Followers

Wednesday, May 15, 2013

::Fiqhul Nisa' Untuk Muslimah::

Saya tertarik untuk berkongsi email yang saya peroleh dari seorang sahabat.  Intipatinya khusus buat kita kaum Hawa meski penghantarannya adalah dari golongan Adam.  Terima kasih sahabat di atas kesudian memanjangkan email ini.  
   
Semoga bermanfaat untuk kita semua dan sebar-sebarkanlah insyaALLAH
 
Kebanyakkan perempuan / wanita / muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU mungkin tidak mengetahui akan perkara ini dek kurangnya pemahaman tentang ilmu Feqah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam.
 
Sekiranya ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam, "Adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqadha'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" Mungkin sebilangan mereka akan mengatakan, "bila 'datang period' maka solat tu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa sahaja. Itulah yang mungkin sebahagian mereka belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu.
 
Ketahuilah sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang wanita itu boleh meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur dan banyak terdapat di pasaran.
 
Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas dan inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu. Perkara berkaitan dengan haid ini jelas disebut di dalam bab ke-3.
 
"Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah" perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
 
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
 
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
 
Huraian masalah :
 
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana wanita itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
 
2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Sebagai langkah Ihtiyat (menjaga hukum) kerana boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi tetapi kerana tidak memeriksa (melihat haidnya kering atau tidak), maka perempuan itu juga perlu mengqadha' solat Zohor.
 
3. Dalam perkara solat subuh pun sama iaitu perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat(selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
- Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
- Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku), maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.
 
Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
 
Diharapkan tulisan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada wanita muslim dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' yang berkaitan dengan diri seorang wanita itu sendiri.


Wallahualam....Mungkin ada sesiapa punya informasi berbeza, bolehlah dikongsikan bersama.  Kita sama-sama belajar dan sama-sama menjaga solat kita :) 


nota:  sekadar berkongsi....

No comments :

Post a Comment