Followers

Monday, March 4, 2013

::Lagi Cerita Lahad Datu::

Masih lagi berkisar keadaan di Lahad Datu.  Sangat berdebar lebih-lebih lagi sudah ada berita pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melancar serangan besar-besaran dalam tempoh 24 jam.
 
Bagi sesiapa ingin tahu keadaan terkini, saya sarankan layari DI SINI.  Ianya dari wartawan Utusan Malaysia yang berada di sana.  Saya mengikuti dari masa ke semasa.
 
Bila tahu akan ada serangan besar-besaran, kecutnya perut.  Yalah, kita semua generasi Pasca Merdeka mana tahu perang-perang bagai.  Yang kita tahu hanya mahukan keamanan
 
Tak dapat bayang keadaan di sana.  Penduduk semua bergegas meninggalkan kampung halaman meski jaminan Kerajaan situasi selamat.  Siapa pun takkan mahu lagi hanya duduk dan menanti.
 
Entahlah, masih tak tergambar di fikiran apa bakal berlaku dalam tempoh terdekat.  Kita di Semenanjung ni tunggu dan lihat sahaja.  Doa tak putus-putus mengiringi perajurit juga rakyat Malaysia.
 
Cuma sedikit kecewa, dalam keadaan genting begini parti politik masih bertelagah dan saling menunding jari.  Apa salahnya buat masa ini lupakan perbezaan pendapat, duduk satu meja, saling bantu-membantu mencari jalan penyelesaian.
 
Rakyat kita di sana menanti dengan penuh pengharapan.  Bukannya cerita-cerita politik yang layak dihumban ke dalam longkang!
 
 Pasukan ATM sedang bersiap sedia.  Sumber dari Utusan Malaysia
 
 
 
nota:  Allah Maha Mengetahui...




 
 
   

No comments :

Post a Comment