Followers

Thursday, May 9, 2013

::Jom Kita::

Ala tiba-tiba tekak serasa gatal.  Ada tanda macam nak kena batuk, selsema dan sakit tekak.  Tak sukanya!
 
Hujung minggu ni ada kenduri kahwin, dan tentu-tentu makanan bakal dihidangkan sedap.  Kakak Siti Cutie yang bertunang tahun lepas bakal melangsungkan perkahwinan.
 
Harap sangat tanda-tanda sakit ini hanya kerana kesibukan dan bergelut dengan segala habuk.  Ditambah pula dengan berembun malam semalam.  Tak boleh nak merungut, sendiri cari hal ;)

Okaylah, nak siapa siaga ke masjid.  Malam ni Buah Hati mengaji, Mama & Papa dia sibuk hal kenduri bagai kenalah tolong.  
 
Suka-suka singgah sebentar di sini.  Nak memenuhi senarai entri meski tak ada apa menarik untuk diceritakan.  
 
Eh, boleh pula mata tiba-tiba mengantuk, nampak sangat Syaitan bergayut-gayut.  Nak pergi masjidkan.  Inilah tanda insan yang lemah, mudah saja dirasuki..Ceh!!!
 
"Awas Ya Kamu Syaiton!"
 
 
 
nota:  Salam Maghrib semua... 
 
 

2 comments :