Followers

Monday, April 8, 2013

::Bicara Pagi Isnin::

Alhamdulillah dipanjangkan umur dapat kita bersua lagi di hari dan minggu baru.  Put aside all your Monday Blues yeah!  
 
Kalau sentiasa berfikiran positif, Isnin akan memberi satu semangat baru dalam diri kita semua dan In Shaa Allah segalanya dipermudahkan sepanjang minggu.
 
Bersyukur juga bilamana pinggang secara beransur pulih meski lena malam sering terganggu.  Penyakit datangnya seperti ribut, perginya seperti semut.  Yang penting tawakkal.
 
Belum punya idea menarik untuk entri.  Kerja-kerja tertangguh lebih seminggu lamanya sedia menanti.  Dalam banyak perlu diselesaikan, masih juga sempat lagi berpeleseran di dunia tanpa sempadan.  Hmm...
 
Eh, bila agaknya SPR nak buat pengumuman?  Kakak Siti Cutie bakal melangsungkan perkahwinan awal Mei, buatnya terkena tarikh tersebut habislah!!!

Ramai sebenarnya tangguh kenduri kahwin sejak dari pertengahan tahun lepas.  Yalah, dari bulan ke bulan asyiklah dengar perkhabaran parlimen akan dibubarkan tapi akhirnya bulan April 2013 juga jadi pilihan.
 
Harap-harap tarikh perkahwinan Kakak Siti Cutie takkan sama dengan hari pilihanraya.  Susah juga ya dalam kes sebegini.  Apa pun kita hanya mampu merancang Allah menentukan segalanya.
 
Sebut pasal pilihanraya, kerap pula sejak akhir-akhir terima kiriman SMS dari wakil parti-parti politik.  Okaylah nak guna kemajuan teknologi dalam membantu kempen.  
 
Cuma masalahnya, SMS masuk tidak kena waktu.  Jam 1-2 pagi telefon berdenting, ingatkan ada kecemasan.  Paksa buka mata sekali rupanya SMS berbaur politik.  Aduyai...Ada sesiapa tak menerima nasib sama?
 
Kalau setakat 1-2 kali tak kisah sangat, ini hampir setiap hari.  Kalaulah ada suami dan anak mahu mengamuk.  Masakan tidak, nikmat tidur diganggu.  
 
Sekarang ni kalau keluar bersantai dengan rakan-rakan pun topik pilihanraya mengambil tempat teratas.  Masing-masing punya idealogi untuk dipertahankan.  Mujur juga tidak bertegang urat.
 
Perbincangan mencabar minda ni bagus.  Apatah lagi kita punya impian demi negara dan juga masa depan.  Yang penting, kalau setakat berbicara tapi tak mengundi itu HAMPEH namanya.
 
Okaylah, bicara pagi Isnin saya berhenti di sini.  Tiba-tiba idea kering dan fikiran melamun jauh entah ke mana.  Sejuk sangat barangkali!
 
 Terima kasih Google Image
 
 
 
 
 
nota:  buka pintu hati seluas alam semesta...
 
 


 
 

No comments :

Post a Comment