Followers

Tuesday, April 9, 2013

::ABPBH Serba Tak Kena::

Sewaktu Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) berlangsung, saya tak berkesempatan menonton.  Inilah gunanya fungsi PVR, tak adalah terkejar-kejar nak berada di depan televisyen.
 
Bila berpeluang menonton semula hampa dengan ABPBH kali ini.  Mujur juga saya tak korbankan temujanji kalau tidak menyesal tak sudah.
 
Awal-awal lagi dah out!  Masalah audio dan teknikal begitu ketara.  Kasihannya kumpulan One Nation Emcees terpaksa berhadapan masalah sebegitu.  Masalah yang tidak sewajarnya berlaku kepada penganjur yang luas pengalaman.
 
Masalah tersebut bukan menghantui di awal pembukaan program tetapi berlarutan hingga majlis selesai.  Agaknya produksi rasa janggal kerana bertukar lokasi dari Genting Highlands ke Bukit Jalil.
 
Secara jujur ABPBH yang selalu gemilang serasa hambar.  Mujur juga Johan dan Zizan menjadi pengacara, boleh juga menutup sedikit kehambaran pada malam tersebut.
 
Persembahan pun bertaraf biasa.  Paling menarik segmen khas buat Kumpulan Search dan 4 penyanyi lama mendendangkan lagu kegemilangan mereka.  Lain-lain, hmm....

Senang cerita serba tak kenalah ABPBH kali ini.  Rasa terseksa menantikan rancangan habis sampai ke penghujung. 
 
Kalaulah penganjur bertaraf amatur dan baru kali ini mengadakan acara besar mungkin boleh dimaafkan tetapi untuk ABPBH ianya berada di bawah par.  
 
Sudahlah bakal pemenang  secara keseluruhan boleh dijangka.  Kalau tersasar pun setakat 2-3 calon.  Apalah nak dihairankan, pemenang berdasarkan populariti dan pembaca adalah pengadil.

Nampak gaya penganjur ABPBH tahun hadapan harus berkerja keras bagi menebus segala kepincangan tahun ini sebelum penonton dan peminat merasakan ABPBH sudah hilang taring.

Tahniah kepada pemenang terutamanya Shaheizy Sam berjaya merampas semula mahkota Bintang Paling Popular 2012.  Dia memang selayaknya.

Kalau follow Twitter Shaheizy Sam ni, dia rajin melayan peminat.  Kebiasaannya dia akan spend dalam sejam macam tu untuk berinteraksi dengan follower dia.
 
Untuk lain-lain komentar terutamanya perihal fesyen dan gelagat artis kita banyak dah laman-laman sosial berkongsi pendapat, rasanya tak perlu lagi saya turut sama.  
 
Google sahaja ABPBH 2012, berderet senarai akan keluar.  Lagi pula ini hanya dari sudut pandangan saya.  Kata-kata kita mungkin berbeza.
 
 
 
nota:  ketinggalan keretapi.. 
 
 
 
 

 
  

No comments :

Post a Comment