Followers

Tuesday, May 7, 2013

::Janganlah Gaduh::

Minggu ni nampak gaya kehangatan PRU13 belum surut, malah masih membara di hati sebahagian daripada kita.
 
Laman sosial menjadi saksi pertempuran di antara satu sama lain terutamanya bagi mereka berlainan fahaman, berbeza naungan. 
 
Saya sendiri dapat tempias bilamana ada yang tidak berpuas hati tatkala saya menyorak parti tertentu merai kemenangan mereka.  
 
Senyum dan berdiam, itu sahaja perkara terbaik sebelum melarat.  Biasalah bukan senang nak puas hati semua orang.
 
Kalau ikut panas hati, mahu sahaja bertempur kata dengan mereka yang sesuka hati melempar kata nista.  Tapi dari dulu sudah dididik, politik bukan untuk orang-orang berbicara menerusi emosi.
 
Jika ada seret sama emosi  kita yang berakal lebih baik berdiam diri.  Cuma ingat, diam bukan beerti kalah.  Diam kerana tak mahu nampak dangkal. 
 
Hukum mana cakap berdiam itu kalah?  Betul tak?

Pada pandangan saya ramai bercakap tidak menggunakan fakta.  Isu sentimen hangat dimainkan.  Tak kurang bertindak menyingkap dalam kain hingga tersinggung jadinya.

Harapan saya, janganlah timbul sebarang pergeseran.  Ada perkara kita tidak bersefahaman tapi secara dasar kita adalah sehaluan.  Sehaluan dalam membina harapan generasi akan datang.
 
Saya sayang negara dan saya sayang semua rakyat Malaysia tanpa mengenal kaum & bangsa.  Islam tak ajar kita membenci antara satu sama lain!
 
 
 
nota:  segala percaturan punya hikmah!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 

2 comments :