Followers

Wednesday, May 1, 2013

::Ranjang Mawar - Wings::

Gara-gara menonton Wings Rockestra di Istana Budaya minggu lepas, terus nak dengar lagu ni hari-hari.  

Dulu memang minat sangat dengan lagu ni tapi bila Awie nyanyi dalam konsert tersebut rasa macam tak puas, tu yang nak dengar berulang kali.

Oh ya, saya menang sepasang tiket dari Portal Murai tu yang boleh pergi tonton.  Kalau harap nak beli tiket memang taklah, harganya fffuuuhhhh!!  

Dah siap pergi survey, yang tinggal semuanya RM200 ke atas.  Mungkin saya terlewat tinjau sebab itulah tiket harga patut dah licin lebih awal.

Lagu ni nyanyian asal Mel Wings. Cari juga yang Awie nyanyi tapi tak jumpa pula.  Suara Mel pun sedap jugakan?

Konsep lagu pun santai, tak terasa keras sangat genre rock.  Hmm, kalau dah minat semua pun okay.  Cuba tak minat, sedap macamana pun tetap tolak.

Jadi, sempena Hari Buruh apa kata sesiapa yang membaca ruang saya ini turut tenggelam dalam kemerduan lagu Ranjang Mawar.  Liriknya sangat bermakna tau! 

  Diambil dari You Tube

Lirik Lagu: 

Kerana Dia Aku Menangis
Tanggalkan Sisa Kewarasan Ku
Rela Melepaskan Kemudi Di Tangan
Kala Ribut Gelora 
Datang Mendera Samudera

Kerana Dia Aku Menangis
Padamkan Gaya Dan Perasaan
Sanggup Memutuskan Pertalian Diri
Kepada Selain Dia Yang Ku Damba

Ku Tenggelam Dalam Rindu
Tidak Berdasar Dan Bertepi
Ku Terdampar Dalam Sendu
Tidak Bernoktah Dan Berhuruf

Ku Terkorban Dalam Cinta
Tak Beralasan Dari Lembar
Satu Lagi Tak Menjanjikan 
Ranjang Mawar Yang Ku Mimpi




nota:  terkenang...

No comments :

Post a Comment