Followers

Monday, March 18, 2013

::Mengenang Onyang::

Hari ini genap 9 tahun Onyang, Allahyarham Kalsum Hassan meninggalkan kami.  Kalau dia masih hidup usia Allahyarham mencecah 92 tahun.  

Allah panjangkan umur dia hingga ke usia 83 sudah besar rahmat kami sekeluarga.  Selepas Mak (Nenek) meninggal dunia, peranan Onyang sangat luas dalam kehidupan kami terutamanya kami 4 beradik.

Saya mengenali Onyang saat lahir ke dunia.  Tak pernah seinci pun kasih sayang berkurang buat Allahyarham meski ada Mak dalam masa yang sama.

Kalau dapat diulang ke zaman itu, sudah pasti saya enggan kembali ke masa kini.  Betapa riuhnya rumah dengan jerit-pekik ditambah disulamai high pitch Mak dan Onyang marahkan kami.  

Bab makan tak perlu cakaplah.  Hari-hari makanan sedap terbentang di hadapan mata malah selera saya yang pelik ini juga mampu dipenuhi.

Waktu itu GM bekerja bagi menambah pendapatan keluarga.  Hidup di bandar segalanya kurang mencukupi.  Lagi pula keluarga kami dikira besar juga kerana Mak dengan Onyang tingaal sekali.

Allahyarham meninggal dunia kerana ajal sudah sampai.  Seminggu sebelum meninggal Onyang sakit tua dan terlantar di atas katil.  Tak adalah uzur mana cuma dah ketentuan Illahi.

Apa yang buat kami terkilan, Onyang tidak sempat ikut kami pindah ke rumah baru waktu itu.  Proses perpindahan memang rancak dijalankan, malah dia turut tahu akan masuk ke rumah baru.

Tup-tup meninggal dunia.  Mungkin Allah tidak mahu susahkan Allahyarham, kerana itu segera selesai urusan di rumah lama.  Meninggal petang Khamis, urusan pengebumian Jumaat petang selepas solat Jumaat.

Masih jelas terbayang keletah Onyang semasa hayat.  Dia kelakar orangnya meski mulut bising berleter.  Kami tahu dia sayangkan kami terutamanya GM.  Kalau tidak takkan dia ikut GM sejak GM berkahwin.

Allahyarham pandai menjahit.  Banyak baju-baju kami sewaktu kecil dijahitkan.  Baju dia sendiri tak pernah bertempah, semua hasil tangan sendiri.  

Sehingga hari ini masih ada beberapa helai baju kegemaran Allahyarham di almari.  Sayang tiada seorang pun dari kami boleh pakai, Onyang kecil sahaja orangnya.  

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan tempatkan dia dikalangan orang beriman.  Meski kita sudah jauh, kasih sayang dan ingatan kami semua pada Onyang tidak pernah luput.

Terima kasih membesarkan kami 4 beradik dengan sempurna, menyajikan kami dengan air tangan penuh tulus ikhlas dan menyayangi kami lebih dari cucu-cicit yang ada.  Satu hari nanti kita pasti bersua dengan izin dariNya, In Shaa Allah.

Rakan-rakan mana yang sudi, sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Onyang saya ya.  Mari kita sama-sama ikhlas berdoa buat insan-insan tersayang yang telah pergi meninggalkan kita.

My sis Ninie pernah buat video khusus untuk Allahyarham.  My aunty masukkan dalam FB tapi itulah tak tahu macamana nak linkkan, bagi rajin klik di bawah ini ya.  




nota:  semakin jauh..

          

No comments :

Post a Comment