Followers

Thursday, May 16, 2013

::Hanya Omongan Kosong::

Terasa nak borak berseorangan di sini.  Entri tanpa sebarang motif, mahu melayan mata supaya segera humban diri ke atas katil.  Susah benar nak lelapkan mata terutamanya dalam musim panas sebegini.
 
Baru sahaja mandi, tak sampai setengah jam peluh mula merembes.  Ni dah lebih kurang monyet, tergaru sana sini.  Ada ciri-ciri nak mandi lagi ni.
 
Sejak ada PVR setiap malam tidur ditemani cerita-cerita yang dirakam.  Selalunya memang terlelap sebelum sempat matikan TV.  Menjelang pagi, dengarlah rungutan GM.  Yalah, membazir tenaga namanya tu.
 
Oh ya, Adam dan Hawakan tengah main di Astro Ria.  Dulu saya mana ada saluran 134, bila ulang tayang baru berkesempatan menonton.
 
Barulah saya tahu kenapa ramai wanita tahap meroyan pada Aaron Aziz sebabnya sejak mengikuti siri tersebut asyiklah terbayang wajah Si Adam Mukhriz yang comel+romantik tu. 
 
Kadang-kadang sengih sendirian bila melihat lakonan dia yang mencuit hati.  Senyum sikit pun dah boleh terkesan di hati.
 
Memang beruntung isteri Aaron Aziz dapat tatap wajah dia saban hari.  Tak jemu mata memandang.  Tapi saya tak adalah tahap gila bayang!
 
Cuma dah mula bosan dengan siri tersebut, agak meleret.  Ada lebih kurang 30 episod lagi, aduh memang sakitlah menanti pengakhiran.  Mungkin kerana saya sudah hafal novel tu yang rasa sedemikian!
 
Dah bulan Rejabkan.  Saya masih belum berkesempatan melakukan puasa sunat.  Harapnya dapatlah laksanakan dalam minggu depan.  Minggu ni bulan gerhana, Insyaallah sempat puasa lebih dari 7 hari.
 
Habis Rejab beerti kurang sebulan Ramadhan pula mengintai kita semua.  Rindu bulan penuh keberkatan.  Moga Allah panjangkan usia ke waktu itu bolehlah rebut lagi ganjaran dari Allah SWT.
 
Mengira hari berlalu memang tak terhitung lebih-lebih lagi dalam keadaan saya yang sedang dalam situasi menunggu dan berterusan menanti.  Melihat kejayaan orang lain cepat sahaja hati diusik rasa cemburu.
 
Saya manusia biasa, bukan memiliki sifat maksum.  Akan sentiasa diusik rasa-rasa negetif.  Bila perasaan kurang enak menghantui dengan segera saya cari keyakinan dan muhasabah diri bahawasanya apa sahaja dilalui hari ini ekoran kelekaan saya selama ini.  
 
Bersyukur Allah kejutkan saya pada usia sebegini.  Memanglah banyak lagi perlu diubah tapi Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya ke arah itu.  Kita harus berusaha menjadi lebih baik setiap hari, betul tak?
 
Kehidupan di dunia perlu ada pasang surut.  Tanpa gelora kita tidak mampu mempersiapkan diri untuk masa depan.  Apa yang penting bagaimana kita berhadapan dengan segala cabaran mendatang.
 
Allah tidak menghadirkan ujian di luar kemampuan umatnya.  Kita rasa tidak berdaya menanggungnya tapi ada yang lebih berat menanti.  Jika tiada kemampuan pasti kita tidak lagi bangun pada keesokkan hari.
 
Banyak perkara harus diperbetul, harus didahulu seandainya Allah mencurah rezeki seperti dipohon.  Meski memakan masa sehingga ke hujung nyawa, sudah itu tanggungjawabnya kena diselesaikan.
 
Hmm..cukuplah omongan kosong di malam hari.  Lagi lama akan banyak rintihan rasa terpacul walhal perkara sebegini kurang enak untuk dikongsi rasa.  
 
Esok Penghulu Hari, saya doa rakan-rakan semua akan sentiasa mendapat barakah di setiap Jumaat nan permai!
 
 
 
 
 
nota:  tak pernah menyesal....
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 

No comments :

Post a Comment