Followers

Sunday, March 31, 2013

::BLACK MASK SHISEIDO::

Lagi terbaru dari kami di I Luv Clothez.  Kali ni penjagaan kulit wajah secara luaran pula.  BLACK MASK SHISEIDO (BMS) sangat berkesan menanggalkan kulit-kulit mati di muka, mengurangkan bintik hitam dan putih, mengecutkan jerawat, menghaluskan kulit dan meratakan tona wajah.

Pengalaman pakai pada kali pertama terus jatuh hati.  BMS ini bukan seperti mask lain yang pernah saya beli sebelum-sebelum ini.  Melekat agak kuat pada muka dan bila nak tanggalkan pun senang.

Saya mengalami masalah bintik hitam serius di bahagian hidung dan BMS sangat membantu.  Selepas pakai kulit muka pun rasa segar dan licin.  My sis having pimple, quiet serious.  Bila dia pakai, Alhamdulillah okay.

Tak kira samada lelaki atau wanita, sesiapa sahaja mempunyai masalah kulit boleh mencuba dan gerenti puas hati!   

So, I love to share this miracle product with everybody.  Untuk pertanyaan lanjut, boleh email:  iluvclothez@gmail.com atau ke FB page I Luv Clothez

  Harga sekeping RM2 (tidak termasuk kos penghantaran), harga istimewa bagi pembelian banyak.  Cepat beli sementara stok masih ada!



nota:  STICKY POST!!
    

Saturday, March 30, 2013

::Rindu Mak::

Entah kenapa hati galau tak menentu.  Fikiran menerawang memikirkan yang bukan-bukan.  Belum lagi dengan masalah sedia ada harus berdepan.  
 
Rasa rindu pada Arwah Mak kuat sangat.  Asyik teringatkan dia sahaja :(  Baru tersedar kelmarin genap 15 tahun Allahyarham meninggalkan kami semua.  Time flies!
 
Mak ibu GM, kiranya dia nenek saya tapi kerana dari kecil biasa panggil Mak terus melekat sehinggakan adik-adik lain turut ikut sama.
 
Arwah Mak meninggal dunia 2 hari sebelum keputusan SPM saya keluar.  Tak sempat dia tahu keputusan serta meraikan kejayaan.  Bertahun lamanya saya merawat kesedihan atas kehilangan dia.
 
Bukan tak redha cuma perancangan Allah ketika itu seolah tidak menyebelahi saya dan pada waktu itu saya sering menyalahkan takdir.  
 
Takdir di mana saya merupakan cucu paling rapat tetapi saya tiada di saat dia menghembuskan nafas terakhir.
 
Sebaik sahaja tamat SPM, saya memilih tinggal di kampung.  Pertamanya kerana mahu ambil lesen kereta dan keduanya ambil kelas komputer.  Kenapa tak di KL?
 
Faktor utama harga.  Ambil lesen dan yuran kelas komputer jauh lebih murah berbanding di KL.  Faktor kedua kononnya mahu cuba hidup berjauhan dari keluarga.  Persediaan masuk Universiti kononnya.  
 
Yalah, mana pernah saya berpisah dengan keluarga terutama Mak dengan Onyang ketika itu.  Dari kecil mereka berdua bertungkus-lumus membesarkan kami 5 beradik.
 
Sepanjang 3 bulan I really enjoy my time especially hang out with all cousins.  Kebetulan pula dalam waktu terdekat kakak sepupu bakal melangsungkan perkahwinan.  Setiap hari masa diisi sebaik mungkin.
 
Menambahkan rasa ralat, saya juga jarang telefon rumah.  Entah kenapa hati dibawa jauh dari rumah.  Bukan tak rindu dengan Mak ketika itu, cuma..entahlah..
 
Seminggu sebelum Allahyarham meninggal dunia saya berjaya lulus lesen kereta.  Hati gembira tak terkata lebih-lebih lagi GP janji mahu hadiahkan sebiji kereta.  
 
Malam terus telefon Allahyarham kongsi kegembiraan.  Saya masih ingat lagi kata-kata saya pada Mak hari tu, "Mak, nanti Along boleh bawa mak naik kereta.  Tak payah lagi Mak nak naik bas pergi ke mana-mana"
 
Kegembiraan saya hanya dijawab dengan satu balasan hambar "Insyaallah kalau umur panjang".  Sebelum letak telefon Allahyarham sempat bertanya bila balik rumah dan saya balas minggu depan.
 
Dalam menanti kehadiran Jumaat akan datang, sepanjang minggu saya langsung tidak menghubungi Mak.  Bukan itu sahaja, teringat pada dia pun tiada malah confirm hari apa nak balik KL pun tak beritahu sesiapa.
 
2 hari sebelum keputusan SPM keluar iaitu hari Jumaat, ibu saudara saya bawa pulang ke KL.  Masih jelas lagi dalam ingatan kami bertolak pulang dari Perak lebih kurang jam 6 petang.
 
Suratan sudah tertulis, Allahyarham meninggal dunia sewaktu saya dalam perjalanan pulang iaitu lebih kurang jam 8.00 malam, lepas Maghrib dan saya hanya ketahui Mak meninggal dunia tatkala berada di simpang jalan masuk rumah.
 
Itu pun adik sepupu telefon ibu saudara bagi menyampaikan berita.  Perasaan waktu itu tak terkata!  Lima minit selepas panggilan telefon saya tiba di depan rumah dan jenazah Allahyarham terbujur menyambut kepulangan saya.
 
Ya, saya menangis macam orang gila.  Menjerit minta dia bangun semula dan jangan tinggalkan saya.  Saya tak pandang orang kiri kanan lagi.  Yang saya tahu saya mahukan Allahyarham.
 
Dan waktu itulah saya menyalahkan keadaan.  Menyalahkan diri sendiri dan saya turut menempelak ketentuan.  Sepanjang urusan jenazah saya langsung tidak mendekati tubuh Allahyarham.
 
Saya sedih bercampur marah.  Tapi tak tahu nak marah pada siapa?  Ada juga saya marahkan arwah ketika itu kerana meninggalkan saya tanpa memberi peluang berjumpa dengannya.  
 
Itulah akal cetek seorang gadis berusia 17 tahun ketika itu.  Seharian saya hanya membaca Yassin dan Al-Quran dan tidak mahu berbual dengan sesiapa.  
 
Bila terpandangkan wajah adik-adik hati rasa marah dan benci kerana mereka ada di sisi di saat-saat akhir Allahyarham.
 
Mungkin kebetulan ataupun Arwah memang dapat merasakan saya akan pulang, dia sempat masak lauk kegemaran saya, Sambal Goreng.  Itulah masakan terakhir Arwah buat saya!
 
Dapat keputusan SPM baik pun saya sudah tidak ada sebarang perasaan.  Seronok kerana berjaya tapi rasa tak berguna pun ya juga bilamana antara orang paling penting dalam hidup dah tiada.
 
Yang saya tahu waktu itu, saya mahu segera pulang ke kampung dan bawa rasa sedih jauh dari rumah.  Berada di dalam rumah adalah saat paling menyeksakan bilamana setiap ruang rumah pasti akan terbayang Allahyarham.
 
Kalau tak silap seminggu selepas Mak meninggal, saya pulang semula ke kampung.  Di sana saya melayan kesedihan dan berperang dengan diri sendiri disamping menyalahkan takdir.
 
Hampir setahun juga saya ambil masa untuk terima kenyataan.  Habis semua baju-baju Allahyarham saya kutip dan bawa pulang ke UiTM.  Setiap kali sarung ke badan rasa Arwah dekat dengan saya.
 
Hari ini tidak lagi.  Dah lama saya terima kenyataan kehilangan orang yang saya sayang.  Bila difikirkan semula, saya tahu kenapa Allah merencanakan semua itu.  Banyak hikmah terselindung disebalik apa yang berlaku.
 
Setiap kali selepas solat saya tak pernah lupakan mereka,  Mak, Onyang, Nina, Atuk, Aki.  Semakin meningkat usia semakin rindu dengan mereka semua terutamanya Mak dan Onyang.
 
Masa lampau tidak akan mampu diulangi tetapi hadirnya mereka adalah satu anugerah buat saya dan keluarga.  Kami tidak senang, tidak juga susah tapi kami bahagia dengan kehadiran satu sama lain.
 
Fuuhh!! Kenapa ya saya bercerita di sini?  Tak ada orang tahu pun apa saya rasa dan lalui ketika itu.  Saya pernah ceritakan pada Abang selepas beberapa tahun berkawan.  Siap menangis lagi bila bercerita.
 
Seriously, separuh jalan menyiapkan entri ini saya sendiri mengalirkan airmata bila mengenangkan segala apa dilalui.  
 
Sering saya terfikir, kalaulah Mak masih ada bagaimana agaknya keadaan kami sekeluarga?  Pastinya riuh-rendah lebih-lebih lagi dengan kehadiran Little Munchkins 3 orang di rumah.
 
Al-Fatihah buat Allahyarham Mak, Rafeah bt Din.  Moga Allah mencucuri rahmat, ampunkan segala dosa-dosa Allahyarham dan tempatkan Mak dikalangan orang beriman. 
 
 Dari Google Image
 
 
 
 
 
nota:  rindu...  
 
  
 
 
 
    
 
 
 
    
 
 
 
   

::Selamat Berhujung Minggu::

Dah hari Sabtu balik!  Macam baru semalam rasanya hujung minggu ni dah bertemu semula.  Apa perancangan anda semua?  Hujung minggu terakhir cuti sekolah jugakan?  
 
Diri ini seperti biasa mana punya perancangan tatkala hujung minggu.  Tapi mungkin sebentar lagi keluar makan kemudian ada nak hantar PMC dan Black Mask.  
 
Kebiasaan hujung minggu memang ramai nak Cash On Delivery (COD) terutamanya PMC siap masak, memang tak boleh nak hantar by pos. 
 
Tak semua tempat boleh COD, tengok lokasi juga.  Kalau dah sampai ke Sepang bagai memang terpaksa ditolak.  Selalunya saya akan suggest beli pada orang lain berhampiran yang turut jual.
 
Tengoklah nanti, kalau balik awal boleh sambung di sini sementelah tidak punya hala tuju.  Ada sahaja cerita nak dikongsi tapi itulah, sering buntu dan tersangkut di permulaan.
 
Selamat berhujung minggu semua!
 
      Imej dari Google




nota:  sakit perut...

Wednesday, March 27, 2013

::Cuba Berbicara::

2 -3 hari ni idea kering kontang.  Tak tahu nak bual apa.  Inilah akibatnya bila tidak terdedah dengan dunia luar dan hanya berinteraksi melalui medium siber.  

Lama juga tak hang out dengan rakan-rakan, ke dah tak ada rakan-rakan yang sudi mahu bersosial.  Yalah, sekarang dah tak sama macam dahulu.  Terlalu banyak perbezaan dan terlalu besar jurang.

Minggu ni minggu terakhir Mac kan?  Hmm..semakin menghitung hari semakin sesak dada.  Banyak perkara not go accordingly.  Lebih parah bila berlarutan sehingga berbulan-bulan.  

Betullah kalau boleh bertahan bertahun lamanya takkan sedikit sahaja lagi tak mampu mengharungi tetapi hakikatnya, bila semakin menghampiri kenyataan semakin runcing jalan dilalui.

Teruslah bersabar wahai hati.  Kesabaran itu kunci kepada segala-galanya.  Tatkala berarak awan mendung, tika itulah senyuman dibibir seindah mentari.  Kekuatan bukan sahaja untuk diri tetapi juga orang-orang tersayang.

Entri ini percubaan untuk kembali berbicara, mencari idea.  Maaflah ya bilamana terpaksa membaca bebelan serta luahan hati.  Saya doakan semoga rakan-rakan melalui hari-hari indah.





nota:  asyiklah tersilap tekan...




 


Monday, March 25, 2013

::Selamat Bercuti Sekolah::

As-Salam Isnin!  Monday Blues?!  Cuti sekolahkan, mesti ramai curi peluang turut bercuti bersama anak-anak.  Saya di rumah sejak tiada yang bersekolah, cuti sekolah tak pernah ambil pusing.
 
Walaupun Buah Hati bersekolah, barangkali kerana masih tadika makanya tak ambil endah sangat.  Dia pun kadang-kadang sampai anginnya, nak pergi sekolah sikit punya malas.  Jenuh paksa!
 
Harap sangat tak terbawa sifat itu ke alam persekolahan sebenar.  Kalau tidak jenuh juga Macho Man nak menangani masalah anaknya.
 
Bila sebut sekolah teringat pula syllabus sekolah Buah Hati.  Fuh!! Dahysat.  Dah macam peringkat sekolah rendah terutamanya matapelajaran Matematik.  
 
Tak pasti pula sama atau tidak dengan tadika lain, tetapi tengokkan apa yang dia belajar, seingat saya apa yang saya pelajari dahulu dalam darjah 2 lebih kurang sama dengan apa yang Buah Hati belajar sekarang.
 
Demanding betul matapelajaran sekolah hari ini.  Zaman saya dahulu, darjah 1 masih lagi diajar mengenal nombor, mewarna gambar dan segala yang senang-senang.  Mengeja pun peringkat asas.
 
Mungkin dulu tak semua murid bertuah menjejakkan kaki ke sekolah tadika, kerana itulah sukatan pelajaran tidak terlalu advance seperti sekarang.
 
Pernah saya luahkan kepada Siti Cutie perihal ini.  Yalah, diakan guru tadika.  Menurut dia apa sahaja diajar mengikut garis panduan Kementerian.  Lagi pula akan menyenangkan murid di tahun 1 nanti.
 
Apa-apa jelah asalkan anak-anak generasi masa depan ini menjadi pelajar berjaya.  Zaman sekarang mana boleh dibandingkan dengan zaman dahulu.
 
Dengan segala kemudahan sedia ada serta kecanggihan teknologi, sewajarnya anak-anak sekarang jauh lebih baik dari kita dahulu.   
 
Hai, sekejap sahaja masa berlalu!  Tahun depan Buah Hati sudah memasuki alam persekolahan sebenar.  Bagaimana dia agaknya?  Yalah, cucu sulung di rumah.  Manja ada sedikit terlebih.
 
Oh, sepanjang minggu ini saya pasti dihujani pertanyaan Buah Hati mahu berjalan ke mana dan yang pasti GM akan berlipat kali ganda sibuk di rumah melayan karenah 3 hero.
  
Selamat bercuti buat mereka yang bersekolah dan selamat melayan gelagat anak-anak di rumah bagi yang mengambil cuti sempena cuti sekolah.     
 
 
 
 
nota:  mula hari di hospital..   

Sunday, March 24, 2013

::Nukilan Hati - Syukur?::

Susah pula melelapkan mata, barangkali perut penuh dengan makanan.  Bertemankan TV malam ini sambil jari gatal mahu menari.  Harap-harap rentak tidak akan sumbang ;)
 
Teringat saya pernah mencoret sesuatu di dada kertas sewaktu menunggu.  Tunggu siapa tak ingat pula.  Takpelah, kongsi sahaja nukilan tersebut di sini.
 
Berapa ramai di antara kita sebenarnya menghayati erti kesyukuran?  Mulut lafaz rasa syukur tetapi bagaimanakah penghayatannya?
 
Suatu ketika pernah bergaji RM900++ sebulan.  Aku bersyukur tetapi selalulah berkata "Alangkah bagusnya jumlah tersebut naik ke angka RM1000++".  Bukan tak cukup tapi itulah, 'ngam-ngam soi'!
 
Allah Maha Mendengar lantas makbulkan doa dari kurang menjadi seperti apa dihajati.  Mula-mula dapat, senyum sampai ke telinga.
 
Punyalah pasang niat, okay dah dapat begini banyak bolehlah buat begitu.  Syukur sangat-sangat!
 
Tak sampai setahun mula mengeluh lagi bila mana semuanya sekadar cukup-cukup.  Aduh, ingatkan sudah bertambah adalah lebihan sikit-sikit.
 
Bukan tak bersyukur ya, tapi hati sudah mula terdetik lagi mahu lebih sedikit dan merasa seperti orang lain.  Kalaulah Allah perluaskan rezeki sedia ada ke jumlah RM2k alangkah nikmatnya!  
 
Allah itu Maha Pengasih bukan, walau menggunakan senjata doa meski culas melaksanakan tuntutan yang Dia mahukan tetap juga makbulkan segalanya.  
 
Dah dapat, mulalah rencana pelbagai agenda.  Berbelanja pun sudah berlebih dari biasa.  Tapi itulah namanya Manusia, berilah banyak mana takkan pernah cukup terutama DUIT!
 
Bukan berlebih, makin tak cukup adalah ibarat pepatah 'Besar periuk besar juga kerak nasinya' .  Hutang pun dah pandai buat.  Merencana supaya hutang hanya untuk memenuhi kehendak tanpa memikirkan sebarang risiko di kemudian hari. 
 
Hari ini jangankan RM2k, nilai RM900++ pun susah nak masuk dalam gengam.  Baru nak sedar, Allah dah beri bila-bila masa dia boleh tarik balik.  
 
Sebelum-sebelum ini siapa kata saya tak bersyukur?  Cuma hari ini bertanya pada diri sendiri benarkah penghayatan erti kesyukuran dalam diri?  Sejauh mana penghayatan kepada rasa syukur itu? 
 
Jika benar rasa syukur dihayati sudah pasti tidak diuji sebegini hari ini.  Pastinya bila setiap kali dapat takkan meminta-minta lagi.  Ini tidak, asyik tak puas sahaja! 
 
Apa perlu dihitung lagi, segala ini sudah tertulis dan direncanakan.  Takdir hari ini menampar muka supaya aku bangun dari tidur yang lena.  Betapa kesenangan selama ini sudah takkan bertahan.
 
Juga ini semua satu peringatan andai sudah berjaya mencapai apa diingin satu hari nanti aku akan lebih bersyukur dari sebelumnya.  


1 Mac 2013
7.00pm, dalam kereta



nota:  hisab diri...

Saturday, March 23, 2013

::Wanita Lima Suami::

Artikel ini saya ambil dari Sabahkini.net.  Macam-macam hal dunia!  Kalau lelaki berkahwin ramai tiada apa pun nak dihiraukan, tetapi ini bila seorang wanita punya lima suami..hmm..Mujur juga berlaku di India, kalau di Malaysia mahu ribut dibuatnya!
 
Gambar-gambar juga saya copy dari laman web tersebut.


INDIA : Seorang pengantin perempuan untuk lima pengantin lelaki. Tentu pelikkan? Tambah pelik apabila semua pengantin lelaki adalah adik beradik.

Namun bagi Rajo Verma, 21, ia bukan sesuatu yang pelik malah dia menerima perkara berkenaan dengan tangan terbuka, selaras dengan adat yang diamalkan di tempat tinggalnya. Dia kini menetap di sebuah rumah yang hanya mempunyai sebuah bilik bersama semua suami itu.

GILIR.....Rajo akan tidur dengan mereka mengikut giliran.

Dia kini mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 bulan, namun Rajo sendiri tidak mengetahui siapa bapa kepada anak-anaknya itu.

“Pada mulanya saya merasa sedikit pelik namun ia menjadi kebiasaan. Tidak ada pilih kasih terhadap semua suami saya. Kami tidak mempunyai katil, hanya selimut yang diletakkan di atas tilam,’’ katanya.

Jelas Rajo, ibunya sendiri mengahwini tiga beradik, justeru dia tahu dia akan mengalami perkara sama apabila dewasa kelak.

“Saya tahu saya terpaksa menerima mereka semua sebagai suami saya,’’ katanya.

Rajo menyifatkan dirinya bertuah kerana mendapat perhatian yang lebih daripada suami-suami, berbanding kebanyakan isteri yang lain.



Dalam pada itu, Guddu, 21, merupakan suami pertama Rajo berkata, mereka semua menjalin hubungan seks dengan Rajo.

“Saya tidak cemburu. Kami semua adalah satu keluarga yang bahagia.’’ katanya.

Mengikut adat di kampung berkenaan, Rajo perlu menjadikan semua adik beradik berkenaan termasuk Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26 dan Dinesh, 18, sebagai suami.

Dinesh dikahwininya tahun lepas ketika lelaki itu berusia 18 tahun. Sementara Bajuu pula berkata dia menganggap Rajo sebagai isterinya dan tidur dengan wanita itu sama seperti adik beradiknya yang lain.

Rajo katanya, memasak dan mengemas rumah selain menjaga anak mereka manakala dia dan adik beradiknya keluar bekerja di Dehradun yang terletak di utara India.
 
 
 
 
 
nota:  dunia akhir zaman..

Friday, March 22, 2013

::Selamat Berhujung Minggu::

Baru balik dari menemankan Abang buat pemeriksaan di PPUM.  Keputusan hanya akan diketahui Isnin nanti.  Harap sangat kondisi tidak teruk mana, In Shaa Allah.  
Sebelum pulang, singgah makan di Bangsar, gerai kari kepala ikan.  Kesukaan Abang, saya ikutkan sahaja.  Asalkan kari boleh sahaja berkompromi.

Betapa 'kaw'nya kari tersebut, ni terasa perit tekak.  Panas badan barangkali.  Harap sangatlah tidak melarat.  Kalau tidak memang terseksa bilamana berhujung minggu dengan sakit tekak.

Sampai rumah kepala kosong.  Tak tahu mana satu harus dikerjakan.  Bukanlah banyak mana kerja cuma entah kenapa tiba-tiba rasa lain sangat.  Okay, tengah period jadi mari kita salahkan perubahan hormon.

Kalau dulu sentiasa seronok bila hujung minggu menjelang.  Sekarang?  Apa yang pasti mesti rumah sunyi.  Yalah, Little Munckins semua tiada.  Itu yang TV jadi mangsa.  Dah terasa benar peningkatan usia.

Cepatlah segala apa sedang diusahakan selesai dan kami boleh mula bekerja semula termasuk hujung minggu.  Sudah tidak betah melangut, bimbang otak jam nanti.

Okaylah, selamat menikmati hujung minggu rakan-rakan maya.  Nikmati segala apa yang anda ada sebaik mungkin dan berehatlah sepuas mungkin sebelum bertemu minggu baru.   


nota:  penatnya...

Thursday, March 21, 2013

::PMC / VCOA Treenea / Black Mask Shiseido / Felinna::

Hanya mampu telan air liur bilamana melihat gambar-gambar serta cerita mereka-mereka pergi ke Konsert Lagenda di Istana Budaya.  Nak buat macamana, ketirisan di poket baik kiri dan kanan maka diam sahaja.
 
No regrets, lagi pun hiburan duniawi.  Kalau tak pergi kali ini barangkali akan ada masa di lain hari.  Tapi kombinasi penyanyi di atas pentas bestkan?  Lagu+suara gerenti memukau.
 
Sebenarnya ini entri mengisi waktu senggang.  Malam Jumaat, rumah sunyi.  Yalah, ada yang ke masjid, ada masih lagi melagukan Yassin.  Saya?  Cuti kurniaan Allah! =)
 
Oh ya, sepanjang pengambilan Kolagen ini merupakan pertama kali saya period tanpa sebarang sakit sengugut.  Cuma semalam adalah rasa perut sedikit kurang enak.  
 
Kalaulah saya tidak ke tandas buang air, mesti tak tahu period.  Tapi rasanya pusingan datang bulan masih lagi kelam-kabut.  Harap sangat lepas ni dapat atasi masalah tersebut.
 
Alhamdulillah, akhirnya.  Jika benarlah kolagen yang membantu merawat masalah sengugut, moga-moga selepas ini saya bukan lagi pesakit tegar sengugut.  Takpe, masih awal lagikan.  Tengok pula bulan depan macamana, In Shaa Allah saya yakin.
 
Bila fikir-fikir, sebenarnya Allah dah sedia macam-macam di dunia ini untuk umatnya.  Hanya kita sahaja harus berusaha menggeledah hasil bumi.  Tiada sakit di dunia ini tiada penawarkan?
 
Ini sedang berkira-kira mahu mencuba VCOA Treenea pula.  Walaupun saya menjual Treenea tapi masih belum mula amal.  Saya jual pun sebab Ninie merupakan distributor kawasan.  
 
Berbulan juga kaji serta luaskan pembacaan mengenai VCO.  Dari apa yang saya tahu kesan positifnya sangat superb.  Ramai pembeli beri feedback thumbs up!
 
Terutamanya bagi mereka yang punya anak-anak masalah kulit /eczema.  Ya, 80% yang beli dari saya anak mereka mempunyai masalah eczema.  
 
Kasihan melihatkan anak-anak bila ada masalah kulit.  Seorang dari rakan saya, anaknya menghidap eczema dari kecil hinggalah sekarang sudah berusia 3 tahun.  
 
Kulit anak dia dah melecet dan bila garu sahaja mesti berdarah/luka.  Saya sarankan dia beli VCO, Alhamdulillah berhasil.  Kalaulah dia jumpa penawar ini dari dulu, mesti anak dia tak berparut satu badan.
 
GP antara pengamal tegar VCO.  Dia suka kerana dengan pengambilan VCO, badan serasa segar sepanjang hari.  Lebih lagi GP sangat aktif bermain golf.  Sejak makan Treenea, badan aktif sehingga boleh bermain golf dari pagi sampai malam.  
 
Mungkin dalam masa terdekat ini saya akan mula dengan VCO Treenea pula.  Saya pasti kongsikan di sini sebarang tindak balas positif.  Kita tengok apa kesan VCO + Kolagen pula.
 
Bagi rakan-rakan ingin mencuba VCO Treenea boleh hubungi saya.  Harga RM40 sebotol, kalau taknak bayar kos penghantaran boleh jumpa saya di mana-mana tempat yang saya tetapkan. 
 
Sesiapa berminat jadi agen boleh juga.  Tapi bukan melalui saya tetapi direct bawah adik saya, Ninie.  Nak tahu lebih lanjut perihal agen, email saya dan saya akan beri contact number Ninie ya.
 
Setakat ini, kalau nak beli Felinna Inchloss, PMC yang belum masak / dah masak, VCO Treenea dan Black Mask Shiseido boleh berhubung terus dengan saya ya.  Nak tanya atau borak-borak pasal produk pun tak ada masalah, sedia melayan.
 

 
    
 
 
 
nota:  jangan putus asa...
 
 
 
 

::Tahniah Pelajar SPM 2012::

Keputusan SPM keluar hari ini.  Mesti ramai teruja untuk tahu keputusan meski tidak menduduki peperiksaan.  Waktu inilah telefon akan berdering bersilih ganti bertanyakan mengenainya.
 
Lama sudah meninggalkan detik itu, malah adik-beradik pun dah tak ada yang harus melalui peperiksaan tersebut.  Tunggu giliran Little Munchkins 10 tahun akan datang, jika umur panjang.
 
Tahniah adik-adik yang berjaya dengan cemerlang.  Bagi yang tak berapa meriah keputusannya jangan putus asa dan jangan merendah diri.  Ramai di luar sana lebih berjaya hari ini tanpa kecemerlangan di slip SPM.
 
Bolehlah fikirkan apa langkah seterusnya selepas ini.  Apa sahaja yang ingin dilakukan, hasrat untuk dilaksanakan, segalanya terletak di tangan sendiri.  Kalau berjaya pun untuk diri juga.  Keluarga, sanak-saudara dan teman-teman hanya berkongsi bangga.
 
Syabas para pelajar SPM 2012!  Berjaya atau kecundang, adik-adik semua telah membuktikan mampu untuk berdaya saing dan mencabar akal ketika menjawab peperiksaan.
 
 
 
nota:  terkenang 16 tahun lampau.. 
 
 
 
 

::Sedikit Fakta Mengenai Israel::

Saya peroleh informasi ini melalui sebaran di FB.  Alang-alang, saya kongsikan di sini.  Bila berbicara perihal Israel, hati memang mudah dilanda emosi kerana marahkan Kaum Yahudi yang telah menzalimi Saudara kita di Palestine.  

Moga Allah lindungi Saudara kita di sana dan moga Syiar Islam akan kembali menguasai Palestine!
 
Tahukah anda sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom Kita nak dedahkan 10 daripadanya!
1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!

 
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!



Wallahualam..



nota:  sekadar berkongsi.. 


 

::Kuat Berpeluh::

Mudahnya rasa panas sejak akhir-akhir ini.  Dengan sekelip mata peluh menitik-menitik, sesuatu yang amat jarang berlaku sepanjang usia.  
 
Saya bukan senang berpeluh, even duduk di bawah terik mentari still boleh maintain.  Kalau berlari pun rembesan peluh setakat biasa-biasa.
 
Terfikir adakah kerana perubahan hormon atau pun kerana tambahan nutrisi pemakanan (kolagen) atau mungkin pemakaian Felinna Inchloss?  Atau barangkali cuaca memang sangat panas.
 
Kenapa saya pelik?  Mestilah!  Kalau sebelum ini tidur tanpa kipas masih boleh lagi.  Sekarang tiap-tiap malam penghawa dingin harus dihidupkan.
 
Jika penghawa dingin dimatikan, menjelang pagi lencun baju.  Bila berpeluh sakan, badan pun senang gatal-gatal.
 
Tak cukup dengan itu, selama ini bila makan mana pernah berpeluh.  Hidangkan lauk sepedas mungkin, tetap macam tu juga.  Sekarang?  Makan nasi dengan kuah pun sudah bisa mengeluarkan peluh.
 
Masih belum tahu apa punca.  Tetapi ada juga terfikir yang saya semakin gemuk barangkali.  Lemak di sana sini, kerana itu cepat berpeluh.  Jika benarlah ini puncanya, PENGSAN!!
 
Yang peliknya hanya berpeluh di bahagian badan sahaja.  Kalau berpeluh dari atas sampai ke bawah bagus juga.  Itu barulah pembakaran lemak namanya.  
 
Tapi tak dinafikan selera makan pun lain macam.  Jika dulu, seharian perut tidak diisi bukan menjadi satu masalah.  Sekarang, lambat sahaja perut punyalah meragam!  Siap ada bunyi-bunyian lagi.
 
Cumanya walaupun agak kuat makan, berat badan masih belum naik.  Takat pada angka sebelum ini.  Barangkali bantuan Felinna dan Kolagen? 
 
Turun berat badan sahaja belum lagi :(  walhal saya amat mendambakan penurunan berat.  Agak-agak akan berlaku tak?  Jawapannya saya sudah ada!
 
Pastilah TIDAK, kerana saya tidak berusaha langsung ke arah itu.  Senaman langsung tak buat, jaga pemakanan ibarat mimpi di siang hari.  Hanya bergantung pada Kolagen dan Felinna mana logik.
 
Okay, saya berjanji pada diri sendiri akan mula giat untuk menurunkan berat badan.  Mungkin dengan cara itu saya dapat menemui jawapan kepada masalah peluh ini.  
 
Doakan saya berjaya dalam misi yang entah berapa kali tertangguh dan juga sudah berapa kali kecundang.  Tapi bila tengok orang kurus tau pun cemburu.  Inilah manusia!  Mahu tapi enggan berusaha!
 
 
 
 
nota:  saja-saja...

Wednesday, March 20, 2013

::Ulser Menyerang::

Mood sangatlah ke laut bila mana dalam mulut merata ulser sampai ke lidah pun turut sama terjebak.  Tiba-tiba pula boleh kena ;(
 
Masa yang baik buat jari untuk berbicara tapi sayang, kesakitan terlalu menguasai hingga rasa nak demam pun ada.  Dugaan betul ni!
 
Bila mula-mula ulser keluar, secepat mungkin letak Bonjela.  Sayangnya tak berhasil.  Nekad untuk tabur garam meski tahu perit sampai keluar airmata.  
 
Demi untuk cepat sembuh, itu semua belakang cerita.  Janji baik!  Minggu ni banyak kerja dan juga banyak keluar untuk discussion, amat penting memastikan mulut dalam keadaan baik.
 
Tapi saya terlupa, garam bukan method yang sesuai.  Acapkali bila menggunakan garam, natijahnya bertambah buruk.  
 
Sebaik sahaja meletakkan garam, keesokkannya ulser bertambah teruk dan makin membesar.  Sehingga hari ini, pipi dan lidah rasa membengkak serta kebas-kebas.  
 
Garang betul kumpulan ulser ini melawan kekuatan garam.  Sudahlah saya yang menanggung kepedihan bila tabur garam di ulser, boleh pula mereka berlawan antara satu sama lain!
 
Apa diharapkan segeralah ulser ini sembuh.  Dah tak sanggup menahan sakit.  Oh, barangkali kerana tak makan kolagen.  Sudah hampir seminggu tak makan, malas nak masak.
 
Kalau tidak rasanya ulser ini takkan melarat.  Yalah, sakit ni sering dikaitkan dengan panas dalam badan.  Lebih-lebih sekarang memang tengah musim panas melampau.  Kerana itu barangkali berlumba-lumba ulser keluar.
 
Sekiranya saya makan kolagen dalam tempoh ulser mengganas ni, dapatlah meredakan dan mempercepatkan proses pengecutan.  Kolagenkan sejuk.  Okay, ini teori saya sendiri ya.
 
Bila dah lama makan atau amalkan kita akan dapat tahu bagaimana reaksi badan terhadap sesuatu keadaan atau sebarang perubahan.
 
Dulu-dulu bila kena ulser sering dikaitkan dengan angkara mulut jahat dan sebagai balasan Allah beri kesakitan.  Mana saya tahu?  Orang-orang tua dalam rumah saya selalu cakap macam tu!
 
Tak pasti samada untuk menakutkan atau benar..hehe..tapi setiap kali ada orang mengadu kerana ulser saya pasti mengiakan mitos tersebut.  " Tulah, mulut jahat sangat!"
 
Dalam minggu lepas sememangnya agak lantang marahkan beberapa individu.  Mungkin inilah balasan atas segala lepas kata yang saya lemparkan :(  Kenalah bersabar lebih dan berdoa pulih dengan segera.
 
"Oh ulser!  Tolong ya, segeralah hilang.  Tak tertahan menanggung kesakitan!"
 
 
 



nota:  bersabar bila sakit...