Followers

Thursday, May 30, 2013

::Nuffnang Premier Screening ~Fast & Furious 6~::

Minggu lepas berpeluang menonton wayang.  Satu menang tiket dari Nuffnang bagi filem Fast & Furious 6.  Filem satu lagi kita buat dalam entri berlainan, adalah banyak entri sikit.
 
Jujur saya hanya menonton filem Fast & Furious setakat yang kedua atau ketiga.  Kalau tak silap Tokyo Drift.
 
Tau-tau dah sampai edisi ke-6.  Jauh benar tertinggal!  Okaylah juga ceritanya dan bagi penggemar aksi kereta-kereta pantas, wajib tonton Fast & Furious 6.
 
Kali ini jalan cerita lebih kepada menyelesaikan misi melibatkan negara.  Selain dari aksi pantas, aksi lasak juga mewarnai filem ini.
 
Nak kata pelakon-pelakonnya sama seperti dari siri lepas pun tak tahu juga.  Yalah, mana pernah tonton pun yang lain-lain sebelum ini.
 
Malas pula rasa nak taip panjang berjela sinopsis filem ini, apa kata luangkan ke panggung wayang dan tonton sendiri.  
 
Dari 5 bintang saya beri 3.5 bintang.  Saya sertakan sekali trailer Fast & Furious 6 untuk tatapan pembaca semua.  
 
Terima kasih Nuffnang untuk kesekian kali memilih saya sebagai pemenang tiket percuma.  Jangan lupa pergi menonton ya! 
 
   Di ambil dari You Tube
 
 
 
 
nota:  hati berbunga..


No comments :

Post a Comment