, In Shaa Allah akan meriah dan tidak lagi berapa suram seperti sebelumnya.

Cuma ralat sedikit kerana Ninie akan ke Kelantan pula tahun ini.  Adat berumahtangga begitulah.  Jauh di mata namun kasih sayang erat di hati.

Kenapa teringatkan hari raya walhal masih ada beberapa bulan lagi?  Baru tadi berbincang bersama adik-adik apa pula tema warna kali ini.  

Kena buat persiapan awal, jangan tak tahu tukang jahit kebanyakkan hanya membuka tempahan sehingga April.  Kalau ada pun sehingga awal Mei.  

Sebab itu kena ada pilihan lebih awal bagi mengelakkan kes last minute.  Walaupun tukang jahit saudara-mara, tetap kena ada perancangan.

Kata putus belum dicapai tetapi sudah ada usul-usul menarik untuk dipertimbang.  Kalau nak tahu, tunggu sahaja Aidilfitri nanti.  Umur panjang dapatlah lihat warna pilihan bagi tahun ini.

Apa pun jangan terlalu ghairah mahu menyambut Hari Raya.  Yang paling penting buat masa ini, segera ganti puasa.  Tapi tak salah merancang :) 

Alhamdulillah, segala hutang Ramadhan lalu sudah dilunas hanya tinggal beberapa puasa niat yang mana harus disegerakan.  


nota:  menunggu masa sesuai...

   

No comments :

Post a Comment