Followers

Friday, May 17, 2013

::Bukan Semua Boleh Kongsi::

Baru-baru ni ada seorang Hamba Allah bertanya kenapa saya tak terima Si Polan-Si Polan sebagai kawan di Face Book (FB) walhal ada pertalian saudara.
 
Hmm...saya tak balas pun pertanyaan kerana bagi saya accept as a friend tu hak individu.  Tak perlu tahu adakah perhubungan renggang kerana itu tak mahu berkawan.
 
Tak semestinya tak berkawan di laman sosial kita punya masalah.  Tak siapa tahukan, tanpa FB pun hubungan tetap akrab!
 
Bagi saya akaun FB bersifat peribadi.  Kadangkala kita gembira, ada masa penuh duka.  Bila terlalu ramai menjadi kawan banyak persepsi dan saya sendiri kurang gemar meninggalkan tanda tanya pada orang lain.
 
Dari persepsi tak mustahil bertukar menjadi buah mulut.  Dari situ manalah tahu boleh jadi cerita kurang enak pula nanti.
 
Bukan setakat itu sahaja, gambar-gambar dimuat naik punya 1001 cerita dan andaian.  Yalah, saya ni bukan baik mana pun orangnya.  Ada-ada masa gambar kurang molek termuncul.
 
Ditambah pula dengan status single but not available.  Boleh riuh sekampung jadinya bila terlihat foto-foto terlampau..hahaha! 
 
Jadi untuk mengurangkan cerita-cerita kurang enak di belakang sana adalah lebih baik saya mengambil pendekatan sedemikian.  Biarlah kita keep in touch cara lama daripada terlalu terdedah melalui FB.
 
Jangan tak tahu, saya sendiri tidak berkawan dengan GP di FB.  GP punya ramai taulan, nanti secara tiba-tiba boleh pula akses masuk ke ruang saya.  Entahlah, memang saya rasa insecured betul!
 
Tak dinafikan kita boleh sekat orang lain dari melihat profail tapi orang boleh cuba pelbagai cara untuk ambil tahu secara berlebihan.  Tak pasal-pasal kena godam.
 
Terpulanglah jika ada mengatakan saya perasan bagus ke, perasan popular ke, dan macam-macam lagi perasan tapi saya tetap dengan pendirian.  
 
Setakat hari ini saya hanya ada kurang 250 orang kawan di FB dan sedang berkira mahu remove lagi terutamanya yang tiada sebarang interaksi.  Orang sebegini pun mencurigakan juga.
 
Di FB saya hanya berkawan dengan ahli keluarga terdekat (kecuali GP) yang betul-betul kenal siapa diri saya.  Maksudnya saya tak perlu jadi orang lain di mata mereka dan mereka terima saya seadanya.
 
Selain ahli keluarga, adalah rakan-rakan yang rapat.  Dengan mereka saya jadikan FB sebagai penghubung persahabatan dan saya juga ingin tahu keadaan mereka dari masa ke semasa.
 
Ada juga rakan-rakan sekolah / senior/ junior yang taklah rapat sangat waktu dulu tapi bila dah dewasa masing-masing enjoy konsep kembali terjalin.  Seronok bila mereka kenal saya dan saya recognize mereka.
 
Ahli keluarga terdekat Abang serta kawan-kawan dia pun ada.  Tak kisahlah, bukan ada perkara yang saya nak sorok dari mereka.  Senang lagi adalah, terutamanya bila saya cepat dapat tahu berita atau cerita segera sampaikan pada dia.
 
He..he..he..Abang bukan rajin sangat berFB.  Akaun FB dia guna untuk main Poker, selebihnya dia buat bodoh.  
 
Orang luar setakat ini belum ada.  Orang luar means tak pernah kenal tapi tiba-tiba nak berkenalan.  Itu memang saya elakkan, tak apalah.  FB bukan tempat saya mencari teman baru.
 
Tapi saya ada satu lagi akaun, yang itu memang saya gunakan semata-mata untuk business online.  Bukanlah saya sombong sangat, di situ saya bertegur sapa juga dengan rakan-rakan.
 
Komen juga status atau gambar yang dimuatnaik cumanya sudah tentulah saya lebih dengan transaksi jualan.
 
Maaflah sekiranya ada yang terasa hati bila saya menolak berkawan di FB.  Apalah sangat dengan FB.  Di mana-mana pun boleh berkawan asal jujur dan tidak punya niat terselindung.
 
Melalui blog ni pun saya sudah ada la beberapa rakan maya.  Rajin juga saya singgah ke blog mereka.  Seronok baca kisah hidup orang.  Yalah lain orang lain ceritanya, betul tak?
 
Seperti di FB, di blog ini pun tak semua benda saya sedia berkongsi, kerana itu entri kadang-kadang agak suam-suam kuku.  Entahlah, bukan semua benda boleh dikongsi.  
 
Sebelum saya masukkan di sini, akan saya timbang baik buruk sedalam-dalamnya.  Takut dengan kesan negetif di kemudian hari.  
 
Saya tahu tak semua orang sependapat dengan saya.  Mungkin entri ini sendiri akan menimbulkan rasa kurang senang.  Nak buat macamana, bukan mudah mahu puaskan hati semua orang.
 
Yang paling penting hati kita dan orang kita sayang terjaga dan terpelihara.  Itu sudah memadai.  Terlajak kata punya kesan mendalam, sebaik mungkin saya enggan menyinggung sesiapa pun.
 
Kerana itu saya ambil langkah mudah dengan saya hormat orang.  Saya tidak minta mereka hormat tinggi melangit tapi cukuplah terima saya seadanya!
 
 
 
nota:  jom kita senyum!! 
 
 

2 comments :

  1. akak jgn remove sy lak..walau tak tegur pun..heheh sy pembaca blog akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish,xde la penah nk tfikir pon remove awak..kita jd friend dlm FB akak yg satu lg tu kan tp akak slalu mcm segan jek nk komen kt FB awak hehehe.. :) btw,keep it up with yr blog yea..akak suke jek baca!!

      Delete