Followers

Wednesday, May 15, 2013

::Coretan Peribadi PRU 13::

Demam Pilihanraya (PRU13) dah nak kebahkan, sesuailah saya ceritakan pengalaman saya di PRU13 kali ini.  Pengalaman pertama sebagai pengundi awam.

Kalau ikutkan nak keluar mengundi awal petang, dalam pukul 2-3 macam tu tapi Abang sangatlah tergedik suruh saya keluar awal.  Dia pun nak balik kawasan juga katanya. 

Wajah di awal pagi 5 Mei 2013.  Tak sabar nak keluar mengundi

Nak tak nak, terpaksa juga keluar awal.  Sebelum pukul 11 pagi dah sampai tempat mengundi di Kompleks Sukan Kelana Jaya.  

Dulu kami sekeluarga menetap di Kelana Jaya dan alamat di kad pengenalan sewaktu mendaftar tak bertukar lagi kerana itulah saya mengundi di sana. 

Tak kisahlah, lagi pun Kelana Jaya dekat di hati dan saya bangga dengan wakil yang bekerja selama ini.  Prestasi membanggakan!  


Kompleks Sukan Kelana Jaya menjadi saksi pembuangan undi saya pada PRU13.  Suasana tenang cuma bahu jalan dipenuhi kendereaan


Senang juga nak dapat pakir.  Mula-mula nak suruh Abang tunggu dalam kereta sahaja, tapi dia tetap juga nak keluar melawat kawasan.  Ada dia melafazkan kenapa tiada kehadiran pemancing undi?

Saya kata mana boleh, tempoh berkempen dah tamat.  Salahlah kalau buat sedemikian.  Nak mengundi kena tenang.  Kalau bising-bising nanti polis datang serang. 

Ada juga wakil parti bertanding bertanya-tanya hal awam dan saya balas dengan senyuman dan jawapan seikhlas mungkin =).  Juga turut edar leaflet, saya ambil sahaja.  Apa nak risau undikan rahsia!

Dah tahu saluran mana dari awal senang sikit, tak perlu beratur untuk semak.  Terus sahaja masuk ke kawasan menunggu.  Biasalah, orang muda mesti dapat Saluran 5.  

Yang kurang ramai tu kalau tak silap Saluran 1 - 3.  Tak berapa ramai, mungkin pengundi cadang datang lewat sedikit.  



Waktu saya datang mengundi, boleh tahan ramai terutamanya saluran 4 dan 5.  Tengok dalam gambar, padat!  Semangat sungguh pengundi muda menunai tanggungjawab demi negara.



Nak dekat 15 minit juga beratur sebelum masuk ruang legar.  Bosan menunggu minta tolong Abang ambil gambar, tapi tengoklah.  Macam tak ikhlas!  Orang tak sedia lagi dia dah ambil.  Bila suruh ambil lagi dia kata buat malu je!  



Gigih mereka semua beratur, termasuklah saya.  Lebih kurang 1/2 jam juga baru dapat giliran mengundi.  Abang punya pasallah ni..hehehe...nak tak nak kenalah dia tunggu!


Dapat masuk bilik mengundi saya ada sedikit isu bilamana jari telunjuk kiri akan dicalit pewarna sebagai bukti sahih.  Masalahnya saya ni kidal, susah jugakan?

Mohon jasa baik petugas mencalit di jari kanan tapi mereka enggan bertoleransi.  Katanya memang dah termaktub melainkan tiada cari telunjuk kiri.  Tak apalah kalau dah tak boleh nak buat macamanakan.

Tapi malam bila tunggu keputusan saya terpandang salah seorang panel di Astro Awani dicalit pada jari kelingking sebelah kanan.  Boleh pula?

Terpaksa saya balut jari berwarna dengan sekeping tisu.  Yalah, kena ambil langkah berjaga-jaga, sayang kalau kertas undi rosak.

 Mujur tiada sekatan untuk bawa tisu bersama.  Kalau tidak memang payahlah buat saya.  Terpaksa tunggu dakwat kering baru boleh pangkah.


Mungkin selepas ini SPR kena beri sedikit kelonggaran pada kami yang kidal.  Kalau kertas undi comot khuatir dikira undi rosak pula.  Dah rugi satu undi!


 Selesailah tanggungjawab saya sebagai Warganegara Malaysia yang berhak pada PRU13.  Saya tak adalah ghairah sangat nak hilangkan cat kerana yakin ianya akan hilang dengan sendiri tanpa perlu disental dan di bawah ini hasilnya...



Hilang hanya dengan sekali basuhan.  Biarlah orang nak kata apa pun tapi bagi saya jika inilah hasilnya amatlah tidak wajar untuk dipraktik lebih-lebih lagi SPR membeli dakwat ini dengan sejumlah wang yang banyak dan sesungguhnya kredibiliti SPR tercalar berikutan isu dakwat ini!


Selesai mengundi terus ke Bandar Baru Sentul dan saya amat teruja dengan suasana di sana.  Amat berbeza dengan keadaan di Kelana Jaya.  Seolah-olah ada pesta bola bakal berlangsung.

Ahli-ahli dari kem parti bertanding ghairah bersorak dan meraih undi minit-minit terakhir.  Mereka bangga mengibarkan bendera parti masing-masing dan menuntut kenderaan lalu-lalang memberi sokongan terhadap usaha mereka melalui bunyi hon bertalu-talu.

Seronok pula melihat gelagat peraih-peraih undi.  Tak cukup dengan itu, ada pula orang berniaga makanan.  Memang macam pesta!  Boleh ya macam tu?  Kenapa di Kelana Jaya situasi sebegini tak berlaku?

Barangkali kawasan undi saya agak elit dan mereka tidak perlu perkara-perkara sebegini.  Dalam kepala dah siap-siap tahu siapa akan dipangkah.
 

Riuh dengan suasana dan gelagat peraih undi.  Sayangnya Ipod tak boleh merakam video pada waktu itu.  Tak pasti kenapa, sajakan!


Patutlah Abang sibuk nak balik kawasan, rupanya dia pun nak sibuk sama.  Yalah, ramai rakan-rakan di kedua-dua kem, naklah bersua muka sambil laga-laga badan.

Diambil dari tingkat 16 rumah adik Abang.  Meski hujan lebat, tetap gigih menjalankan tugas.  Bezanya, parti Pro Kerajaan punya segala kelengkapan seperti baju hujan, payung dan topi dan parti satu lagi di seberang jalan hanya menadah air hujan tanpa sebarang perlindungan.

Saya suarakan rasa kasihan pada parti tersebut pada Adik saya dan ini jawabnya, "Yalah, kitaorang mana ada banyak duit.  Sumber kewangan sedia ada tak boleh nak tampung perkara remeh sebegini.  Lainlah parti itu.  Duit Kerajaankan hak milik mereka."  Saya hanya mampu tersenyum



Ini pula gambar sewaktu ada sedikit pergesaran di antara penyokong parti.  Apa pun berjaya dileraikan dan mereka bertaut salam antara satu sama lain.  Bukan orang lain pun, semuanya dari satu kawasan.  Eloklah, apa perlu bergaduh.  Masing-masing punya ideologi tersendiri, tiada salah tiada yang betul!

Sayang, tak sempat nak rakam keadaan di waktu calon bertanding datang melawat kawasan.  Memang riuh dengan pekikan dan sokongan para penyokong.  Ketawa pun ada melihat gelagat mereka semua.

Itulah serba sedikit coretan saya di hari PRU13.  Tamat sahaja waktu mengundi, saya menggelupur nak balik rumah.  Mahu nantikan keputusan.

Satu keputusan pilihanraya yang mengecewakan dan saya yakin ramai merasainya.  Tak apalah jika ada tidak bersependapat dengan saya.  Kita masing-masing punya hak untuk bersuarakan?

Dan pada malam 05 Mei 2013, sehingga ke hari ini saya masih dalam mood BLACKOUT seiring dengan gambar profil di FB.



Bagi anda yang percaya pilihan anda tepat teruskanlah.  Tiada siapa menghalang, begitu juga saya!  Saya percayakan kata hati dan yakin dengan pilihan sedia ada.  

Apa pun tahniah Barisan Nasional berjaya sekali lagi menerajui negara untuk kesekian kalinya walau pun kemenangan itu menjadi satu pertikaian besar.

Tak apalah, sebagai rakyat saya percaya pada kuasa Allah.  Satu hari nanti kebenaran akan terbukti, segalanya akan terungkai.  Yang penting kita hidup di bawah satu bendera harus saling hormat-menghormati. 

Hentikanlah isu perkauman yang melampau-lampau.  Kita sama-sama membesar sebagai rakyat Malaysia, apa perlu dibezakan-bezakan mengikut bangsa.

Siapa tak mahukan keamanan?  Siapa tak mahukan kemajuan?  Betul tak?  Kita ikut sahaja apa perancangan Kerajaan untuk 5 tahun akan datang dan lihat hasilnya.

Tahniah buat Dun Seri Setia:  Nik Nazmi dan Wakil Parlimen Kelana Jaya: Wong Chen.  Kedua-dua mereka mewakil Pakatan Rakyat dari Parti Keadilan Rakyat.  

Moga kedua-dua mereka berkerja keras dan tidak mengecewakan rakyat yang telah memilih mereka.  Selangor masih milik Pakatan Rakyat dan sebagai warga Selangor saya senang dengan keputusan tersebut.

Jika kerana entri ini ada mula membenci saya, apa boleh buat.  Saya redha tapi saya tak pernah meletak batu penghalang pada setiap perhubungan hanya kerana kita berlainan parti ;)




nota:  sampai bila...

No comments :

Post a Comment