Followers

Wednesday, April 3, 2013

::Parlimen Bubar::

Sejak pertengahan tahun lepas dari satu tarikh ke satu tarikh rakyat Malaysia menduga bilakah masanya Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen.
 
Akhirnya Dato' Seri Mohd Najib memilih hari ini 3 April 2013 sebagai tarikh bersejarah bagi kalendar Malaysia bagi pembubaran tepat jam 11.30 pagi selepas mendapat restu dari Yang Di Pertuan Agong.
 
Sekarang kita nanti pula pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya bagi tarikh penamaan calon, tempoh berkempen serta hari mengundi.  
 
Rakyat Malaysia layak mengundi sudah bersedia memilih siapa bakal pemimpin?  Tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dalam memastikan negara maju, berdaya saing serta aman sentosa.
 
Bijaklah memilih tampuk negara demi kita semua.  Malaysia hak milik kita dan kita tidak mahu sesiapa pun menggadai apa yang telah sedia ada demi kepentingan peribadi.
 
Saya sendiri tidak sabar untuk menyumbangkan satu suara dan ini merupakan kali kedua menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.  
 
Apa diharapkan janganlah ada persengketaan sehingga menjejaskan imej negara.  Berkempen dengan cara bersih dan janganlah pihak-pihak tertentu ambil kesempatan dengan kepercayaan diberikan.  
 
Kita nantikan sahaja pengumuman..
 
 
 
nota:  hari ini akan jadi sejarah..

No comments :

Post a Comment