Followers

Wednesday, March 6, 2013

::Masalah Internet::

Rasanya masalah internet ni semua pun merasa.  Orang ni kata pakai ini bagus, orang tu kata pakai itu bagus, end up semua pun membawa kepada satu rasa, KECEWA!

Bukanlah nak merungut sangat, lagipun faham mana ada benda dalam dunia ni sempurna, lagi pula masalah-masalah berkaitan dunia tanpa sempadan ni banyak isunya.  

Cumanya hati panas boleh terbakar rentung bila mana setiap langkah sudah diambil, keputusan tetap macam tu juga.  

Dari dulu hingga kini dan mungkin selamanya di rumah menggunakan khidmat TM Net.  Pernah pakai servis provider lain tapi hasil tidak sama seperti apa diberikan Telekom.  Harga pun berpatutan.

Lagi pula, di rumah ini, sekali pakai bukan sebiji dua komputer.  Ada-ada masa sampai 5-6 biji terus, kerana itu TM Net sahaja mampu tampung kapasiti kami.

Tapi makin lama semakin tak menahan.  Senang cerita semakin teruk servis TM Net.  Bukan tahap lembab sekarang ni, dah sampai tahap siput khinzir berjalan pun lagi laju.  

Ramai merungut sebenarnya dan menuduh pihak Telekom sengaja beri servis buruk kepada pengguna Streamyx kerana mahu pelanggan bertukar ke Unifi.  

Bukan salah kami bila tidak bertukar ke Unifi.  Dah pernah minta tukar, tapi bilamana isu masalah teknikal timbul, apa yang boleh kami lakukan? 

Takkan pula nak bayar ratusan ringgit hanya nak selesai isu teknikal bukan berpunca dari kami. 

Tak mahu tuduh melulu tetapi bila servis semakin hampeh, ada terfikir akan kebenaran berita tersebut.  

Malah pengguna Unifi sudah mula merungut bila mana perkhidmatan diberikan indah khabar dari rupa.  Promosi menggila, takkan servis teruk?

Sebab itu juga sekarang malas nak upload gambar-gambar, terutamanya yang belum resize.  Bukan berzaman menunggu, sampai kesudah gambar takkan masuk. 

Mungkin ada mengatakan komputer/laptop versi lama.  Nanti kata riak pula, di rumah ni ada 2-3 biji laptop canggih habis, bila pakai internet macam tu juga.

Sampai bila harus berdepan masalah internet ni pun tak tahulah.  2-3 hari tiada talian internet tu biasa dah.  Sudahlah tak pernah minta rebat.  Baikkan pengguna seperti kami?

Asyiklah buat aduan, tetapi tetap macam tu juga.  Kadang-kadang ok, kadang-kadang k.o.  Terasa macam pakai internet zaman dial-up 1515.  

Berharap sangat isu pihak Telekom berusaha perbaiki servis mereka.  Jika benar mahu kami bertukar Unifi, selesaikan segera isu teknikal.  

Zaman maju ke hadapan, internet sangatlah penting dan berguna.  Semua urusan memerlukan talian internet dan secara jujur walaupun ada servis provider lain, TM Net masih terbaik buat kawasan kami.

 

nota:  sabar jelah..

 
 

 
 

No comments :

Post a Comment