Followers

Thursday, March 7, 2013

::Lahad Datu Kembali Normal::

Setiap hari saya pasti bertanya pada rakan-rakan berada di Lahad Datu dan Semporna bagaimana keadaan di sana.  Kan ada medium FB, jika punya kelapangan PM mereka.

Kalau ikutkan keadaan dah okay.  Aktiviti harian pun dah bermula seperti biasa meskipun masih dalam keadaan berjaga-jaga.  Penduduk sana sangat yakin penceroboh kini menyamar jadi rakyat biasa.  Takutnya!  

Sepatutnya sekolah-sekolah kembali dibuka tetapi para pelajar masih tidak pergi ke sekolah.  Barangkali ibu bapa bimbang akan keselematan dan belum yakin keadaan sudah pulih sepenuhnya.

Saya beli kolagen direct dari Semporna, supplier sana beritahu perkhidmatan pos masih lagi ditutup.  Kena tunggu beroperasi seperti biasa baru boleh pos.  Nasib baik stock PMC masih okay di tangan.     
 
Sumber dari Utusan Malaysia pula mengatakan ada tembakan pagi tadi.  Perairan Malaysia dikawal ketat pihak Malaysia dan Filipina dan hari ini juga Perdana Menteri akan ke sana.

Pendapat saya, meski keadaan nampak tenang tetapi harus berhati-hati.  Taktik musuh barangkali mahu kita yakin semua kembali reda dan akan memulakan serangan semula (wah! ni pengarauh filem)

Yalah, penceroboh telah nekad dan mahu berjihad sehingga tuntutan mereka didengari.  Manusia kalau dah punya tekad sebegitu berpatah arang namanya.  

Mungkin selama ini kita bebas dari ancaman pencerobohan dan yakin keadaan sebegini tidak akan pernah berlaku.  Inilah masa terbaik bagi pertahanan negara memperkasakan kedudukan mereka supaya kedaulatan negara tidak lagi tercalar.

Sebagai rakyat Malaysia cintakan keamanan, doa sering dipohon supaya segalanya berakhir dengan selamat.



nota:  sentiasa ambil tahu...




 

No comments :

Post a Comment