Followers

Friday, May 31, 2013

::Akibat Lalai::

As-salam dan saya mendoakan semoga Jumaat kali ini akan terus memberi barakah buat kita semua.  Mesti semua pun dah tak sabar nak menamatkan hari bekerja dan berehat sepuas-puasnya :)
 
Baru hari ini tersedar yang saya tak puasa pun lagi barang sehari di bulan Rejab.  Teruknya!  Tahun lepas banyak hari juga saya berjaya lengkapkan.
 
KPI saya tahun ini benar-benar menurun.  Semua akibat alpa dan ambil ringan :(  Tahun lalu banyak hari saya berpuasa sunat termasuk bulan Rejab.
 
Tak cukup dengan itu, saya juga berjaya khatam Al-Quran pada bulan Rejab.  Tahun ni, tak sampai tiga suku muka surat Al-Quran.
 
Kena segera bangun dari tidur lena.  Seharusnya saya bergerak ke arah kebaikan tapi ini semakin mundur kebelakang. Saya salahkan diri 100%!
 
Jangka hayat Rejab sehingga minggu depan sahaja.  Akan saya pastikan diri rebut peluang sementara ada.  Kena kuatkan iltizam!
 
Rakan-rakan dah dapat berapa hari puasa untuk Rejab kali ini?  Kalau belum lagi apa kata kita sama-sama mulakan, In Shaa Allah akan ada ganjaran menanti.
 
 
 
 
nota:  harus naikkan semula KPI diri, selebihnya sandar pada Allah biar dia yang menilai... 


No comments :

Post a Comment