Followers

Tuesday, March 12, 2013

::Insomnia?::

Entah kenapa malam tadi langsung tak boleh lelapkan mata sehinggalah jam 6.30 pagi.  Akibatnya kepala amat berat dan terasa pening-pening lalat.
 
Tak pasti apa masalah sebenarnya, yang pasti satu malam menggelisah.  Serba tak kena dibuatnya, itu yang sukar benar mahu tidur.
 
Walhal siang bukan ada tidur pun.  Kalau ikutkan aktiviti seharian sememangnya letih, lagi pula sebelum nak tidur baik punya makan nasi lemak, tapi itulah bila atas katil tak boleh nak pejam mata.
 
Mungkin kenyang sangat!  Kadang-kadan kitag manusia ni tak boleh nak berlebih-lebih, badan bukan boleh terima.  Selalunya bila saya letih sangat pun susah juga nak tidur.
 
Amaran pada diri sendiri.  Kecergasan badan bukan seperti 10-15 tahun dahulu bila mana kita boleh ubah segala rutin secara tiba-tiba.  Hari ini bila tergelincir sedikit dari landasan biasa, bakal tanggung akibat.
 
Sedang berusaha keras menahan mata untuk tidur.  Saya tak mahu merehatkan mata di siang hari, takut pula malam nanti susah tidur lagi.  
 
Atau adakah saya pesakit Insomnia?  Perkara sebegini tak boleh nak ambil remeh betul tak?  Okay jom mula google segala info berkaitan Insomnia.  
 
Dengan itu bolehlah juga saya menilai diri sendiri akan tahap keseriusan masalah tidur saya ini.  Semoga ia bersifat sementara dan bukannya kekal.
 
Selamat menjalankan tugas harian rakan-rakan.  In Shaa Allah, ada ruang bicara kita sambung semula.  Doakan untuk saya ya!
 
 
 
 
nota:  kepala berat..   
 
 

No comments :

Post a Comment