Followers

Tuesday, April 2, 2013

::Sakit Perut::

Dah dekat dua minggu perut bermasalah.  Pedih di ulu hati + buang air besar lebih dari 3 kali sehari.  Bila sakit nak bernafas tersangat payah.
Pernah beberapa kali terjaga malam dek kesakitan melampau dan pernafasan terganggu. Serius, waktu itu rasa dah sampai masa ke Malaikat Maut datang menjemput.  Dah terjaga dari tidur, jawabnya hingga ke pagi gagal lelapkan mata.
Tapi dari gaya dan tanda sakit sama seperti sakit gastrik cuma kali ini serangan teruk di ulu hati dan kawasan tengah dada.  GM kata angin.
Belum lagi minta khidmat nasihat doktor.  Kebiasaannya bila sakit perut terutamanya gastrik agak liat nak jumpa doktor.  Dah biasa sakit, balik-balik dapat ubat sama.  Malas!  
Sepanjang amalkan Kolagen dan banyak-banyak sakit ditanggung selama ini, gastrik sahaja belum baik sepenuhnya walaupun dalam 1001 khasiat kolagen, memperbaiki fungsi usus dan masalah perut turut tersenarai.
Yalah, takkan semua nak dapat dalam satu masa.  Salah sendiri pun ya juga.  Tahu ada gastrik tapi makanan pedas tak boleh tinggal.  Ramai cakap deria pedas saya dah mati.  Pedas berdenting pun masih rasa tak cukup pedas.
Mulai hari ini bercadang mahu kurang pengambilan makanan pedas serta jumlah makanan.  Harap sangat pedih ulu hati dan kesukaran bernafas beransur baik.
Salah satu lagi cara, saya akan mula berpuasa.  Doktor sendiri membuktikan berpuasa sangat baik untuk kesihatan perut.  Saya sendiri tidak pernah kena gastrik sepanjang bulan puasa.
Sesiapa yang sudi, doakan kesihatan saya ya.  Oh ya, I Luv Clothez sedang mengadakan promosi hebat "Clearance Stock"  Kalau berminat bolehlah singgah ke sana.  
nota:  bertabah menahan sakit..
 
   
  

No comments :

Post a Comment