Followers

Friday, March 1, 2013

::Rock Oo Rimba Bara Kembali::

Berkesempatan menonton filem Rock Oo Rimba Bara Kembali (Rock 2) semalam.  Kegelojohan melampau  telah melanda bila menyerang panggung pada hari pertama tayangan.

Nak buat macamana, permintaan orang lama yang feel macam dia punya cerita bila menonton filem tersebut.  Rock 2 kesinambungan filem Rock pada tahun 2005 kalau tak silap.

Siapa yang lahir lewat 70-an, awal 80-an dan berjiwa rock Melayu, filem ini memang dekat di hati mereka.  Sebab itu juga Abang tak sabar-sabar sejak tahu Rock 2 akan ditayangkan.

Dan secara jujur filem ini lebih menyengit dari filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.  Sekejapnya rasa duduk di perut panggung, tahu-tahu dah habis.

I put high expectation on this film and I don't dissapointed at all.  Tapi sudah semestinya sekuel pertama lebih ummpphh.  Rock 2 tak adalah kurang ummpphh cuma kurang sengat sedikit sahaja.   

Masih bertema muzikal komedi dan kali ini cerita bagaimana Kumpulan Rimba Bara menghadapi cabaran untuk menjadi terkenal sementelah kehilangan pemain gitar utama dan vokalis.

Agak-agak berjaya tak Rimba Bara mencapai cita-cita jadi band boy terkenal?  Saya sarankan pergi menonton ya filem ini.  Takkan rugi!

Tahniah Sutradara Mamat Khalid, para pendukung watak dan keseluruhan tenaga produksi kerana melahirkan sebuah filem komedi ringan buat kami semua.  Ternyata menghiburkan!

 Gambar dari laman web www.sinar.fm





nota:  sedang merancang untuk menonton kali ke-2
  

 


No comments :

Post a Comment