Followers

Thursday, March 21, 2013

::Tahniah Pelajar SPM 2012::

Keputusan SPM keluar hari ini.  Mesti ramai teruja untuk tahu keputusan meski tidak menduduki peperiksaan.  Waktu inilah telefon akan berdering bersilih ganti bertanyakan mengenainya.
 
Lama sudah meninggalkan detik itu, malah adik-beradik pun dah tak ada yang harus melalui peperiksaan tersebut.  Tunggu giliran Little Munchkins 10 tahun akan datang, jika umur panjang.
 
Tahniah adik-adik yang berjaya dengan cemerlang.  Bagi yang tak berapa meriah keputusannya jangan putus asa dan jangan merendah diri.  Ramai di luar sana lebih berjaya hari ini tanpa kecemerlangan di slip SPM.
 
Bolehlah fikirkan apa langkah seterusnya selepas ini.  Apa sahaja yang ingin dilakukan, hasrat untuk dilaksanakan, segalanya terletak di tangan sendiri.  Kalau berjaya pun untuk diri juga.  Keluarga, sanak-saudara dan teman-teman hanya berkongsi bangga.
 
Syabas para pelajar SPM 2012!  Berjaya atau kecundang, adik-adik semua telah membuktikan mampu untuk berdaya saing dan mencabar akal ketika menjawab peperiksaan.
 
 
 
nota:  terkenang 16 tahun lampau.. 
 
 
 
 

No comments :

Post a Comment