Followers

Tuesday, May 14, 2013

::Aznil Tarik Diri Masterchef Selebriti 2::

Semua pun dah tahukan berita ini.  Tak bestkan?  Nak buat macamana, kena hormat keputusan beliau.

Bila dapat sahaja tahu selebriti Datuk Aznil Hj Nawawi (Pak Nil) akan menyertai Masterchef Selebriti kali ini, semangat sangat berkobar untuk menjadi penonton setia.  

I am big fan of him dari zaman budak-budak sampai hari ini.  He never fail his fans!  Lagi pun Pak Nil punya personaliti sangat positif terutama bila dia mengacarakan rancangan.

Jarang-jarang kita dengar dia menggunakan bahasa kurang sesuai malah dia sentiasa mencuit hati penonton dengan sense of humor yang dimiliki.

Tapi bila Pak Nil tarik diri dari Masterchef baru-baru ni, hilang sekejap semangat nak menontont rancangan tersebut.  Sedih pun ya.

Yalah, personaliti lain yang ada saya hanya minat suam-suam kuku.   Pengunduran Pak Nil ibarat hilang seri.  

Harapan saya tinggi untuk dia menjulang kejuaraan sepertimana Dato' Fazley pada musim lalu.  Setiap hidangan Pak Nil sebelum ini tak pernah mengecewakan.

Sering Pak Nil lafazkan tak pandai memasak, tapi hasilnya Masyaallah...Tak ada ciri-ciri langsung orang tak pandai masak!  Kalah tukang masak amatur tau.

Beruntung ibu beliau punya anak seperti Pak Nil.  Semoga pengorbanan Pak Nil berbaloi dan diberi darjah kebesaran dari Allah SWT.

Sekarang ni tengok jugalah tapi kurang rasa teruja.  Kalau terlepas pun tak kisah sangat.  Paling-paling risik pada Ayu Bam Bam final result setiap hari.  

Ala, rindunya Pak Nil dalam Masterchef Selebriti.  Sekejap sahaja berkesempatan menonton beliau.  Agak-agak Masterchef Selebriti Musim Ke-3 nak beri lagi tak peluang pada Pak Nil? 

Hari ini selebriti tersingkir, Norish Karman.  Tak sangkakan!  Pak Nil dah tak ada nak sokong siapa pula ya? Hmm..Celina Khor kot.  Dia not bad juga, konsisten dan sering beri kelainan.

Kempunan nak tengok keletah Pak Nil lagi!  Imej di ambil dari laman web Astrogempak



nota:  manusia hanya mampu merancang...

No comments :

Post a Comment