Followers

Tuesday, May 14, 2013

::Kembali Sihat::

Last entry did mention nak kena selsema bagai, and guess what?  Memang kena pun itu yang senyap seketika.  Yalah, body on-off, mind pun turut sama shut down.

Adalah lebih baik muhasabah diri, tak perlu nak tunjuk gagah sangat.  Punya peluang berehat, guna sebaik mungkin.  

Actually tak sakit teruk pun tapi biasalah, inilah waktu untuk manjakan diri ;) 

Lately cuaca sangat panas!  Fuh, tak larat rasanya.  Badan sentiasa rasa miang bila peluh kering.  Tak pernah-pernah mandi lebih dari sekali sehari, sekarang kalau boleh selang sejam nak berendam di bilik air.

Ujian Allah, kena terima seadanya.  Bagaimana kita redha air hujan membasahi bumi haruslah redha juga dengan panahan mentari meski kontang tanah jadinya.

Musim-musim begini ramai senang jatuh sakit.  Di rumah ni pun gejala-gejala tak sihat dah nampak.  Serangan sakit mata mula menular.  Harapnya tak berjangkit!  

Oh ada yang tanya saya masih ambil rumpai laut lagi atau tidak?  Ya, sehingga hari ini masih amalkan.  Banyak khasiat diperoleh dan telah lihat perubahan, apa perlu saya berhenti.

Hari tu kecoh seketika, rumpai laut tiada kolagen bagai tapi kemudian ada kenyataan-kenyataan profesional membidas dakwaan tersebut.  

Tak pasti pula dakwaan negetif itu datang dari badan profesional atau tidak tapi bila mula-mula keluar, saya tidak cepat melatah.

Yalah, sepanjang makan banyak dah melalui perubahan positif.  Lagi pula dakwaan tersebut bukanlah sesuatu yang merbahaya seperti mengandungi bahan terlarang atau beracun.  

Bagi saya terpulang pada individu.  Kalau rasa sesuai dan ada kebaikan serta yakin, tak salah nak teruskan tapi agak-agak tak sesuai dan tiada membawa perubahan, enggan meneruskan tiada siapa melarang.  

Perkara-perkara sebegini tepuk dada tanya selera.  I did asked my personal doctor.  Dia pun tak menafikan rumpai laut punya khasiat tersendiri lebih-lebih lagi melihatkan tahap kesihatan diri saya bertambah baik.

Cuma dalam nada guran dia kata rugilah dia.  Saya akan kurang menziarah klinik.  Makin ramai orang makan, hilanglah pesakit nanti.  He..he..he...

But he did say, different people will get different result.  Some may not suit at all so better give a try first before proceed prolonged. 

Afterall, adalah lebih baik amalkan bahan-bahan semulajadi dari mengambil sesuatu yang telah diproses.  Tapi kalau orang yang menjual itu tipu dan jual rumpai laut tiruan, itu di luar bidang kuasa saya.

Insyaallah, apa yang saya jual diyakini keasliannya.  Ambil terus dari rakan-rakan di Sabah juga.  Sesiapa nak kolagen asli atau siap dimasak, masih ada lagi.  Alhamdulillah, permintaan tak pernah putus.

Eh, kenapa melalut ke cerita kolagen pula?  Tak kisahlah.  Dah terlanjur bercerita teruskan sahaja.  Malas nak fikir!  Stop sini dulu.  Nak beri perhatian pada Masterchef Selebriti, walhal memasak adalah satu perkara yang FAIL!!!





nota:  percaya pada rezeki Allah...




 



 

 

 

No comments :

Post a Comment