Followers

Friday, March 1, 2013

::Doa Keselamatan Lahad Datu::

Keadaan cemas sedang melanda bahagian Lahad Datu, Sabah.  Sejak pagi tadi telah ada pertempuran di antara penceroboh dan pihak Malaysia.
 
Bimbang sangat dengan keadaan di sana.  Moga Allah melindungi Lahad Datu terutamanya rakyat awam.  Perintah darurat juga telah dikeluarkan demi keselamatan.
 
Harap sangat pihak berkuasa dapat menyelesaikan isu ini dalam kadar segera.  Kalau boleh tidak mahu ada sebarang peperangan besar meletus.
 
Sebagai rakyat Malaysia, hati sentiasa berdebar menantikan berita semasa dari sana.   Setakat ini dua orang anggota polis dari unit Komando 69 maut iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin.
 
Demi maruah negara, mereka berjuang sehingga nyawa terkorban.  Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka berdua.
 
Berkeras benar pihak penceroboh mempertahankan hak mereka ya sehingga sanggup bertempur.  Khabar angin dan pertikaian telah mula berterbangan.  
 
Apa pun kita hanya mahu keamanan dan jaminan keselamatan.  Mari kita sama-sama berdoa demi keamanan di Lahad Datu dan juga Malaysia tercinta.
 
 
 
nota:  berharap selesai segera...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments :

Post a Comment