Followers

Tuesday, March 5, 2013

::Khabar Lahad Datu Hari Ini::

Kecut perut bila dapat tahu pihak berkuasa telah melakukan serangan ke atas Penjenayah Suluk.  Operasi adalah kerjasama di antara Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
 
Buat masa ini belum lagi ada berita tentang kecederaan ataupun pihak Malaysia menjadi mangsa.  Apa yang tahu, serangan tersebut mendapat serang balas dan sekarang pihak berkuasa sedang menjalankan operasi pembersihan di lokasi serangan (sumber Utusan Malaysia).
 
Dan baru sebentar sahaja tadi, serangan kedua telah bermula oleh Komando Vat 69 tanpa serangan udara (sumber dari sini).  Cuma penduduk di kampung berhampiran masih gusar dengan kehadiran orang luar, dipercayai dari kumpulan Penjenayah Suluk. 
 
Tak sangkakan akan ada peperangan di bumi tercinta.  Selalu hanya melihat menerusi kaca TV, media tentang negara-negara lain berperang.  Kembali amanlah hendaknya Malaysia khususnya Sabah.
 
Kita nantikan sahaja berita dari masa ke semasa keadaan di sana dan berdoa tiada yang maut dalam mempertahankan bumi pertiwi ini.  
 
Kalaulah saya berada di sana, agaknya selang seminit airmata mengalir mengenang untung nasib diri.  Lebih-lebih lagi bila mendengar ledakan bom dan tembakan berbalas.
 
Tapi sedih juga bila ada di antara kita seolah tidak mengambil pusing isu negara.  Ada yang tidak tahu hujung pangkal pun isu peperangan di Sabah ini.  
 
Betapa dangkalnya meski kecanggihan dunia IT turut sama dipakai.  Benarlah rakyat Malaysia hari ini ramai hilang jati dirinya.
 
Tak apalah, hak masing-masing untuk ambil tahu atau tidak.  Apa yang penting, kita bersatu dan terus berdoa supaya ini semua akan berakhir.    
 
   Imej dari Utusan Malaysia Online






nota:  masih cuba memahami..
 
 

No comments :

Post a Comment