Followers

Tuesday, April 9, 2013

::Hak Menggunakan Media::

Minggu lepas hampir tiga jam siaran langsung pembentangan Maniefesto Barisan Nasional (BN) sekiranya mereka menang pilihanraya.
 
Sebagai rakyat Malaysia, sudah semestinya kita berhak tahu mana hala tuju bakal Kerajaan dan apa boleh diberikan demi kebaikkan rakyat.
 
Sayangnya pihak Pakatan Rakyat (PR) tidak diberi peluang seperti BN.  Kenapa ya mereka tidak dapat peluang sedemikian?  Bukankah PR juga punya hak sedemikian?
 
Setiap malam baik RTM mahupun TV3 akan ada slot khas memanggil panel-panel profesional membuat pencerahan betapa bagusnya jika rakyat memilih BN. 
 
Bagaimana pula dengan PR?  Adakah mereka parti Pembangkang ini beerti mereka tidak bagus untuk mentadbir Kerajaan?  
 
Adakah asal membangkang itu sesuatu yang tak bagus dan tak sihat?  Bukankah bangkangan selalunya menentang agenda buruk supaya dibaik pulih?
 
Okaylah, katanya PR dapat peluang tersebut tetapi hanya 10 minit sahaja.  Rakaman pula tu.  Sewaktu belajar dahulu, saluran media harus dinikmati secara adil oleh setiap pihak.
 
Mungkin ada menganggap saya penyokong PR, terpulanglah.  Undi adalah rahsia!  Apa saya boleh katakan, saya mewakili kumpulan pengundi atas pagar.  Pengundi yang masih lagi berkira-kira mahu pangkah parti mana satu.
 
Pengundi seperti kami inilah parti-parti politik kena yakinkan.  Sekiranya apa yang BN lakukan PR juga dapat peluang sama, pengundi atas pagar ini akan dapat gambaran jelas mana satu terbaik untuk dipilih.
 
Seandainya media telus dan membuka ruang saya jamin rakyat akan dapat membuka mata dan minda mereka.  Rakyat Malaysiakan dah bijak dan tidak membuat keputusan membuta tuli.
 
Saya jamin akan ramai nanti mengatakan saya tak bersyukur.  Tak puas dengan apa yang telah Kerajaan selama ini beri.  
 
Apa boleh saya katakan, bukan tak bersyukur tapi sebagai rakyat Malaysia saya punya hak untuk inginkan sesuatu yang lebih baik bukan demi kepentingan diri tapi untuk kemajuan bangsa khususnya.
 
Awal tahun lalu kajian dilakukan oleh Universiti Malaya menunjukkan betapa pengundi atas pagar mampu menaik dan menumbangkan salah satu pihak dan golongan ini kebanyakkannya adalah golongan muda.
 
 
Laporan lanjut boleh klik di sini

Nak kata saya impress sangat dengan Manifesto BN pun taklah sangat cumanya adalah perubahan dan nampak mesra rakyat.  Mungkin tekanan dari PR menyebabkan BN mengambil langkah sedemikian.
 
Tetapi, sebahagian dari Manifesto BN tersebut pernah saya baca dalam Buku Jingga PR.  Ada ubah suai sana sikit sini sikit.  Adakah BN mengiakan bahawa dasar PR sebenarnya bagus sehingga digunapakai?
 
Dan buku jingga tersebut sudah berusia hampir lima tahun.  Nampaknya PR sudah foreseen perkara-perkara ini sudah lama.  Kenapa pula baru sekarang BN buka mata?
 
On the other hand, ada Manifesto PR sudah dijalankan oleh BN.  Siapa tiru siapa agaknya?  Tak kisahlah isu peniruan ini asal mampu dilaksanakan!
 
Ini kerana saya pernah mempertikaikan kemampuan PR dalam melaksanakan dasar Buku Jingga dan ianya agak mengecewakan juga.  
 
Hari ini persoalan sama saya lontar, adakah BN mampu menjadikan kenyataan segala Manifesto yang dibentang hampir 3 jam? atau setakat memancing undi.

Alangkah bagus PR pula mengambil tempat di media dan membentangkan Manifesto mereka pula.  Kita mahu juga tahu apa janji manis PR.  

Prestasi PR boleh diukur melalui perkhidmatan mereka sepenggal yang lalu dan kita bezakan dengan Manifesto mereka kali ini.  Jika omongan kosong, boleh sahaja kita tolak!

Maaflah ya jika ramai tidak sehaluan dengan saya, tapi saya tetap menegaskan PR seharusnya diberi peluang muncul di media arus perdana dan hak yang sama seperti BN. 

Bukannya peluang ibarat melukut di tepi gantang.  Ada ikut sahaja, kalau tak nak tak perlu dan sebab inilah PR terlalu popular di media internet.  
 
BN harus sedar ini sesuatu yang bahaya kerana pelayar internet adalah dari golongan 21% iaitu kumpulan pengundi atas pagar dan alam siber adalah sumber utama dalam mencari maklumat.



nota: tiba-tiba isu politik pula..


 
 
 
  


No comments :

Post a Comment