Followers

Monday, March 25, 2013

::Selamat Bercuti Sekolah::

As-Salam Isnin!  Monday Blues?!  Cuti sekolahkan, mesti ramai curi peluang turut bercuti bersama anak-anak.  Saya di rumah sejak tiada yang bersekolah, cuti sekolah tak pernah ambil pusing.
 
Walaupun Buah Hati bersekolah, barangkali kerana masih tadika makanya tak ambil endah sangat.  Dia pun kadang-kadang sampai anginnya, nak pergi sekolah sikit punya malas.  Jenuh paksa!
 
Harap sangat tak terbawa sifat itu ke alam persekolahan sebenar.  Kalau tidak jenuh juga Macho Man nak menangani masalah anaknya.
 
Bila sebut sekolah teringat pula syllabus sekolah Buah Hati.  Fuh!! Dahysat.  Dah macam peringkat sekolah rendah terutamanya matapelajaran Matematik.  
 
Tak pasti pula sama atau tidak dengan tadika lain, tetapi tengokkan apa yang dia belajar, seingat saya apa yang saya pelajari dahulu dalam darjah 2 lebih kurang sama dengan apa yang Buah Hati belajar sekarang.
 
Demanding betul matapelajaran sekolah hari ini.  Zaman saya dahulu, darjah 1 masih lagi diajar mengenal nombor, mewarna gambar dan segala yang senang-senang.  Mengeja pun peringkat asas.
 
Mungkin dulu tak semua murid bertuah menjejakkan kaki ke sekolah tadika, kerana itulah sukatan pelajaran tidak terlalu advance seperti sekarang.
 
Pernah saya luahkan kepada Siti Cutie perihal ini.  Yalah, diakan guru tadika.  Menurut dia apa sahaja diajar mengikut garis panduan Kementerian.  Lagi pula akan menyenangkan murid di tahun 1 nanti.
 
Apa-apa jelah asalkan anak-anak generasi masa depan ini menjadi pelajar berjaya.  Zaman sekarang mana boleh dibandingkan dengan zaman dahulu.
 
Dengan segala kemudahan sedia ada serta kecanggihan teknologi, sewajarnya anak-anak sekarang jauh lebih baik dari kita dahulu.   
 
Hai, sekejap sahaja masa berlalu!  Tahun depan Buah Hati sudah memasuki alam persekolahan sebenar.  Bagaimana dia agaknya?  Yalah, cucu sulung di rumah.  Manja ada sedikit terlebih.
 
Oh, sepanjang minggu ini saya pasti dihujani pertanyaan Buah Hati mahu berjalan ke mana dan yang pasti GM akan berlipat kali ganda sibuk di rumah melayan karenah 3 hero.
  
Selamat bercuti buat mereka yang bersekolah dan selamat melayan gelagat anak-anak di rumah bagi yang mengambil cuti sempena cuti sekolah.     
 
 
 
 
nota:  mula hari di hospital..   

No comments :

Post a Comment