Followers

Thursday, May 9, 2013

::Bicara Di Kala Mengantuk::

Ini yang tak suka kalau makan nasi lemak awal pagi.  Lepas sahaja makan badan macam melayang-layang lemau.  Mata macam pakai gam gajah.  Tongkat batang mancis pun sah-sah patah!
 
Sindrom nasi lemak ni memang dari dulu lagi sebab itu tak berapa nak makan pagi.  Nak bersarapan makanan lain tekak pula menolak.  Kiranya nasi lemak sahaja dibenarkan bila waktu pagi.
 
Lainlah kalau makan ala buffet di hotel.  Waktu tu asal terliur semua main kaut.  Tapi habit selepas sarapan tetap sama, mata kuyu-puyu!
 
Pagi tadi singgah kedai mamak berhampiran rumah.  Buah Hati nak makan roti canai, layankan sahaja.  Tengah berselera kena ikut, dia makan memilih.
 
Sampai sahaja terus teruja.  Ayat-ayat Al-Quran berkumandang dari pembesar suara.  Jarang-jarang kedai mamak mainkan alunan Al-Quran.  Rasanya ini pertama kali buat saya.
 
Pekerja-pekerja dia pun ramai pakai kopiah.  Saya selalu ke restoran tersebut tapi hari ini kira awallah.  Kebiasaannya ke sana bila matahari sudah terbenam.  Pekerja pun dah bertukar shift.

Bukan setakat itu, ada sesebahagian pekerjanya turut melagukan ayat Al-Quran didengari.  Sambil bekerja sambil mulut mengutip pahala.
 
Maka sahihlah pemiliknya beragama Islam, begitu juga sebahagian pekerjanya.  Yalah, kan ada isu timbul keraguan pada kedai-kedai mamak di Malaysia terutamanya bila dikatakan pengusaha sebenar hanya berselindung disebalik nama Islam.
 
Jadinya  jika sesiapa nak mencari restoran mamak sahih Islam di kawasan Kota Damansara bolehlah singgah ke restoran Fazlina Maju, Seksyen 8 Kota Damansara.  
 
Saya bukan kata restoran mamak sedia ada tak halal atau mencurigakan ya, tapi apa salahnya kita membantu ekonomi umat Islam lain.  Pendapatan di dunia ini kan untuk diagih-agihkan?
 
Sayangnya saya tiada gambar untuk dikongsikan di sini.  Telefon canggih sangat sampai tak boleh nak petik butang kamera! hehehehe..Kalaulah restoran ini pakar dalam nasi kandar, confirm hari-hari bersidai di situ.
 
Di saat-saat kehangatan isu perkauman, apa kata kita makan di restoran mamak bersama-sama rakan taulan berbeza bangsa dan menikmati erti berbilang kaum di Malaysia (eh?)




nota:  layan mengantuk!
 


 
 
 
 
 
 
 

No comments :

Post a Comment