Followers

Sunday, March 3, 2013

::Hujung Minggu::

Serasa mahu menaip tapi sejak tadi jari tak berhenti-henti klik ke sana sini bagi mengetahui perkembangan semasa keadaan di Lahad Datu / Semporna yang semakin mencemaskan.
 
Dari semalam malas mahu berlibur di luar, khuatir terlepas berita terkini dari sana.  Yalah, saya mana ada gajet canggih mudah yang boleh update berita kadar segera.  
 
Memang harus segera beli ni :(  Usahalah korek mana yang patut, itupun kalau ada.  Kalau tak ada juga, terus bertabah.
 
Sehingga waktu ini angka kematian sudah bertambah ke 8 orang.  Pengawasan masih lagi di bawah Polis Di Raja Malaysia dan dikhabarkan pihak tentera sudah bersiap sedia.  Hanya menunggu arahan.
 
Asyik berlayar, sebab itulah tepu.  Selain itu, ketepuan juga berpunca dari nasi minyak yang dimakan tengahari tadi.  
 
Bila menghadiri kenduri kahwin, nasi minyak sememangnya mendapat tempat di hati.  Walaupun ada lauk-pauk nasi putih memikat hati, tangan tetap mahu senduk nasi minyak.  
 
Macamlah takkan dapat makan lain kali.  Tapi bukan banyak mana pun, tambah pun tidak.  Cuma penyakit agaknya, masuk sahaja nasi minyak ke dalam badan, secara auto akan layu.  Mata terbayang katil dan bantal semata.
 
Di tambah pula dengan kunjungan hormat wajib setiap bulan, memang terbaiklah tahap ketepuan dan kemalasan.  Usai menghadiri majlis perkahwinan, rumah terus dituju.
 
Tapi itulah, golek sana golek sini mata tetap tak mahu pejam.  Hati bergejolak mahu terus melayari internet bagi info-info terkini.
 
Seharusnya entri berhenti di sini.  Saya mengambil masa 3 jam hanya untuk siapkan dek berselang-seli dengan membaca laporan keadaan terkini.  
 
Semakin lama nanti semakin lupa apa mahu ditulis.  Sudahnya tersadai dalam peti draf.  Lagi pun tengah gali idea, itu pun kalau ada.
 
Jangan lupa doakan keselamatan negara tercinta dan juga penduduk serta pertahanan negara di Sabah.  Segeralah berakhir hendaknya!  
 
 
 
 
nota:  terus berdoa...
 
 
  
 
 
 
        

  

No comments :

Post a Comment