Followers

Tuesday, March 5, 2013

::Angin Rindu::

Recently, mimpi bersua with one of long lost friend.  Sejak dua menjak, rindu berbisik namun ke mana arah tuju kerinduan sekiranya tidak tahu di manakah dia.
 
Bila medium mimpi menghangatkan kerinduan semakin kuat nadi rindu.  Sayangnya, dalam mimpi dia mengelak untuk bersua.  Diri ini terus mengejar tetapi dia menjauh.
 
Mungkin ia satu petanda untuk berhenti merindu.  Seingat saya tiada sebarang masalah tercetus di antara kami cuma masa dan keadaan menghilangkan ikatan pernah terjalin.  
 
Adakah dia juga seperti saya ataupun hanya diri ini sahaja memikirkan dirinya.  Entah!  Tidak mahu bersangka buruk pada insan yang kita tidak pernah ada rasa bermusuh. 
 
Terbanglah duhai angin rindu dan jika bersua dengan dia, rangkullah dia agar kehangatan kerinduan ini mengembalikan ingatan dia buat diri ini. 
 
 Dari YouTube, benar-benar menggamit memori




nota:  rindu pada teman...

No comments :

Post a Comment