Followers

Friday, May 17, 2013

::Jumaat Nan Permai::

Sejuk pagi Jumaat hari ini.  Titisan hujan menyambut saya bangun dari tidur, Alhamdulillah.  Tempat rakan-rakan semua hujan tak pagi tadi?

Ada beberapa tugas di luar hari ini, bila hujan susahlah sikit nak bergerak tapi nak buat macamana.  Kena redah juga, nama pun demi sesuap rezeki.  

Tenang dan damai pagi Jumaat kali ini.  Lain benar rasa di hati! 

Boleh pula cerita perihal raya di pagi hari.  Bersemangat pula GM nak sambut raya kali ini.  Tak adalah bersemangat mana cuma berkisarkan isu kuih raya.

Yalah, isi penduduk semakin ramai kalau beli mahu juling mata nak keluarkan duit.  Harga jualan bukan lagi seperti dulu.  Setakat 100 keping sekali hadaplah jawabnya.

Nak buat masalah pembakar pula.  Yang ada kat rumah semuanya tunggu masa sahaja.  Tak apalah, kalau ada rezeki lebih sikit boleh beli oven baru, bolehlah Ayu Bam Bam buat kuih banyak-banyak.

Kalau dulu kuih-muih ni tak jalan sangat.  Orang dalam rumah semuanya sibuk nak kuruskan badan jadi a BIG NO pada segala manisan.  

Tapi sejak ada 3 Lil Munchkin keadaan semakin meriah.  Nama pun anak-anak lelaki, selera makan bukan calang-calang.  

Sekarang kalau beli KFC dah tak boleh beli bucket 15 ketul.  Paling tidak barrel yang 21 ketul.  Belum lagi side dishes yang memang wajib kena tambah bilangan.

Makanan di rumah pun bertambah sekali ganda.  Lagi 5 tahun confirm bertambah jadi 2 kali ganda.  Kena kerja keras semua ni!

Benarlah rezeki untuk anak-anak tak akan putus.  Terus terang kehadiran 3 anak-anak di rumah ini disaat kami sekeluarga mengalami kesukaran hidup.

Tiada lagi kemewahan seperti satu waktu dahulu.  Bukanlah mewah mana pun tapi boleh kata senang banyak dari orang biasa.

Tapi itulah, sentiasa ada sahaja buat mereka.  Mereka masih lagi dapat menikmati makanan berkualiti, snek serba enak, buah-buahan berkhasiat dan kami seolah menumpang rezeki budak-budak ni.

Bukan setakat itu, mereka juga sumber kekuatan kami semua.  Demi melihat wajah tulus anak-anak semakin membesar, semakin kuat doa dan usaha semata mahu mereka kecapi kesenangan dan kebahagiaan.

Meski saya hanya menumpang kasih tapi menjaga sejak dari sekecil 2 tapak jari sehingga hari ini merekalah permata hati keluarga.  Hati resah gelisah bila hilang di mata berhari-hari lamanya.

"Membesarlah dengan sihat sejahtera anak-anakku.  Kasih sayang hari ini bawalah hingga ke hujung nyawa.  Semoga jadi insan berguna buat keluarga juga negara.  Terima kasih sayang-sayang semua kerana membawa sinar juga menghidup api harapan.  

Along hanya mampu berdoa dan terus berdoa moga-moga keluarga kita akan sentiasa bersatu, saling mengasihi dan berada di bawah rahmatNya."

Wah, tiba-tiba masuk cerita lain pula ya.  Tak apalah, suasana damai sedikit sebanyak membawa hati kelaluan penuh sayu.  

My life is not that easy but not that difficult compared to others who have been sturggling entire of their life.  Semua itu saya tadah tangan penuh kesyukuran.

I love my family and I love every moment we went through together although those obstacles getting higher each day.

 Terima kasih Allah atas segala kebaikkan dan juga kekurangan!


My devoted love!




nota:  tersenyum buat seseorang...


  


No comments :

Post a Comment