Followers

Thursday, February 21, 2013

::Ragam Tidur::

Semenjak ada semula TV di bilik tidur, waktu tidur sudah berterabur.  Masakan tidak, sebelum tidur itulah masanya mahu menonton segala rancangan yang dirakam.

Paling teruk pernah tidur selepas azan Subuh berkumandang.  Kononnya mahu lelapkan mata barang seketika, rupanya bisikan Syaitan semata.  Celik-celik mata jarum jam melekap pada angka 10.

Patutlah GM mengelak untuk meletak TV di bilik tidur.  Lagi pun tabiat GM jika tidur harus gelap.  Saya pula bila tidur, lampu kalimantang berterusan menyala.

Entahlah, tak betah rasanya tidur dalam gelap.  Bila gelap selang sejam mesti terjaga.  Biarlah lampu terpasang atas kepala, terang-benderang tidak akan mendatangkan sebarang masalah.

Ada juga pernah bertanya, tak migrain ke tidur pasang lampu?  Bagi saya tidur dalam gelap itu sendiri sudah cukup mengundang sakit kepala berpanjangan.  Pelikkan?


Kerana itu tiada siapa tahan tidur bersama saya.  Sudahlah kekuatan kipas setakat 1 atau 2 sahaja.  Saya mana tahan sejuk.  Ada-ada masa langsung tak pasang kipas.


Lagi satu, bila tidur bantal kepala mesti lebih dari satu.  Kadang-kadang sekalli 3 saya letak.  Tak selesa betul bila badan baring flat.  Rasa sukar untuk bernafas.  

Apa yang bagus, saya tidak memerlukan ruang besar untuk lelapkan mata.  Ini kerana pergerakan sewaktu tidur amat minimal.  

Jika mengiring ke sebelah kanan, sampai esok pagi macam tu juga.  Kiranya nak kemas katil pun senang, tak berkecah teruk.  Dulu Bibik hanya tepuk-tepuk tilam dan susun bantal semula.


Bila dah tak ada bibik, kadang-kadang katil pun tak berkemas.  Yalah, mana ada terusik sangat.  Dasar pemalas pun ya juga!

Eh, kenapa cerita pasal tidur ni?  Ini tandanya saya sedang mengantuk di siang hari.  Kepala asyik terbayang tilam nan empuk dek kurang tidur malam tadi.

Kena pula baru selesai makan tengahari.  Apa lagi, mata kuyu semakin layu.  Nak menghilangkan rasa mengantuk singgah sebentar di sini.  


Sambung kerja semula ya rakan-rakan.  Terima kasih berehat sebentar di sini sambil membaca repekan di kala petang hari.  





nota:  macam tu pun boleh ke?

No comments :

Post a Comment