Followers

Monday, March 18, 2013

::Musibah Datang Menguji::

Jumaat baru-baru ni ditimpa sedikit musibah bila mana tayar kereta boleh pecah.  Sedih dan pening kepala bercampur baur, yalah tengah-tengah bulan sebegini tabung mana lagi harus dikorek.
 
Pakai sementara tayar ganti tapi tetap harus ditukar segera kerana tayar ganti tidak sesuai untuk diguna secara kekal.  Nak tak nak carilah juga sumber kewangan, lagi pula bimbang kerja terganggu.
 
Tak bermaya memikirkan $$$ yang mengalir keluar tanpa had.  Berusaha keras supaya aliran sedikit perlahan, malangnya semakin deras ;( 
 
Inilah musibah Allah turunkan.  Hanya kecil sahaja, Alhamdulillah redha!  Hidup kalau tiada arus deras memukul ganas, kurang keseronokkan.
 
Susahkan bila hanya punya sebuah kereta?  Bukan bersifat tamak cuma hari ini kereta sudah menjadi satu keperluan bukan lagi kehendak.  Berkehendakkan kereta mewah itu nafsu..hehehe..
 
In Shaa Allah ada rezeki tahun ni berharap sangat dapat memiliki kereta sendiri.  Kasihan Abang selama ini berkorban pinjamkan kereta dia.  Sedar tak sedar, hampir 3 tahun juga  tak punya tunggangan sendiri.
 
Moga Allah permudahkan keinginan.  Sudah sampai masa kereta Abang berehat dan menjalani rawatan rapi =)  Besar jasanya membawa kami ke sana sini.
 
Berharap sangat dalam tempoh terdekat ini tak ada lagi ragam dari Si Kereta.  Setiap kali memandu hati pasti berdebar-debar bimbang sempun secara tiba-tiba.
 
Tapi saya selalu percaya, meski kereta tidak bernyawa ia tetap faham akan situasi tuan.  Bila meragam tu sudah pasti keadaan makin buruk, kerana itu ia tiada pilihan lain.
 
Maaflah ya rakan-rakan, memulakan hari Isnin dengan secebis kisah tak seberapa.  Terima kasih tak terhingga kerana sudi membaca!  
 
 
 
nota:  lepas ini cerita apa pula..
 
       

No comments :

Post a Comment