Followers

Tuesday, March 19, 2013

::Warna-Warni Blog::

Baru-baru ni (tak baru jugalah sebenarnya) dunia blogger digegar isu penyamaran melalui sebuah blog sangat-sangat hebat.  Page view hari-hari memang meletup! 
 
Saya tak ikuti blog berkenaan cuma adalah sesekali bumped into that blog, itupun bilamana ada blogger lain refer sana refer sini, itu yang tersinggah.
 
Bolehlah baca bagi mengisi ruang. Minat untuk ikut rapat tak berapa ada kerana kurang gemar membaca sesuatu berkaitan konflik terutamanya melibatkan keluarga meskipun penulisan blogger tersebut cukup baik dan mampu membuai perasaan pembaca.
 
Mungkin kerana itu gagal jadi seorang blogger baik.  Bukan beerti mahu orang tahu yang baik-baik sahaja, tapi entahlah...  
 
Serba tak kena dan rasa tak selesa berkongsi luka dalaman dengan dunia siber punya 1001 ragam manusia.  Saya tak kata mereka yang berkongsi tersebut tidak baik ya!  Please don't get me wrong on this.
 
Masing-masing punya pendapat right?  So that is my 1 cents thought  tapi ada juga duka lara di dunia blog ini yang saya ikut.  Why?  No specific answer!
 
Berbalik kepada blog tersebut, ramailah melahirkan rasa kecewa dan tertipu.  Malah isu tersebut jadi semakin serius bila ada pihak mengambil langkah pembongkaran ala-ala CSI.  
 
Yes, readers berhak untuk rasa sedemikian kerana mostly kita menganggap blog aladah medium yang harus jujur supaya dekat dengan pembaca.
 
That is why ramai blogger senang bercerita mengenai life and family serta aktiviti dilalui sehari-hari.  Itu sudah cukup menggambarkan betapa penulis tulus ikhlas berkongsi kisah kehidupan. 
 
Sehingga hari ini tuan empunya blog masih belum buat sebarang pencerahan (kalau saya tidak tertinggal apa-apa).  Ramai ternanti-nanti apa kesudahan hayat blog tersebut serta di mana pengakhiran cerita di dalamnya. 
 
Individu yang kononnya identical dengan tuan punya blog tersebut ada buat penjelasan tapi berat sungguh mereka yang menjalankan siasatan serta mereka yang merasa tertipu terima alasan diberikan.
 
Dari sehari ke sehari ada juga saya intai-intai, mana tahu ada perkembangan terkini.  Bukan untuk dihebah tapi cukuplah untuk penilaian sendiri.  
 
Inilah warna dunia blog.  Nak kata tuan punya blog menipu rasa tak wajar kerana segala apa dibongkar oleh mereka-mereka itu hanya dari sebelah pihak.  Never ever judge people with one side story!
 
Nak kata blogger tersebut di pihak benar, dia sendiri tidak pernah tampil ke hadapan.  Barangkali dia mengambil jalan selamat dengan meredakan suhu hangat secara diam kerana dalam dunia tak semua perkara perlu penjelasan.  Sampai masa kebenaran akan terbukti!  
 
Yang pasti 2-3 tahun akan datang blog tersebut akan menjadi lagenda dalam dunia blog.  Betapa kisah blogger tersebut (samada rekaan atau kisah benar) akan dirindui.  Betapa dia pernah mengisi kesunyian dan masa senggang khalayah pembaca blog di luar sana.
 
Maaf saya tidak berhasrat meletak nama-nama blog ataupun link blog berkaitan.  Kisah ini hangat, pasti ramai tahu.  Lagi pula entri ini bukan untuk turut sama menjadi penilai tetapi sekadar coretan buat suatu waktu akan datang.  
 
Waktu di mana saya akan mula mengenang apa sahaja berlaku di sini, sebuah dunia tanpa suara tapi punya kuasa!  Masa di mana betapa saya sedar betapa warna-warni dunia blog sama seperti dunia luar.  
 
Sampai di sini saya pula bertanya pada diri "Apa sebenarnya intipati entri ini?"
 
 
 
 
 
nota:  biarkan sahaja...
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments :

Post a Comment