Followers

Tuesday, May 21, 2013

::Dah Tempah Baju?::

Hari ni nak cerita pasal apa ya?  Ini yang susah bila tak bergambar, blur nak cari intipati entri tapi tangan gatal nak menekan papan kekunci.  Jadi, kita main tekan ikut kata hati!
 
Rakan-rakan semua dah tempah baju raya?  Baru balik dari rumah my auntie, she's tailor.  GM hantar kain tapi bukan untuk dipakai pada hari lebaran.
 
Sekali tengok kain punya banyak berlonggok di rumah dia.  Ingatkan semua tu untuk tempahan raya tapi rupanya bukan.  
 
Dahsyat betul!  Ada lebih kurang 50 pasang semuanya dan harus siap dalam tempoh 1-2 minggu akan datang.  Cuti sekolah banyak kenduri kahwin itu yang customer dia hantar baju untuk melaram.
 
I asked my auntie, dah tutup ke tempahan raya.  Guess what?  Last month lagi dah tutup, hanya buka pada most regular customer dan juga saudara terdekat.  Itu pun terhad, tak boleh hantar banyak.
 
Nasib baik dah hantar sehelai kain untuk pakai di pagi raya.  Jadilah, dari tak ada langsung.  Itu pun kain biasa, Ninie beli di Bandung.  Beli yang mahal-mahal pun ke mana saja nak melaram nanti?
 
Mungkin upah jahit makcik saya ini murah itu yang melimpah ruah orang hantar.  Rezeki dia sebagai suri rumah sepenuh masa.  Ada duit menjahit boleh juga bantu suami tampung perbelanjaan keluarga.
 
Dulu saya tempah juga di butik tapi makin hari makin tinggi harga upah kenalah fikir balik.  Kadang-kadang harga upah lebih mahal dari harga kain macam tak berbaloi pula.
 
Bila fikir semula, apa perlu hantar pada orang luar sedangkan saudara sendiri ada?  Apa salahnya kita saling membantu, lainlah baju saya tu memerlukan seseorang yang betul-betul pakar dalam bidang jahitan.  
 
Kagum sebenarnya dengan mereka di luar sana berkhidmat sebagai tukang jahit.  Selain ketekunan, ketelitian juga perlu.  
 
Orang hantar pelbagai jenis kain dari murah hinggalah ke mahal mesti mereka mahukan yang terbaik.  Buatnya cuai, kain rosak tak pasal kena menjawab dan ganti kain orang.  
 
Bukan setakat itu sahaja, update latest fashion pun perlu.  Customer datang minta macam-macam gaya.  Takkan nak sentiasa blur!
 
Lagi satu mereka yang gigih ambil tempahan jahit manik.  Itu pun saya kagum juga.  Mana taknya, nak perah otak bagi mencorak manik supaya cantik disamping memadankan kombinasi warna.
 
Dahlah manik-manik tu semua sebesar semut.  Lepas tu jahit rapat-rapat.  Huh, kalau saya sebaris manik pun belum tentu berjaya.  Ada yang akhirnya simpan bawah katil.  
 
Masing-masing punya minat tersendiri, juga ketekunan.  Apa pun, semua itu rezeki halal.  Kita yang tak pandai dan tak gigih nak jahit sendiri beri sahaja peluang pendapatan buat mereka.
 
Kalau ada rezeki ingat nak tambah 2-3 helai lagi.  Sejak akhir-akhir ni bila pergi kenduri kahwin asyik ulang tayang baju sama dari 5 tahun lepas.
 
Mungkin dah tiba masa tambah sikit-sikit tapi tak adalah sampai tahap membazir.  Dah berumur, bila kenduri kena sarung baju kurung.  
 
Dulu bolehlah pakat redah baju labuh dengan seluar panjang.  Sekarang ni janggal dibuatnya.  Rasa macam semua orang memerhati.  
 
Tertarik juga bila melihat orang pakai jubah.  Jubah sekarang bukan macam dulu.  Macam-macam fesyen dan warna ditawarkan.  Cantik-cantik semuanya tapi nama pun cantikkan harga pun sendiri-sendiri fahamlah.
 
Shall stop here.  Nanti sambung lagi, idea tiba-tiba kontang.  Panas sangat di luar itu yang terjejas aliran idea di minda.  Eh ada kena-mengena ke?  hehehe....
 
 
 
 
nota:  hati manusia susah untuk dijaga...
 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments :

Post a Comment