Followers

Tuesday, April 30, 2013

::Promosi..Promosi..Promosi..(STICKY POST)::

1)  PURE MARINE COLLAGEN (PMC)

Banyak dah khasiat serta perubahan pada diri sendiri yang saya kongsikan di sini.  Kalau yang belum pernah mencuba apa kata beli dan rasai sendiri =)

Harga PMC belum masak
a)  Gred AA @ warna putih - RM13/100gm
b)  Gred AAA @ warna ungu - RM15/100gm
c)  Gred AAAA @ warna hijau gelap - RM18/100gm

*harga tidak termasuk kos penghantaran.  Kos penghantaran bergantung kepada berapa banyak yang dibeli dan juga destinasi penghantaran.

Harga PMC siap masak
a)  Gred AA @ warna putih - RM13/satu bekas, beli 4 bekas (stok sebulan) = RM40 sahaja
b)  Gred AAA @ warna ungu - RM15/satu bekas, beli 4 bekas (stok sebulan) = RM50 sahaja 
c)  Gred AAAA @ warna hijau gelap - RM18/satu bekas, beli 4 bekas (stok sebulan = RM65 sahaja

*  boleh request perisa diminati.  Antara perisa terlaris, Oren, Anggur dan Mangga.
*  PMC masak tidak boleh dipos.  Hanya COD atau ambil sendiri di kawasan tertentu sahaja.  Kos penghantaran bergantung kepada jarak kawasan dan bilangan unit di beli

Contoh PMC siap dimasak dan ditambah  perisa


 Contoh PMC mentah dan hasil selepas dimasak


2)  BLACK MASK SHISEIDO

Runsing kulit kusam, banyak bintik hitam / putih, jeragat dan kasar.  Apa kata cuba Black Mask Shiseido.  Hasil dapat dilihat pada pemakaian kali pertama lagi.  Ramai dah mencuba dan sangat berpuas hati!  Tak kira jantina boleh guna dan sesuai pada semua jenis kulit

-  Harga:  RM2/pc.  Pembelian lebih dari 20pcs, harga RM1.50/pc.  Kos penghantaran bergantung kepada destinasi dan berapa kepin mask dibeli.


3) BAJU TRENDY DI I LUV CLOTHEZ 

I Luv Clothez sedang mengadakan jualan harga runtuh.  Beli 3 helai dengan harga RM100 dan penghantaran adalah percuma.  Nak tahu lebih lagi, bolehlah ke blog I Luv Clothez ya.  Kalau rasa banyak sangat 3 helai, ajak adik-beradik atau rakan sekerja kongsi ;)  

Antara koleksi yang boleh dibeli dengan harga runtuh

4)  TREENEA VIRGIN COCONUT OIL ANTIOXICIDANTS (VCOA)

Minyak kelapa dara sudah lama terbukti dan berkesan bagi merawat sakit dalaman serta membantu memberi tenaga.  Sesuai diamalkan seisi keluarga termasuk bayi.  Ramai pembeli kami berpuas hati dengan hasil Treenea VCOA terutamanya anak-anak yang berdepan masalah Excema sejak lahir.

Treenea VCOA juga mampu mengawal selera makan dan juga mengawal kadar kolestrol dalam badan, memelihara jantung, mengawal tekanan darah tinggi, membantu fungsi tirioid dan banyak lagi.  

Kalau tak percaya cuba Google khasiat Virgin Coconut Oil!  Sebotol hanya RM40 sahaja.  60 biji dalam satu botol.  Nak tahu lebih lanjut lagi mengenai Treenea VCOA ni, bolehlah hubungi saya ya!




5)  FELINNA INCHLOSS

Satu fenomena hebat bila Felinna Inchloss berjaya terjual sebanyak 1juta unit.  Ramai berpuas hati dengan krim kurus badan ini.  Rasanya semua pun dah tahu keberkesanan Felinna Inchloss.

Siapa berminat boleh hubungi saya ya.  Beli banyak ada diskaun, beli pakej kombo dengan Treenea VCOA pun boleh bagi melayakkan harga istimewa.

 Krim Felinna telah berwajah baru tapi harga dan isi kandungan tetap sama

Adikku yang berjaya turun berat badan dengan kaedah selamat hanya melalui pengambilan Treenea VCOA dan Felinna Inchloss.  


Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi saya melalui:-

1)  Telefon / SMS:  019 - 230 1308
2)  Whatsapp:  012 - 633 2711
3)  Email:  iluvclothez@gmail.com
4)  FB Fan Page:  I Luv Clothez Collections
5)  Instagram:  iluvclothezcollection


nota:  rezeki..

::Yang Mana Satu?::

Hari ini bermulanya pengundian awal bagi anggota keselamatan negara seluruh Malaysia.  Secara sahih juga hari ini sudah kelihatan dakwat kekal yang dicalit ke kuku pengundi.
 
Tak kisahlah nak buat apa pun asalkan tiada sebarang penipuan berkaitan kertas undi ini dan rakyat Malaysia punya hak ke atas kertas tersebut dalam menentu hala tuju tampuk pimpinan negara.
 
Semakin dekat hari mengundi semakin banyak ragam berkempen dan ternyata saluran media elektronik bebas benar-benar memberi impak besar kepada rakyat.   
 
Saya sendiri menggunakan saluran media alternatif bagi mendapat lebih info dalam membuat pertimbangan.  Yalah, media arus perdana telah dikuasai sepenuhnya Parti Barisan Nasional maka terpaksa mencari alternatif lain.
 
Sebagai pengundi bijak kita harus buka minda dan tidak bergantung kepada satu sumber sahaja.  Dalam dunia ni mana boleh percaya semua perkara bulat-bulat kerana itu kita punya akal untuk membuat pertimbangan.
 
Jika punya kesempatan, saya pasti akan terjah ceramah-ceramah diadakan.  Tak kiralah parti mana pun.  Seronok tau dengar wakil parti berusaha bersungguh-sungguh membeli hati rakyat.
 
Berselirat Manifesto dan Aku Janji ditabur kepada rakyat.  Harapnya andai menang nanti janganlah buat-buat lupa apa yang telah dicanang.  Rakyat hari ini bukan lagi pak turut seperti dahulu.  
 
Cuma yang tak sukanya pergaduhan di antara penyokong-penyokong parti bertanding.  Perlu ke segala percakaran dan provokasi murah?  Berkempen secara aman sudahlah, nanti nampak sangat dangkal pemikiran tu.
 
Lagi satu, bendera dipasang melimpah ruah sampai tak nampak jalan.  Kenapa?  Semakin banyak bendera semakin tinggi peluang nak menang ke?  
 
Bukan bendera bergantungan jadi kayu pengukur ya.  Alangkah bagusnya duit cetak bendera, kain rentang itu disalurkan kepada kawasan seperti pembaikan jalan.  Itu lebih baik!
 
Ini tidak, bila gantung dan pacak sesuka hati, ada sampai jatuh menyembah bumi.  Kita yang bawa kereta ni tak perasan terus langgar.  Bukankah itu mengundang bahaya?
 
Bilamana ada Hamba Allah berniat baik mengangkat segala bendera tersebut dah dituduhnya pro parti bendera itu.  Tak pasal tercetus pergaduhan.  Rimaslah keadaan sebegini!
 
Apa pun inilah warna-warni PRU13 dan kita semua pasti ternanti-nanti siapa berjaya menawan hati para pengundi.  
 
Agak-agak kalau tersilap pangkah nanti tunggu lagi 5 tahun jika umur panjang =)
 
  Tanya sama hati mana menawan hati!




nota:  menghitung hari 5 Mei 2013
 
 
 
 
 
 
 
   

Monday, April 29, 2013

::Entri Pembuka Isnin::

Hmm..Lama tak bersidai di sini.  Banyak perkara menggangu fikiran sehingga hilang semangat untuk berbicara.  
 
Apa pun, As-salam di hari Isnin nan permai.  Cuaca ceria mengiringi pembuka hari di penghujung April.  Lusa kita akan mengucapkan Selamat Datang buat Mei 2013.
 
Saban waktu menghitung detik menantikan bilakah agaknya segala apa dihajati menjadi kenyataan.  Meski kehidupan tidak sepayah mana tapi ia tetap mengundang kegusaran. 
 
Macamana dengan hujung minggu anda semua?  Anak jati KL seperti saya mana ada ke mana-mana.  Oh, ada jemputan kenduri kahwin hari Sabtu tapi tak jauh mana pun, di Wangsa Maju.
 
Ahad ni hari mengundikan?  Tak sabar rasanya nak jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.  Katalah apa pun, dalam hati sudah punya pilihan.  In Shaa Allah akan diberi restu.
 
Okaylah cukup sampai di sini.  Cukup panjang bagi pembuka tirai minggu baru.  Ada rezeki saya sambung berbicara!
 
Wsalam..
 
 
 
nota:  terus melempar senyuman..  
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, April 22, 2013

::Telefon Buat Hal::

Lebat betul hujan, khuatir akan ada kawasan banjir terutamanya di KL.  Sudahlah Macho Man ada di tengah bandaraya nanti terperangkap pula dia dalam kesesakkan.  

Elok juga hujan mencurah membasahi bumi setelah berperang dengan kepanasan selama beberapa hari.  Harapnya malam ni tidur malam tidak ditemani suhu bahang.  

Sekarang ni tengah pening kepala, telefon tak boleh retrieve message pula.  Aduhai, lepas satu masalah satu masalah timbul.  Selagi tak beli handphone baru agaknya macam nilah keadaannya.

Dah puas godek telefon bimbit tapi tak juga jumpa punca.  Patutlah bila hantar mesej pada semua orang tiada balasan rupanya tersangkut.  Siapalah agaknya yang ada menghantar SMS? 

Telefon yang satu lagi pula nyawa-nyawa ikan baterinya.  Cakap lebih 10 minit confirm padam.  Hmm..benar-benar menguji kesabaran.  Kena minta derma kilat nampak gayanya untuk beli telefon yang elok.

Zaman sekarang susah betul tiada telefon tangan.  Bukan macam zaman kita dulu-dulu, tak ada handphone bukan masalah besar.  Telefon rumah pun ada yang tiada.  Elok je boleh teruskan kehidupan.

Maaflah pada sesiapa yang menghantar mesej.  Agak-agak kalau tiada balasan tu, bolehlah telefon terus.  Lebih mudah jika terus bercakapkan?!




nota:  sabarlah wahai diri...

  

 

 

::Telefon Bimbit Hilang::

Jumaat lepas GM pula dilanda musibah bilamana telefon bimbit lesap.  Kusut fikiran bila sesuatu yang penting hilang.  Tak tentu arah dibuatnya.
 
Lagi menambahkan kesulitan, GM letak sekali kad pengenalan dalam beg handphone.  Terpaksalah buat laporan polis kemudian harus ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk buat kad pengenalan baru.
 
Dah memang tak ada rezeki.  Sebaik sahaja GM sedar telefon hilang, dia segera mencari dan kami mula menelefon talian GM bertalu-talu.  Masih ada bunyi, setengah jam kemudian talian dimatikan.
 
Telefon tersebut Ninie yang belikan, hadiah harijadi tahun lepas.  Dalam keadaan ekonomi meleset, bukan senang nak beli telefon baru :(  Kenalah GM bersabar seketika dan buat sementara waktu pakai sahaja apa yang ada.
 
Saya sendiri masih belum menggantikan telefon yang hilang dulu.  Kuat benar dugaan Allah berikan buat kami semua, tapi disebalik apa berlaku pasti ada rahmat.  Insyaallah!
 
 Saya ambil dari FB.  Kata-kata di atas begitu terkesan di hati dan JANJI ALLAH ITU PASTI!
 


nota:  tidak pernah untuk tidak redha...
 
 

Sunday, April 21, 2013

::Majlis Perkahwinan di Ijok::

Hari Ahad kali ini diisi dengan menghadiri majlis perkahwinan anak saudara GM di Ijok.  Lama rasanya tak menghadirkan diri ke mana-mana majlis perkahwinan meski jemputan datang bertali arus.
 
Mungkin ada mengatakan saya sombong bila mana gagal menampakkan diri di majlis, tapi nak buat macamana.  Tarikh jemputan sering bertembung dengan hal penting yang mana harus didahulukan.
 
Tapi yang paling kelakar bila terlepas kenduri hanya kerana memikirkan tarikh jemputan lambat lagi walhal dah berlalu majlis.  Tua sangat agaknya saya ni!
 
Harap-harap mereka yang menjemput tidak berkecil hati.  Kita mampu merancang, Allah jua menentukan.  Apa pun seronok melihat majlis perkahwinan rakan taulan dan saudara mara berlangsung meriah.
 
Balik semula pada cerita kenduri di Ijok.  Banyak benar rintangan didepani dalam merealisasikan kehadiran ke majlis tersebut.
 
Orang-orang kuat untuk berjalan jauh seperti Abang dan Macho Man tak dapat turut serta jadi terpaksa menyertai konvoi ke destinasi.  Kalau bukan pasal GM sah-sah dah tak pergi.
 
Bila konvoi kenalah keluar awal.  Yalah kena hormati orang lain juga, takkan nak biar mereka tunggu kami pula.  Pakai kereta Ayu Bam Bam.
 
Awal juga kami keluar, isi minyak dulu.  Tiba-tiba boleh pula GM teringat suis seterika tak dimatikan.  Kenalah patah semula.  Mujur belum ada yang sampai dan tak jauh lagi dari rumah.
 
Selesai semua tuju semula ke tempat dijanjikan.  Dalam perjalanan dapat rasa lain macam pada kereta.  Sampai sahaja terus keluar tengok tayar.  Sah, pancit!  

Periksa sekeliling tayar, sebiji skru dah tenggelam dalam kelembutan getah.  Patutlah keluar angin!
 
Panik juga.  Yalah mana ada Si Gagah Perkasa.  Nak pam tayar pun dah berpeluh satu badan, belum kira tukar tayar ganti lagi.  Mau ada yang tak ke Ijok terus.
 
Ingatkan nak balik rumah tukar pakai kereta Abang.  Walaupun tayar kereta Abang botak rasanya masih boleh lagi.  
 
Tapi atas nasihat ramai, terus juga perjalanan.  Tak bahaya katanya, cuma kena periksa angin tayar sentiasa.  Sampai di Ijok baru tukar tayar ganti.
 
Alhamdulillah tiba di Ijok tanpa sebarang masalah.  Cuma cuaca sangatlah panas!  Panas sehingga semua kami bermandi peluh.
 
Dari sampai ke rumah pengantin sampai balik peluh tak berhenti-henti mencurah.  Nak makan dengan berselera pun tak boleh, putus selera dibuatnya. 
 
Khabarnya KL hujan lebat sehinggakan ada sesetengah kawasan berada dalam keadaan berjaga takut banjir.  Di Ijok, matahari tanpa segan silu memanah kami.
 
Sebelum pulang, minta jasa baik Pakcik tukar tayar ganti.  Mujur juga ambil keputusan tukar, kalau tidak mungkin kami berdepan masalah.  Kesan koyak disekeliling tayar jelas kelihatan.
 
Jam 5 petang juga kami tiba di rumah.  Sampai sahaja, semua pun dah melepek keletihan.  Mana taknya, rembesan peluh benar-benar merengsakan kami.  Lemau badan dibuatnya.
 
Maaflah tiada gambar.  Nak buat macamana, kamera telefon canggih.  Nak usung kamera sendiri memang taklah.  Berat!  Yang ada ni pun ambil dari FB Makcik. 
 
Mereka yang lain belum masukkan gambar pun.  Masih penat barangkali.  Minggu akan datang kenduri sebelah keluarga GM pula, mungkin waktu tu ada gambar boleh dikongsikan di sini.
 
Apa pun, semoga kedua mempelai kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa diberkati kehidupan mereka dunia dan akhirat.
 
   Faiz dan Ema



nota:  sedapkan makanan kenduri kahwin?!

Friday, April 19, 2013

::Panasnya Cuaca::

Sekarang musim panaskan?  Tidur malam berpeluh-peluh meski pasang penghawa dingin.  Rasa mahu sahaja lelap mata tanpa pakaian  di badan.  

Siang pun begitu juga.  Samada perasaan atau realiti, hidung sentiasa terbau masam peluh.  Gatal-gatal dan miang serasa di seluruh badan.  

GM agak senang hati, yalah hari-hari baju diampaian kering.  Kalau tidak pening kepala memikirkan perihal kain-kain bergantungan.

Apa jua keadaan kita harus bersyukur.  Betul tak?  Panas hujan bersilih ganti mewarnai kehidupan seharian dan kita sudah betah dengan fenomena alam.

Hari ini cuba mendidik diri untuk terima dan bersyukur dengan apa sahaja yang hadir.  Tak mahu lagi ngomel seandainya apa yang diingini tidak menjadi kenyataan.

Okay, tiba-tiba idea mati dan tak tahu nak sambung apa lagi.  Apa yang pasti, peluh berselirat di seluruh badan.  Suka atau tidak kenalah mandi.  

Selesai mandi, hidupkan penghawa dingin terus lelapkan mata.  Cukup bulan ni, sah GM naik angin bila bil elektrik tinggi dari biasa.  Nak buat macamana keadaan memaksa.

Selamat menjalani hujung minggu rakan-rakan semua!




nota:  meski panas masih belum mampu cairkan otak yang beku...



 

::Proses Menambah Baik::

Sedang berusaha menambah baik blog.  Agak-agak kalau pening ke, serabut ke maaflah ya.  Saya bukan orang yang kreatif lantas padanan warna akan menjadi pelik.

Berkira-kira mahu menukar blog address.  Takkan ada implikasi besarkan?  Lagi pula blog ini bukan ada pengikut ramai pun.  Suam-suam kuku sahaja yang datang melawat.

Pening pula kepala ni.  Inilah dia, orang nak blog awak pun nak juga tapi orang pandai dalam segala hal, diri sendiri macam ayam berak kapur.  Muka blur sebab tahap tak tahu sangat ketara.

Okaylah, nanti ada masa saya update entri.  Kalau tak ada tu kira faham-faham jelah.  Sah, tuan blog masih mencari arah!




nota:  dah hujung minggu...

Wednesday, April 17, 2013

::Sabar & Yakin::

Alhamdulillah, nampaknya sengugut sudah tidak lagi menghantui.  Secara berterusan, kali ini masuk kali ke-5 datang bulan dan tiada sebarang kesakitan seperti dulu.
 
Berdoa sangat-sangat sengugut tidak akan kembali buat selamanya.  Tak perlu lagi bimbang bila 'teman baik' datang menjengah.  
 
Tapi up side down perubahan emosi tu biasalah.  Yang itu kekuatan dalam diri perlu ada bagi mengawal ledakan emosi.  Kalau tidak mahu binasa ;)
 
Sebenarnya tak tahu nak cerita apa.  Ada sahaja kisah boleh dikongsi cuma kesukaran bagi memulakan.  Otak ligat berputar, sayangnya gagal dicerna.
 
Melewati hari-hari dalam misi menuju penghujung bulan April, hati digayut resah.  Masakan tidak, banyak perkara belum mampu diselesaikan sedangkan masa sudah benar-benar suntuk.
 
Setiap malam memikirkannya sehingg terjejas waktu tidur.  Mata hanya mampu tertutup seawal jam 3-4 pagi.  Puas pujuk diri supaya lelap awal tapi otak gagal berhenti menerawang ke segala tempat.
 
Tak naklah meluahkan rasa negetif.  SABAR adalah kekuatan diri dan YAKIN pada Maha Pencipta kerana DIA takkan menzalimi umatNYA.
 
 
 
nota:  merenung jauh...
 
 
 
 

Tuesday, April 16, 2013

::Saya Pilih Mengundi::

Okay, maklumat tempat mengundi dah keluar, apa lagi jom kita jalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia ya pada 5 Mei nanti.

Ini kali kedua mengundi dan kali pertama membuang undi sebagai orang awam.  Penggal lepas bertugas sebagai pegawai SPR undi awal.  Mesti sesak kawasan pengundian di waktu pagi.

Ada sesiapa buang undi di kawasan sama?  =)    






nota:  undi adalah rahsia..

Thursday, April 11, 2013

::Bicara Di Pagi Khamis::

Setelah beberapa hari mencurah idea meski tidak sebagus mana, hari ini kembali mencari arah.  Boleh pula bangun pagi otak jammed sekejap.  Tak tahu nak buat apa.
 
Eh, dah hari Khamis rupanya ya.  Hai, masa berganti ibarat senafas tahu-tahu bakal bertemu semula hujung minggu.  
 
Dah masuk 4 bulan tahun 2013, tak banyak perubahan seperti apa diharapkan meski dalam hati harap sangat keajaiban tersebut berlaku serta-merta.
 
Kalau 3 tahun boleh menanti apalah sangat 2-3 bulankan?  Itulah kata-kata memujuk hati yang sering galau mengenangkan segala-galanya.
 
Sukar sebenarnya mahu menterjemah keadaan di lalui menerusi kata-kata, apa yang pasti kehidupan tak seindah mimpi namun itulah realiti.  
 
Hanya berpegang kepada Allah Yang Satu, itu sahaja mampu membina kekuatan dari sehari ke sehari. 
 
Apa yang penting setelah melalui semua ini, saya banyak belajar dari kesilapan lalu malahan saya yakin jika perkara sebegini bakal berulang, saya akan lebih kuat dari hari ini.
 
Terus berdoa moga Allah tidak berhenti memberi kekuatan serta ketabahan supaya tidak menjadi seorang pengalah di atas kertas takdir.
 
 Diambil dari Google Image
 
 
 
 
nota:  masih banyak belum dirungkai...
 
 

Wednesday, April 10, 2013

::5 Mei Dinanti::

SPR telah membuat pengumuman 5 Mei 2013 bersamaan hari Ahad akan menjadi tarikh bersejarah bagi negara Malaysia.

Rakyat Malaysia berkelayakan akan menjalankan tanggungjawab dengan memilih bakal pemimpin untuk 5 tahun akan datang.  

Tak sabarnya nak menyumbang satu undi.  Kawan-kawan yang layak jangan lupa jalankan tanggungjawab ya.  Bukan untuk orang lain, untuk masa depan kita bersama.

Sesiapa yang selama ini berdegar-degar mempertahankan parti masing-masing jangan omongan kosong sahaja ya.  Jangan hebat berkata-kata tapi mengundi pun tidak!

Dan bagi parti-parti politik, mereka punya tempoh lebih kurang 15 hari untuk menjalankan kempen.  Berkempen cara berhemah amatlah dituntut!  

Saya akan memangkah bagi DUN Seri Setia dan Parlimen Kelana Jaya.  Siapa ya bakal calon-calon di sana?  ;)  

Save the date ya!

 Google Image!


nota:  jangan cakap lebih-lebih!

::Kes Buli Pula::

Sekali lagi laman sosial gempar!  Kali ini isu BULI pula.  Pertama kali menonton, terkasima seketika.  Masih wujud lagi rupanya kes-kes sebegini di sekolah.
 
Sudahlah begitu, siap rakam lagi.  Bangga barangkali dapat menunjukkan tahap keganasan pada orang lain.  Adik oi!  Kalau nak glamour sekali pun bukan dengan cara dangkal sebegitu.
 
Tak kasihan agaknya pada keluarga dan saudara mara bila video tersebar meluas lantas terpaksa menerima cemuhan serta kata-kata negatif.  
 
Setiap apa kita lakukan bukankah akan terpalit pada keluarga juga?  Hidup di dunia bukan hadir sendirian.  Geram betul dengan video tersebut.
 
Kita tak tahulah apa punca sehingga sekumpulan pelajar tersebut bertindak ganas sedemikian tapi tak kiralah siapa salah atau apa punca sekalipun bukan dengan menggunakan kekerasan.
 
Berapa agaknya usia para pelajar ini ya?  Jika tengok pada gambar-gambar mereka di laman web ini, nampak masih muda lagi.  Mungkin belum 17 tahun. 
 
Bila perhati satu-satu gambar mereka yang dituduh terlibat, hmm..boleh tahan juga ya.  Lagak masing-masing tak menggambarkan attitude seorang pelajar.  Ke saya ni jauh ketinggalan?
 
Pihak polis sedang memburu mereka semua bagi membantu siasatan.  Harap kes ini akan diadili seadanya.  Kita nantikan perkembangan lanjut dari masa ke semasa.  
 
Sesiapa belum tengok lagi video tersebut boleh klik pada link ini:  http://www.youtube.com/watch?v=QcrUi-pXsos  Malas nak tepek di sini, dek rasa geram melampau.
 
Link ini pula:  http://pembulismktho.blogspot.com/ terkandung maklumat-maklumat para pelajar terlibat dalam kes tersebut.
 
Mohon sesiapa punya pertalian dengan mereka ini dapat bekerjasama dengan pihak berkuasa dan melancarkan proses penyiasatan.

Melihatkan perkara-perkara begini, risau menguasai diri.  Yalah, anak-anak di rumah ini bakal melangkah ke alam persekolahan tak lama lagi.  Moga Allah jauhkan perkara sebegini buat mereka.



nota:  ada-ada sahaja...
 
 

::MasterChef Selebriti 2::

Semalam pihak Astro telah umumkan secara rasmi bakal peserta Masterchef Selebriti Musim ke-2.  Mantap-mantap para pesertanya.

Tak sabar nak tonton gelagat selebriti berperang di dapur terutamanya Dato Aznil Haji Nawawi.  Yes, I am a big fan of him.  Dari zaman Pop Kuiz lagi.  Siapa tak tahu rancangan Pop Kuiz silalah Google =)

Episod pertama Masterchef Selebriti 2 akan ke udara pada 22 April akan datang di saluran Astro Ria.  Kalau dulu Dr Fazley pemenang, kali ni siapa pula agaknya?

Yang penting, bila melihatkan para peserta mesti kali ini lebih banyak drama.  Pasangan kekasih bakal berkahwin pun ada tau!

Macamana rupa gaya masakan para selebriti ini ya?  Tak apa, kita nantikan sama-sama Masterchef Selebriti kali ini dan sahih saya akan melekat di depan peti televisyen sentiasa.


Di ambil dari FB Masterchef



nota:  tak pandai masak tapi minat rancangan masak

Tuesday, April 9, 2013

::Hak Menggunakan Media::

Minggu lepas hampir tiga jam siaran langsung pembentangan Maniefesto Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka menang pilihanraya.
 
Sebagai rakyat Malaysia, sudah semestinya kita berhak tahu mana hala tuju bakal Kerajaan dan apa boleh diberikan demi kebaikkan rakyat.
 
Sayangnya pihak Pakatan Rakyat (PR) tidak diberi peluang seperti BN.  Kenapa ya mereka tidak dapat peluang sedemikian?  Bukankah PR juga punya hak sedemikian?
 
Setiap malam baik RTM mahupun TV3 akan ada slot khas memanggil panel-panel profesional membuat pencerahan betapa bagusnya jika rakyat memilih BN. 
 
Bagaimana pula dengan PR?  Adakah mereka parti Pembangkang ini beerti mereka tidak bagus untuk mentadbir Kerajaan?  
 
Adakah asal membangkang itu sesuatu yang tak bagus dan tak sihat?  Bukankah bangkangan selalunya menentang agenda buruk supaya dibaik pulih?
 
Okaylah, katanya PR dapat peluang tersebut tetapi hanya 10 minit sahaja.  Rakaman pula tu.  Sewaktu belajar dahulu, saluran media harus dinikmati secara adil oleh setiap pihak.
 
Mungkin ada menganggap saya penyokong PR, terpulanglah.  Undi adalah rahsia!  Apa saya boleh katakan, saya mewakili kumpulan pengundi atas pagar.  Pengundi yang masih lagi berkira-kira mahu pangkah parti mana satu.
 
Pengundi seperti kami inilah parti-parti politik kena yakinkan.  Sekiranya apa yang BN lakukan PR juga dapat peluang sama, pengundi atas pagar ini akan dapat gambaran jelas mana satu terbaik untuk dipilih.
 
Seandainya media telus dan membuka ruang saya jamin rakyat akan dapat membuka mata dan minda mereka.  Rakyat Malaysiakan dah bijak dan tidak membuat keputusan membuta tuli.
 
Saya jamin akan ramai nanti mengatakan saya tak bersyukur.  Tak puas dengan apa yang telah Kerajaan selama ini beri.  
 
Apa boleh saya katakan, bukan tak bersyukur tapi sebagai rakyat Malaysia saya punya hak untuk inginkan sesuatu yang lebih baik bukan demi kepentingan diri tapi untuk kemajuan bangsa khususnya.
 
Awal tahun lalu kajian dilakukan oleh Universiti Malaya menunjukkan betapa pengundi atas pagar mampu menaik dan menumbangkan salah satu pihak dan golongan ini kebanyakkannya adalah golongan muda.
 
 
Laporan lanjut boleh klik di sini

Nak kata saya impress sangat dengan Manifesto BN pun taklah sangat cumanya adalah perubahan dan nampak mesra rakyat.  Mungkin tekanan dari PR menyebabkan BN mengambil langkah sedemikian.
 
Tetapi, sebahagian dari Manifesto BN tersebut pernah saya baca dalam Buku Jingga PR.  Ada ubah suai sana sikit sini sikit.  Adakah BN mengiakan bahawa dasar PR sebenarnya bagus sehingga digunapakai?
 
Dan buku jingga tersebut sudah berusia hampir lima tahun.  Nampaknya PR sudah foreseen perkara-perkara ini sudah lama.  Kenapa pula baru sekarang BN buka mata?
 
On the other hand, ada Manifesto PR sudah dijalankan oleh BN.  Siapa tiru siapa agaknya?  Tak kisahlah isu peniruan ini asal mampu dilaksanakan!
 
Ini kerana saya pernah mempertikaikan kemampuan PR dalam melaksanakan dasar Buku Jingga dan ianya agak mengecewakan juga.  
 
Hari ini persoalan sama saya lontar, adakah BN mampu menjadikan kenyataan segala Manifesto yang dibentang hampir 3 jam? atau setakat memancing undi.

Alangkah bagus PR pula mengambil tempat di media dan membentangkan Manifesto mereka pula.  Kita mahu juga tahu apa janji manis PR.  

Prestasi PR boleh diukur melalui perkhidmatan mereka sepenggal yang lalu dan kita bezakan dengan Manifesto mereka kali ini.  Jika omongan kosong, boleh sahaja kita tolak!

Maaflah ya jika ramai tidak sehaluan dengan saya, tapi saya tetap menegaskan PR seharusnya diberi peluang muncul di media arus perdana dan hak yang sama seperti BN. 

Bukannya peluang ibarat melukut di tepi gantang.  Ada ikut sahaja, kalau tak nak tak perlu dan sebab inilah PR terlalu popular di media internet.  
 
BN harus sedar ini sesuatu yang bahaya kerana pelayar internet adalah dari golongan 21% iaitu kumpulan pengundi atas pagar dan alam siber adalah sumber utama dalam mencari maklumat.



nota: tiba-tiba isu politik pula..


 
 
 
  


::ABPBH Serba Tak Kena::

Sewaktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) berlangsung, saya tak berkesempatan menonton.  Inilah gunanya fungsi PVR, tak adalah terkejar-kejar nak berada di depan televisyen.
 
Bila berpeluang menonton semula hampa dengan ABPBH kali ini.  Mujur juga saya tak korbankan temujanji kalau tidak menyesal tak sudah.
 
Awal-awal lagi dah out!  Masalah audio dan teknikal begitu ketara.  Kasihannya kumpulan One Nation Emcees terpaksa berhadapan masalah sebegitu.  Masalah yang tidak sewajarnya berlaku kepada penganjur yang luas pengalaman.
 
Masalah tersebut bukan menghantui di awal pembukaan program tetapi berlarutan hingga majlis selesai.  Agaknya produksi rasa janggal kerana bertukar lokasi dari Genting Highlands ke Bukit Jalil.
 
Secara jujur ABPBH yang selalu gemilang serasa hambar.  Mujur juga Johan dan Zizan menjadi pengacara, boleh juga menutup sedikit kehambaran pada malam tersebut.
 
Persembahan pun bertaraf biasa.  Paling menarik segmen khas buat Kumpulan Search dan 4 penyanyi lama mendendangkan lagu kegemilangan mereka.  Lain-lain, hmm....

Senang cerita serba tak kenalah ABPBH kali ini.  Rasa terseksa menantikan rancangan habis sampai ke penghujung. 
 
Kalaulah penganjur bertaraf amatur dan baru kali ini mengadakan acara besar mungkin boleh dimaafkan tetapi untuk ABPBH ianya berada di bawah par.  
 
Sudahlah bakal pemenang  secara keseluruhan boleh dijangka.  Kalau tersasar pun setakat 2-3 calon.  Apalah nak dihairankan, pemenang berdasarkan populariti dan pembaca adalah pengadil.

Nampak gaya penganjur ABPBH tahun hadapan harus berkerja keras bagi menebus segala kepincangan tahun ini sebelum penonton dan peminat merasakan ABPBH sudah hilang taring.

Tahniah kepada pemenang terutamanya Shaheizy Sam berjaya merampas semula mahkota Bintang Paling Popular 2012.  Dia memang selayaknya.

Kalau follow Twitter Shaheizy Sam ni, dia rajin melayan peminat.  Kebiasaannya dia akan spend dalam sejam macam tu untuk berinteraksi dengan follower dia.
 
Untuk lain-lain komentar terutamanya perihal fesyen dan gelagat artis kita banyak dah laman-laman sosial berkongsi pendapat, rasanya tak perlu lagi saya turut sama.  
 
Google sahaja ABPBH 2012, berderet senarai akan keluar.  Lagi pula ini hanya dari sudut pandangan saya.  Kata-kata kita mungkin berbeza.
 
 
 
nota:  ketinggalan keretapi..