Followers

Monday, March 11, 2013

::Sembang Isnin::

Susahnya nak konsisten menulis blog.  Salah satu faktor kuat kepada kemelesetan prestasi sudah pasti kerana tiada gambar untuk diletakkan bersama.  
 
Dulu tak kisah sangat nak ambil gambar tapi sekarang baru tahu betapa pentingnya setiap gambar dirakam.  Bila ada, cepat ke lambat ke mesti masuk juga cerita di sini.
 
Jadi bermulalah pemburuan telefon pintar meski bukan mahu membeli dalam waktu terdekat.  Menabunglah kita ya!
 
Maaflah ya bagi sesiapa yang bosan dengan blog ini.  Hakikatnya tiada sebarang keistimewaan pun, kini bertambah lesu bila kurang intipati.  
 
Macamana Isnin rakan-rakan alam siber?  Hari ini bermula dengan semangat sekali appointment postponed ke Rabu.  Dari berwatak ayu, terus tukar baju dengan memilih seluar dan kemeja seperti hari biasa.
 
Oh ya, bekerja sendiri tiada etika berpakaian.  Dah nak dekat 10 tahun jarang berpakaian formal ke pejabat, hanya pada hari-hari tertentu dan punya tetamu.
 
Tapi bila ditimbang tara, mungkin selepas ini saya akan lebih menitik berat hal-ehwal berpakaian.  Nak bagi nampak macam orang korporat sikit!  he..he..he..
 
But seriously, I loved wearing jeans and shirt.  Senang nak bergerak aktif.  Kalau pakai baju-baju flare bagai, terasa sangat sopan.  Nak bergerak pun serasa malas!
 
Shall ended here.  Azan Zohor pun dah berkumandang, jom pergi lunch!  Saya lunch di rumah dengan masakan GM..
 
 
 
nota:  tak sabar dengar berita-berita gembira...
 
 

No comments :

Post a Comment