Followers

Tuesday, February 19, 2013

::Nuffnang Premier Screening ~Cloud Atlas~::

Once again, thank you Nuffnang for picking me as one of the lucky to watch this movie, Cloud Atlas.  A must seen movie!  I love that movie and as Tom Hank biggest fan, I knew he will deliver it in his own class.

Pada awal ragu-ragu juga untuk bersama Abang, kerana filem tersebut seharusnya yg tidak membosankan.  Meski dia tidak kisah genre filem tetapi ianya harus punya will power to made him glued on the chair.

Cloud Atlas perlukan khalayak penonton yang mampu mengembara bersama filem tersebut dan otak sentiasa ligat berfikir supaya tidak tercicir dan hilang di tengah-tengah jalan cerita.

Ini kerana, Cloud Atlas menggabung 6 buah cerita di era berbeza di dalam satu filem.  Ianya tidak berkait secara langsung tetapi mempunyai persamaan dan kebergantungan di antara satu sama lain.

Seandainya tidak berlaku di masa lampau, apa yang dilalui hari ini tidak akan berlaku.  Apa yang dilalui masa kini adalah kesan dari sejarah.  Yes, that it what I understand from this film.

Apa yang paling saya suka bila pengembaraan filem ke tahun-tahun tersebut berlaku serentak.  Klimaks di keenam-enam filem dipaparkan secara berselang-seli.

Kalau nak tahu apa yang saya perkatakan ini, buka langkah ke pawagam sekarang dan alami sendiri keasyikan filem Cloud Atlas dan mulakan penilaian anda.

Sementelah menonton Premier Screening tak pasti pula tayangan biasa ada tapisan atau tidak kerana banyak juga adegan panas.  Tanpa potongan drastik, saya berada di perut pawagam hampir 2 jam 45 minit.

Apa yang paling saya kagum melalui filem ini adalah set dan pemilihan pakaian serta solekan.  Everything so real so whenever plot's swap terus terasa berada di era tersebut. 

Kesemua yang membintangi filem ini melakonkan lebih dari satu watak, no doubt they are so good.  Watak dibawa benar-benar hidup and memberi kesan.  

Seriously, you have to watch this movie with your brain cause those interrelated subject will make you lost.  Tapi dengan penelitian, jalan cerita yang kompleks tidak menjadi masalah.

Entahlah, sukanya saya dengan filem ini hinggakan ke saat ini masih terbayang kisah-kisah di dalamnya dan sudah semestinya punya mesej berguna.

Agak sukar juga untuk saya rumuskan sinopsis Cloud Atlas di sini, gerenti panjang berjela.  Bagi yang masih ragu-ragu untuk pergi menonton boleh lihat dahulu laman-laman sesawang di bawah dan anda akan tahu kenapa filem ini harus ditonton

http://www.imdb.com/title/tt1371111/synopsis
http://cloudatlas.warnerbros.com/    
http://en.wikipedia.org/wiki/Cloud_Atlas_%28film%29 

Dari 5 bintang saya hadiahkan 4.5.  Banyakkan? Ini kerana saya suka dan kagum.  Ambil kesempatan dan pergi ke panggung wayang.  Tapi awas!  Filem ini tidak sesuai bagi mereka yang suka menonton sesuatu bersifat santai.  

Seperti telah dinyatakan, Cloud Atlas mahu kita turut sama ligat berfikir dan menangkap dengan pantas jalan cerita yang berkesinambungan.


 Imej melalui carian Google





nota:  mahu tengok lagi..





 

No comments :

Post a Comment