Followers

Wednesday, March 20, 2013

::Ulser Menyerang::

Mood sangatlah ke laut bila mana dalam mulut merata ulser sampai ke lidah pun turut sama terjebak.  Tiba-tiba pula boleh kena ;(
 
Masa yang baik buat jari untuk berbicara tapi sayang, kesakitan terlalu menguasai hingga rasa nak demam pun ada.  Dugaan betul ni!
 
Bila mula-mula ulser keluar, secepat mungkin letak Bonjela.  Sayangnya tak berhasil.  Nekad untuk tabur garam meski tahu perit sampai keluar airmata.  
 
Demi untuk cepat sembuh, itu semua belakang cerita.  Janji baik!  Minggu ni banyak kerja dan juga banyak keluar untuk discussion, amat penting memastikan mulut dalam keadaan baik.
 
Tapi saya terlupa, garam bukan method yang sesuai.  Acapkali bila menggunakan garam, natijahnya bertambah buruk.  
 
Sebaik sahaja meletakkan garam, keesokkannya ulser bertambah teruk dan makin membesar.  Sehingga hari ini, pipi dan lidah rasa membengkak serta kebas-kebas.  
 
Garang betul kumpulan ulser ini melawan kekuatan garam.  Sudahlah saya yang menanggung kepedihan bila tabur garam di ulser, boleh pula mereka berlawan antara satu sama lain!
 
Apa diharapkan segeralah ulser ini sembuh.  Dah tak sanggup menahan sakit.  Oh, barangkali kerana tak makan kolagen.  Sudah hampir seminggu tak makan, malas nak masak.
 
Kalau tidak rasanya ulser ini takkan melarat.  Yalah, sakit ni sering dikaitkan dengan panas dalam badan.  Lebih-lebih sekarang memang tengah musim panas melampau.  Kerana itu barangkali berlumba-lumba ulser keluar.
 
Sekiranya saya makan kolagen dalam tempoh ulser mengganas ni, dapatlah meredakan dan mempercepatkan proses pengecutan.  Kolagenkan sejuk.  Okay, ini teori saya sendiri ya.
 
Bila dah lama makan atau amalkan kita akan dapat tahu bagaimana reaksi badan terhadap sesuatu keadaan atau sebarang perubahan.
 
Dulu-dulu bila kena ulser sering dikaitkan dengan angkara mulut jahat dan sebagai balasan Allah beri kesakitan.  Mana saya tahu?  Orang-orang tua dalam rumah saya selalu cakap macam tu!
 
Tak pasti samada untuk menakutkan atau benar..hehe..tapi setiap kali ada orang mengadu kerana ulser saya pasti mengiakan mitos tersebut.  " Tulah, mulut jahat sangat!"
 
Dalam minggu lepas sememangnya agak lantang marahkan beberapa individu.  Mungkin inilah balasan atas segala lepas kata yang saya lemparkan :(  Kenalah bersabar lebih dan berdoa pulih dengan segera.
 
"Oh ulser!  Tolong ya, segeralah hilang.  Tak tertahan menanggung kesakitan!"
 
 
 



nota:  bersabar bila sakit...

No comments :

Post a Comment