Followers

Saturday, May 4, 2013

::IniKaliLah vs LainKaliLah::

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi edisi berkempen PRU13 akan tamat dan awal pagi esok rakyat Malaysia berkelayakan akan tunai tanggungjawab memilih siapa bakal mewakili mereka bagi penggal seterusnya.
 
SPR telah peruntukkan tempoh masa yang mencukupi buat semua parti bertanding menabur segala Manifesto dan AkuJanji demi memikat hati bakal pengundi.  Macamana dah ada pilhan hati?
 
Berdebar menanti kemenangan mutlak milik siapa dan akan menerajui bumi tercinta ini untuk 5 tahun akan datang.
 
Ramai dah rakan-rakan melafaz kata bosan bilamana hari-hari tiada cerita lain selain dari isu POLITIK..POLITIK..POLITIK...  Ada sampai mengguna bahasa jerkahan meluah rasa tidak puas hati.
 
As for me, okay sahaja.  Perkara begini hanya berlaku 5 tahun sekali, tak kisahlah jika sesiapa pun mahu tunjuk pandai.  Itu beerti orang tersebut prihatin dengan isumelibatkan negara.
 
Meski kadang-kadang cerita dan fakta yang dilontarkan hanya bersandar cerita atas cerita atau lebih tepat lagi kisah kedai kopi, tetapi mereka punya harapan dalam menyampai berita.
 
Harapan untuk melihat Malaysia terus makmur & maju seiring negara membangun.  Kerana itu mereka sudah ada pilihan di hati siapa akan dipangkah kelak.  
 
Saya diasak siapa pilihan hati sementelah kebanyakkan entri juga status di laman-laman sosial condong kepada satu parti tu.  Saya hanya mampu tersenyum  =) 
 
Tak cukup dengan itu, ada juga melabel saya pro parti itu pro parti ini kerana latar belakang ahli keluarga saya yang kuat berpolitik.  Itu pun buat saya tersenyum =)
 
Nak sorok-sorok buat apa, memang sahih adik saya Ninie pro Parti Keadilan Rakyat malah dia adalah salah seorang aktivis Reformasi dari tahun 1998.  
 
Sesiapa singgah blog/FB adik saya melalui link yang sering saya berikan pun sudah tahu.  Dari gaya penulisannya jelas menunjukkan betapa teguh dia bersama parti.
 
Penggal lepas dia bersama-sama YB Nurul Izzah di Parlimen Lembah Pantai menggembeling tenaga memastikan kemenangan.  Penggal kali ini cuti rehat katanya, anak tengah melasak!
 
GP pula orang kuat UMNO dan punya hubungan baik dengan beberapa orang besar dalam parti.  Sejak dari kecil saya sudah tahu sepak terajang dunia politik.  
 
Bagaimana turun naik seseorang calon juga kaedah berkempen dijalankan serta taktik digunakan bagi memikat bakal pengundi.  Cuma kali ini tak pasti masih sama atau tidak. 
 
Ialah, siri kempen kali ini GP tak lekat di rumah, asyik merantau ke seluruh Malaysia beri ceramah.   Tolong rakan-rakan katanya!  Mana ada masa sangat kami nak berbual perihal PRU13.
 
Tapi kedua-dua mereka tidak mempengaruhi saya dalam membuat keputusan.  Sebagai seorang dewasa sudah cukup kematangan akal membantu saya memilih siapa di hati.
 
Baik GP mahupun Ninie mereka boleh menabur bermacam jenis umpan tetapi saya bukan rembat apa sahaja umpan diberikan.  Tilikan dan ketelitian diperhalusi mengikut intuasi diri. 
 
"Tak menyokong Barisan Nasional tak beerti orang itu tidak bersyukur dan tidak menyokong Pakatan Rakyat tidak beerti orang itu tidak pandai menilai.  Ini kerana penyokong Pakatan Rakyat mahukan perubahan dan penyokong Barisan Nasional mahu mengekalkan segala apa telah dikecapi"
 
Kerana itu tiada siapa pun yang salah dalam memilih calon.  Masing-masing punya harapan dan impian bersama parti mereka.  Cuma kita diberi peluang berfikir mampukah parti tersebut menunaikan harapan serta impian tersebut?
 

Amacam, best tak tawaran Pakatan Rakyat? atau...
 
 
 
 Tawaran yang ini?

 
Esok malam, sekiranya Barisan Nasional berjaya mendapat mandat, kehidupan rakyat Malaysia tetap seperti biasa.  Yalah sudah 55 tahun memerintahkan.
 
Tapi sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mendapat 2/3 kerusi, apa akan berlaku ya?  Awas ya Pakatan Rakyat!  Banyak sudah janji ditaburi jangan kaburkan mata kami dengan 1001 cerita pula.   

Apa pun kita nantikan sahaja keputusan rasmi paling awal mungkin jam 8.00 malam.  Bagi bakal pengundi, buanglah undi anda ikut kata hati dan rasa percaya anda bukan atas sogokan dan juga ugutan.

Kita punya hak menentukan hala tuju masa depan negara dan jangan biar peluang itu rosak hanya mengikut hati dikuasai emosi yang tidak rasional.

Bagi yang tak mengundi, sabar ya.  Beri sokongan kepada yang boleh menjalankan tanggungjawab.  Tapi siapa yang boleh mengundi tapi tak pergi atau tak berdaftar amatlah rugi.

Jangan nanti salahkan orang lain bilamana apa dihajati tidak menjadi kenyataan kerana anda punya peluang ubah tetapi tidak menggunakan sebaik mungkin peluang yang ada.  

Oh ya, sejak 2-3 hari ni, isu "Pengundi Hantu" merasuk rakyat Malaysia.  Saya amat prihatin isu ini.  Kecewa sangat-sangat sekiranya betul!
 
Yalah, ini melibatkan maruah negara.  Takkan senang-senang sahaja mahu orang lain menentukan masa depan kita.  Sudahlah mereka dapat imbuhan serta ganjaran kerakyatan.
 
Lagi pula bagi saya ini taktik kotor.  Berdepanlah dengan realiti.  Apa perlu guna khidmat Pengundi Hantu.  Janganlah sampai rakyat hilang kepercayaan kepada satu badan yang penuh kredibiliti dan berdedikasi.
 
Adat bertanding mesti ada menang dan kalah.  Jika menang sudah rezeki tersurat dan kalau kalah, perbaiki lagi segala kelemahan juga kekurangan.  Kembali menawan hati rakyat Malaysia dengan jujur.
 
Ini saya dapat info melalui sebaran di FB.  Jika benarlah adanya Pengundi Hantu, mari kita sama-sama pastikan mereka tidak menjadi sebahagian dari pilihanraya kali ini dan boleh hubungi talian di bawah untuk menyekat Pengundi Hantu.

Sudah jadi tanggungjawab kita untuk memastikan ini tidak berlaku!


p/s:  semua imej ini saya ambil melalui Facebook



nota:  tak sabar nak calit tangan dengan dakwat kekal

 


 
 
 
  
 
 
 
 
 
 

4 comments :